Search This Blog

Tuesday, November 10, 2009

Sabah Sebagai 'Fixed Deposit'.

( Gambar Jaafar Abdul Wahid )
Salam,

Kedatangan PM DS Najib kali ini ke Sabah, tanpa disedari membawa bersama berita gembira. Di tiga acara berlainan, najib mengumumkan perkara-perkara penting, untuk kebaikan rakyat Sabah keseluruhannya.

Komitmen menyelesaikan isu Pendatang Tanpa Izin ( PATI ) yang berlarutan sekian lama sangat ditunggu-tunggu. Isu ini seakan sudah menjadi barah, apa yang diharapkan jaminan penyelesaian ini dilaksanakan dengan baik. Kerjasama para majikan - yang suka menggunakan buruh, pembantu rumah dsb yang murah - ditagih dalam menyelesaikan isu ini.

Berita penubuhan JK Khas Menangani Masalah Pribumi Sabah dan Sarawak juga harus disambut baik. Dengan adanya JK ini diharapkan permasalahan yang membelenggu anak-anak negeri akan dapat ditangani. Soal perebutan hak tanah umpamanya, jika tidak diurus dengan baik boleh menjadikan pribumi 'setinggan' di tanahair sendiri.

Berita paling menggembirakan tentulah hasrat Kerajaan untuk menangani infrastruktur asas - air dan elektrik - di luar bandar. Seperti kata TS Koh Tsu Koon, pengumuman berkaitan perkara ini bakal dibuat oleh PM Najib dalam masa terdekat. Sebagai 'fixed deposit', rakyat Sabah di luar bandar terutamanya berhak untuk bergembira dengan harapan untuk menikmati air bersih dan elektrik selepas ini.

Di atas kertas semua ini nampak cantik dan indah. Komitmen, hasrat, harapan dan janji ini, kesemuanya diharapakan akan terlaksana - terbukti memang mampu dilaksanakan. Cuma yang menjadi persoalan kemampuan pihak pelaksana merealisasikannya. Di beberapa tempat, nampak pelaksanaannya lembab dan tidak bermaya.

Malah soal ketirisan dan lambat bertindak, mungkin menjadi hambatan komitmen besar PM Najib ini!

1 comment:

Datu Sulaiman said...

Jika DS Najib berjaya menyelesaikan masalah kebanjiran PTI di Sabah dan menyelesaikan keraguan kononnya ramai sudah PTI yang memperolehi KP melalui saluran belakang...maka ketika itu PBS,UPKO,LDP bolehlah tutup kedai kerana kewujudan mereka tidak perlu lagi..cukuplah sekadar UMNO saja..Sampai kiamat UMNO tidak akan kalah di Sabah.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin