Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 30, 2009

Isa Samad Taruhan BN di Bagan Pinang!


Salam,


Sempena PRK Bagan Pinang yang bakal menjelang minggu depan, kebetulan pula masih dalam suasana Hari Raya, elok rasanya para tukang kempen dari parti yang bertanding membaca ingatan mimbar jumaat minggu lalu.


Khutbah jumaat ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS, disampaikan pada minggu lalu di seluruh Sabah.


Bagaimanapun, berkali-kali Ramadhan ditempuhi, namun kehidupan umat sesudah Ramadhan tidak banyak berubah. Semangat beramal ibadah dan persaudaraan misalnya terpupuk dan disuburkan semasa puasa Ramadhan, dan kemudiannya disemarakkan dalam kegembiraan merayakan Aidilfitri seolah mulai menurun bilamana Syawal melambai pergi.


Masjid semakin lengang, budaya suka berhibur meluap kembali, perpaduan kembali merenggang akibat pelbagai persoalan, malah nilai-nilai murni yang menjadi rutin kehidupan semasa puasa dan Aidilfitri tidak lagi bersemarak. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa mereka belum lulus di dalam menghayati, mengaplikasi dan melestari nilai-nilai murni yang digarap melalui pelaksanaan pelbagai amal ibadah di bulan Ramadhan.


…Syawal bukan sekadar medan atau masa untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kesukaan belaka. Tetapi kesempatan mencorak diri menuju yang lebih baik ke depan khususnya dalam mempererat tali silaturrahim demi memantapkan ukhuwah islamiah.


…Sesungguhnya banyak fitnah dan ujian yang dihadapi oleh umat Islam di zaman mutakhirin ini. Perselisihan faham, perpecahan dan perbuatan adu domba sesame Muslim sangat membimbangkan merugikan umat secara keseluruhanya. Ini kerana memberi ia memberi ruang dan peluang kepada golongan anti Islam memanipulasi keadaan bagi memporakperandakan lagi umat Islam, yang matlamat akhirnya adalah untuk melenyapkan Islam dan penganutnya daripada peta dunia.


…. Dalam menghadapi situasi sebegini, kita amat mendambakan kepekaan dan kebijaksanaan para pemimpin Islam bagi menanganinya kerana ia dikhuatiri akan menyemarakkan api kebencian antara agama hatta menggugat keharmonian dan kententeraman rakyat berbilang kaum. Kesedaran sebagai satu kesatuan umat Islam perlu disuburkan kembali, dan bukannya saling tuding-menuding jari mengenai punca kemelut kerana ia akan hanya mengeruhkan lagi suasana konflik.


Semoga apa yang disampaikan oleh para khatib ini akan membantu mengeratkan ikatan persaudaraan di kalangan kita. Biarlah PRK Bagan Pinang dingati sebagai pertandingan untuk mencari wakil rakyat, bukan medan mencaci dan mengaibkan serta menjarakkan lagi perpecahan di kalangan saudara Islam hanya kerana ideology politik!


Tuesday, September 29, 2009

Budaya Baru Politik Malaysia!


Salam,


Kehadiran Ketua Pemuda Umno, Sdr. Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS mungkin mengejutkan ramai.


Walaupun amalan kunjung-mengunjung pada musin perayaan seperti Hari Raya adalah tradisi kita, namun kunjungan pemimpin utama parti yang berlawanan secara terbuka seperti yang dilakukan KJ bukanlah amalan biasa. Mungkinkah KJ cuba merintis budaya baru dalam politik Malaysia?


Kita berharap perbezaan pendapat atau pertentangan ideology di kalangan kita bukanlah halangan untuk sama-sama meraikan hari mulia yang menjadi milik bersama. Begitu juga, dalam hal kehidupan yang lain.


Hendaknya politik tidak membataskan perjuangan kita yang sama – mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi. Berbeza tidak mengapa, tapi apa salahnya kita bersatu untuk kepentingan bersama!


Semoga semangat Aidilfitri kali ini mempertautkan ikatan ukhuwwah di kalangan kita...

Monday, September 28, 2009

Calon Menang di Bagan Pinang...


Salam,


Esok Umno akan mengumumkan calon yang akan diketengahkan untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang. Sebelum calon yang akan menggalas tanggungjawab berat ini diumumkan, elok rasanya kita membaca apa yang disuarakan oleh para pemimpin.

Tun Mahathir, Bekas presiden Umno… "Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,''

Seterusnya Tun berkata … "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,"

Ku Li, bekas calon Presiden Umno, menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, faktor calon memainkan peranan penting dalam pilihan raya tersebut kerana ia menjadi menjadi pertimbangan utama pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya percaya akhirnya parti akan pilih calon yang paling sesuai, kita sepatutnya mengambil pengajaran dari pengalaman terdekat ini (Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir)

Kesimpulannya, pucuk pimpinan Umno kena berhati-hati dan menilai dengan wajar, sehabis pertimbangan sebelum mengumumkan calon. Supaya kerusi ini tidak terlepas ke tangan PAS dan Umno terus menggigit jari.


Biarlah calon yang dipilih itu, calon yang berwibawa, boleh menang dan menaikkan semula semangat dan imej Umno. Calon yang disukai rakyat, bukan disukai orang Umno sahaja.


Rasanya tidak berbaloi bagi Umno, menang di Bagan Pinang tetapi imej terus merosot...dek kerana tersalah pilih calon. Akhirnya menang di Bagan Pinang, tapi terus kalah selepas ini!


Sunday, September 20, 2009

Salam Aidlifitri


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

diucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat,
khusus kepada pembaca blog ini,
kemaafan dipohonkan atas segala kelemahan.

Semoga Ramadhan berlalu dan Syawal yang tiba
akan lebih menginsafkan kita!

( Kita akan berehat seketika untuk meraikan Hari Mulia ini )

Wednesday, September 16, 2009

16 September Hari Malaysia!


Salam,

Hari ini 16 September, hari pembentukan Persekutuan Malaysia dengan gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu. Hari ini juga adalah hari kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak dan Singapura, bebas daripada penjajahan Inggeris.

Seharusnya hari ini menjadi hari 'besar' yang memberikan impak kepada semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini pada tahun 1963, bermulalah sejarah baru negara bernama Malaysia.

Malangnya di Sabah dan Sarawak hari ini dingati sebagai hari cuti umum, dan di negeri-negeri lain hari ini adalah hari biasa. Di Sabah cuti pada hari ini dijadikan cuti sempena Harijadi Rasmi Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri Sabah.

Mungkin sudah sampai masanya untuk menjadikan hari ini sebagai hari yang benar-benar bersejarah, hari yang akan terus diingati oleh generasi mendatang. Sebelum ini sudah ada suara kedengaran mengangkat mertabat 16 September, namun hilang begitu sahaja.

Kita raikan 31hb Ogos sebagai Hari Kebangsaan @ Hari Kemerdekaan dan 16 September diangkat menjadi Hari Malaysia.

Mungkin selepas ini, 16 September tidak lagi berlalu sebagai hari cuti sahaja....

Tuesday, September 15, 2009

Kalungkan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu!


Salam,

Tindakan Tun Mahahthir memberi pandangan ikhlas kepada MIC, ternyata mendapat reaksi yang bukan sedikit. Apa yang disuarakan Tun Mahahthir juga merupakan suara majoriti kaum India dan keseluruhan rakyat, yang dibuktikan melalui penolakan calon MIC dalam PRU lalu.

Perwakilan MIC bercadang mengalungkan selipar kepada gambar Tun Mahathir. Walaupun akhirnya cadangan ini ditolak, namun tindakan sebegini buruk untuk mengaibkan seorang negarawan amatlah dikesali.

Mungkin perwakilan MIC ini terleka bahawa kemakmuran negara yang dinikmati kini sebahagian besarnya adalah hasil 'buah tangan' oleh arkitek pembangunan negara yang mahu diaibkan. Bukan sedikit nikmat yang dikecapi oleh perwakilan ini dan ahli MIC umumnya hasil kegigihan Tun Mahahthir.

Sebenarnya yang menjadi masalah kepada MIC bukan Tun Mahathir, atau orang lain. MIC lemah dan tidak disokong oleh kaum India hari ini ialah kerana kegagalan MIC melakukan perubahan mengikut peredaran masa. MIC gagal melakukan transformasi seperti dikehendaki kaum India.

Masalah utama kepada MIC ialah kepimpinan Samy Vellu yang sudah terlalu lama. Dia gagal membaca kehendak majoriti rakyat yang telah menolaknya di Sungai Siput. Malah menolak calon MIC di kebanyakan tempat, sehingga pengaruh MIC semakin susut. Ramai pemimpin India dalam parti lain seperti PKR mampu pula menang.

Seharusnya Samy Vellu dan MIC meminta maaf kepada Tun Mahathir di atas keceluparan mereka. Apa guna menjadi pemimpin popular di kalangan ahli parti sendiri tetapi rakyat jemu dan bosan. Akhirnya, rakyat bertindak menolak bukan sahaja MIC tetapi BN. MIC menjadi liabiliti BN!

Jika Samy dan Vellu masih berkeras, kalungkan saja selipar buruk itu kepada Samy - bukan gambar Samy!

Monday, September 14, 2009

Haramjadah!

Salam,

Langsung tidak prihatin, tidak sensitif dan memang haramjadah!

Beberapa hari lalu, orang rumah membeli electric oven. Hajat hati untuk membuat kuih raya. Jemu juga makan kuih raya buatan kilang di pasaraya.

Maka setelah puas memilih, dipilihlah satu jenama. Dengan semangat patriotik, dipilih jenama buatan Malaysia - menyahut seruan membeli barangan buatan tempatan. Jenama yang ada iklan di tv gitu.

Bersama oven disertakan buku resipi percuma. Pelbagai resipi masakan disediakan, yang boleh dimasak menggunakan oven. Termasuk gambar di atas, namanya Daging Panggang!


Selain daging panggang, ada pelbagai cara lagi daging dimasak. Memang oven ini pelbagai guna, memang berbaloi, memang mengalahkan microwave oven yang fungsinya terhad.

Yang haramjadah, syarikat nasional, milik Malaysia ini tidak sensitif. Perhatikan gambar di bawah, daging apakah yang dipanggang cantik digambar atas?

Tidakkah syarikat ini tahu pengguna barangan mereka adalah di kalangan umat Islam?

Mungkin KPDNKK boleh berbuat sesuatu...

Saturday, September 12, 2009

Samy Oh Samy!


Salam,

Dua hari lalu, pemegang rekod Presiden MIC 'terlama' Samy Vellu mengeluarkan kenyataan berikut, sebagai membidas Tun Mahathir yang wawancaranya disiarkan suratkhabar Tamil.

‘‘Dr. Mahathir pernah menghadiri Persidangan MIC Kebangsaan sebanyak 28 kali, kami pernah meminta beberapa peruntukan dan permintaan untuk kesejahteraan kaum India.

‘‘Tetapi satu pun tidak pernah diambil kira atau dipertimbangkan olehnya, ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri,’’ dakwanya.

Mr. Samy ni berang kerana Tun menyuarakan suara hati majoriti rakyat - bukan sahaja kaum India - yang 'bosan' dengan gelagat Mr. President ni. Masih mahu bergayut dengan kuasa walaupun jelas sudah ditolak rakyat dan kaum India.

"Kalau dulu semua (orang India) sokong MIC, sekarang ini tidak ramai yang sokong dan mereka beri alasan yang sama iaitu mereka bosan dengan Samy yang mahu kuasai MIC sampai siapapun tidak boleh ambil alih daripada dia. kata Tun M hari ini.

Malahan, tuduhan Samy bahawa Tun M tidak membantu kaum India, ini jawaban Tun ...
satu ketika dahulu Samy pernah membuat kenyataan yang sama dalam sebuah akhbar, tetapi kemudiannya menghubungi beliau di Syria untuk membuat penafian kononnya laporan itu tidak benar.

"Tetapi bila saya balik ke sini, akhbar itu tunjuk rakaman yang membuktikan memang benar dia kata saya tidak bantu orang India.

"Itu memang tidak benarlah, saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," katanya.

Berdasarkan apa yang dipaparkan media ini, maka mudahlah dikenali wajah sebenar Samy. Ketakutan kemenangan calon bukan pilihannya, yang memungkinkan kehilangan kuasa Presiden.

Elok Samy Vellu mendengar nasihat Bung Mukhtar, Berundur Demi Kepentingan BN!

Mungkin bila nasihat Bung ini didengar, baharulah MIC dapat memenuhi KPI yang disasarkan oleh DS Najib. Jika tidak...jadilah MIC liabiliti kepada BN, agaknya...


Friday, September 11, 2009

Indonesia : Saudara Serumpun Kita...


Salam,


Seperti yang dilaporkan, berlaku ancaman kecil kepada rakyat Malaysia oleh segelintir rakyat Indonesia di Jakarta. Kita percaya majority orang Indonesia tidak seperti mereka di gambar atas.


Sempena hubungan kita denga jiran saudara serumpun yang 'turun-naik' dan mengalami suhu 'panas-sejuk', dinukilkan satu cerita.


Alkisah bermula...3 orang kenalan, orang Amerika, Indonesia dan Malaysia berasal dari Sabah ( Orang Sabah ). Mereka bertiga kebetulan menaiki kapal pelayaran untuk melancong.


Di tengah lautan, mereka bertiga keluar ke dek kapal, bersembang sambil menghisap rokok. Sambil bercerita, sambil tunjuk ego masing-masing.


Orang Amerika keluarkan rokok jenama Marlboro. Dua kali sedut terus campak ke laut. Dengan sombong berkata : Too many at US.


Orang Indonesia sikap ‘eksyen’, temberang dan suka bersaing tidak mahu kalah tetap ada, walau di tengah laut, terus capai rokok kretek Gudang Garam. Sekali sedut terus campak juga sambil berkata: Banyak bangat di Indon pak.


Orang Sabah cari idea. Rupa-rupanya, orang Sabah dalam diam-diam ada juga sombongnya. Walau sombong tetap baik hati!


Tanpa berlengah, orang Sabah terus tangkap orang Indon dan campak ke laut. Dengan kuat berkata: Banyak bah ini di Sabah!


Orang Amerika terpinga-pinga kehairanan, terus masuk ke bilik, takut dia pun kena campak!


( Cerita ini untuk bergurau sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Mohon maaf, jika ada yang tersinggung )

Thursday, September 10, 2009

Jangan Main-main Dengan Lembu...

Salam,

Lembu punya hal, 12 orang Muslim masuk mahkamah. Tujuan asal mereka membantah pemindahan kuil dari seksyen 19 ke Seksyen 23, halaman rumah mereka tidak lagi berbangkit. Yang timbul mereka didakwa telah menghina manusia lain.

Apalah nak jadi dengan dunia ni...elok rasanya kita baca tulisan YB Zulkifli Nordin, MP Kulim dari PKR, sebagai renungan. Selamat membaca!

***************************************************

Salam 2 all.

Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri. ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.

Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.

Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam
Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!

Hari ini, 12 orang Muslim diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu". Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis. Mereka ialah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun and Azhari Shaari. Kes mereka semua akan disebut semula 21.10.2009 depan. Ternyata mereka datang daripada kesemua parti politik orang Melayu-PAS, PKR dan UMNo. Ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah.

Episod kepala lembu ini menunjukkan betapa bangsa Melayu hari ini begitu mudah diperlembukan. Baik yang berkopiah, mahupun yang bersongkok. Samada yang berserban, mahupun yang bersampin. Demi kerana sebiji kepala lembu, bangsa Melayu memekik takbir mempertahankan hak lembu sehingga ketitisan darah lembu yang terakhir, mempertahankannya daripada ancaman keris-keris durjana.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan melampau para demonstran yang membawa kepala lembu dan memijaknya kerana membantah tindakan kerajaan Selangor mengarahkan pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam. Itu tindakan yang tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al Quran. Walaupun ada yang menyatakan tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodoh MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak saperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini.

Ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Mengapa tidak diambil jalan lain, contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor tersebut. Ada ramai peguam yang saya kira bersedia memberi khidmat untuk tujuan tersebut.

Namun apa yang lebih penting, episod lembu ini telah diputarbelitkan dan digembar-gemburkan oleh banyak pihak termasuk dikalangan Pak Janggut dan Pak Keris sehingga isu sebenar pencerobohan tanah di Seksyen 23 untuk tujuan menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

Dimana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis. Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya.

Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau. Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi. Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?

Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam. Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.

Yang dihingar-bingarkan sikap kasar umat Islam semada dialog dengan MB Selangor pada Sabtu 15 Ramadhan 1430/ 05 Sept 2009. Yang diperbesarkan kata-kata kesat dan biadap orang Melayu dalam dialog itu. Tetapi kenyataan wakil Hindu semasa dialog tersebut menghina azan dengan biadap menyatakan azan lima kali sehari adalah satu gangguan langsung tidak dipedulikan, malah tiada tindakan pun dikenakan. Mana pergi suara Pak Janggut dalam hal ini saya pun tak tahu! Apa tindakan Peguam Negara langsung tidak kedengaran!

Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil. Si Pak Janggut lupa awal-awal surah Al Quran ALLAH menceritakan tentang penyembelihan terhadap lembu yang menjadi sembahan manusia kufur.

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah. Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!

Apa yang menghairankan, ,mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur. Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur. Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.
Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor Darul Takbeer! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?

Semasa saudara kita umat Islam membeli rumah di Seksyen 23, langsung tiada dalam pelan akan dibina kuil Hindu yang besar disitu. Saya cukup yakin kalau umat Islam tahu akan dibina sebuah kuil Hindu dalam kawasan perumahan mereka, sudah pasti ianya akan mempengaruhi keuputusan mereka untuk melabur ratusan ribu membeli rumah disitu. Tidak ada umat Islam, jika diberi pilihan, mahu tinggal dikawasan yang ada kuil Hindu, tokong, gereja atau lain-lain, apatah lagi yang mega dan yang besar. Saya cukup yakin umat Islam Seksyen 23 memilih melabur ratusan ribu membeli rumah disitu kerana tiadanya kuil, tokong atau gereja besar disitu. Kalaulah mereka tahu akan dibina kuil hindu besar disitu, sudah tentu mereka tidak akan melabur ratusan ribu membeli rumah di Seksyen 23!

Tetap hari ini kelihatan seolah-olah umat Islam di Seksyen 23 tiada hak langsung untuk bersuara, untuk hidup dalam keadaan aman harmoni, berdasarkan status quo mereka. Seolah-olah umat Islam yang bersalah kerana tidak berlaku 'adil, tidak mahu bertolak ansur untuk sebuah kuil besar dibina dikawasan kediaman mereka walaupun dalam pelan asal tidak ada pun ujud cadangan tapak pembinaan kuil. Malahan bantahan umat Islam diperlekehkan, dituduh tidak beradab, dihina sebagai golongan pelampau. Yang diperagungkan ialah kepala lembu!

Apabila melihat gambar lembu diatas, saya dapat bayangkan betapa lembu tersebut berasa aman damai kerana walaupun seekor, tetapi keselamatannya dijamin oleh anggota keselamatan yang lengkap bersenjata. Renungan tajam dan syahdu sang lembu jelas menujukkan keyakinan akan masa depannya di dalam negeri Selangor Darul Ehsan ini. Betapa dalam negeri Selangor ini, bukan sahaja keselamatannya terjamin, dia boleh pergi kedai runcit untuk order arak satu tong, dan pasti akan ada ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan mempertahankannya. Malahan akan ada Pak Janggut yang akan membaca ayat Quran untuk menjamin keselamatannya!

Tapi bila melihat gambar dibawah, sedih kita melihat umat Islam digiring (entah ke digari) saperti lembu masuk ke kandang OKT! Itulah nasib umat Islam dalam negerinya sendiri. Lembu yang mereka maksudkan sebagai lambang kebodohan dan kelembuan seorang pemimpin, kini diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain. Dan akhirnya, mereka disumbat kekandang dan diperlembukan!

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!

Apalah nasib umat Islam, diperlembukan oleh kaum sendiri! Pak Janggut memaki Pak Keris, Pak Keris menempelak Pak Janggut, tapi yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam yang kerdil di Seksyen 23, yang hanya mampu melihat Pak Janggut dan Pak Keris bertelagah dan bertikam sesama sendiri. Gajah sama gajah bertandukan, lembu jugak yang menang!
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 Ramadhan 1430 / 09 Sept 2009

Tuesday, September 8, 2009

Isa Samad Calon Bagan Pinang?



Salam,

Alfatihah untuk Allahyarham Allahyarham Azman Mohammad Noor (ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan) telah kembali ke rahmatullah pada 4 September lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat!

Nasib orang politik, terutama yang berjawatan wakil rakyat. Belum pun hilang kesedihan keluarga kehilangan orang tersayang , sudah timbul cakap-cakap siapa pengganti?

Di pihak Umno, telah mula wujud spekulasi Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas MB, Menteri dan bekas Naib Presiden Umno bakal dicadangkan. Melihat sokongan yang diterima di media, harapan besar untuk Isa melakukan kebangkitan semula.

Isa diakui memiliki pengalaman luas dan berpengaruh. Rakyat pula masih menaruh keyakinan tinggi terhadap beliau. Pendek kata jika Isa dicalonkan oleh BN-Umno, kemenangan sudah hampir pasti! ( Cuma Paneh Miang sahaja yang tidak menyenaraikan Isa? )

Tidak kisahlah siapa yang dicalonkan untuk mengekalkan DUN ini, yang pasti pucuk pimpinan kena berhati-hati dan wajar meneliti setiap rekod yang dimiliki oleh bakal calon diketengahkan. Diharap jangan kesilapan di Permatang Pasir diulangi semula.

Dun Bagan Pinang 'wajib' dikekalkan. Cukuplah kehilangan Kuala Terengganu dan kegagalan di PRK lain sebagai penawar moral penyokong BN -Umno yang semakin jemu melihat kegagalan. Biarlah mungkin di sini menjadi pentas kebangkitan Umno!

Ini semua tidak akan berlaku, malah kerusi ini boleh pula dirampas PAS jika Umno tidak berhati-hati, apalagi meletakkan calon yang salah. Calon yang kewibawaan dan personalitinya boleh dipertikaikan. Atau, ada rekod buruk yang pasti akan dijaja pembangkang.

Rasanya, calon yang terkenal dengan kisah 'Padang Mahsyar' dan diambil tindakan displin parti kerana politik wang tidak sesuai menjadi calon. Kalaupun mungkin boleh menang - berdasarkan majoriti besar dalam PRU12 lalu - namun ia tetap tidak baik untuk proses transformasi Umno.

Takkanlah Umno ketandusan calon - yang lebih muda, dinamik dan bersih akhlak - untuk diketengahkan?

Monday, September 7, 2009

Azan 5 Kali Sehari!

Salam,


Ketika menjadi pembangkang, memang mudah bagi PKR, PAS dan DAP menuding jari menyatakan kelemahan Kerajaan BN. Lagi mudah menyalahkan Umno kerana gagal menguruskan pelbagai perkara berkaitan rakyat, malah dalam segala hal berlaku dalam negara ini.


Kini ketika sudah memegang tampuk pemerintahan, baharulah gabungan tiga parti ini dapat merasai ‘nikmat’ bagaimana berhadapan dengan rakyat, yang keperluan dan kehendaknya bersifat pelbagai. Jika tidak ditangani dengan betul mungkin boleh menyebabkan kejatuhan!


Apa yang terjadi di Shah Alam, Sabtu lalu menjadi pengajaran berguna untuk gabungan 3 parti ini dalam menjalankan pentadbiran, bukan sahaja di Selangor malah di negeri lain yang dikuasai mereka. Mana pernah dalam sejarah, medan yang sepatutnya menjadi perbincangan bertukar menjadi medan melepaskan kemarahan penduduk seksyen 23 Shah Alam.


Kasihan kita melihat Menteri Besar, Ahli Parlimen dan ADUN yang diperlakukan sedemikian rupa, tidak dihormati malah di’boo’ pula. Memang perbuatan tersebut tidak baik dan tidak wajar, tetapi begitulah menifestasi apabila rakyat sudah marah. Setelah suasana menjadi tegang, baharulah inisiatif berjumpa rakyat digerakkan sedang sebelum ini banyak masa terbuang hanya untuk menuduh Umno menjadi dalang bantahan.


Sewajarnya isu sensitive berkaitan kaum dan agama tidak dijadikan taruhan untuk mendapatkan sokongan dalam pilihanraya. Berjanji memang mudah, yang payah untuk menunaikannya. Isu pemindahan kuil ini tidak akan menjadi sebegini hangat jika plan pemindahan yang dicadangkan oleh Kerajaan BN sebelum ini diguna pakai.


Isu laungan azan 5 kali sehari, sebagai balasan memindahkan kuil pun tidak akan timbul jika isu pokok pemindahan kuil ini tidak dijadikan modal politik meraih sokongan. Kepala lembu pun tidak diarak jika janji manis tidak ditabur, yang akhirnya memakan diri sendiri. Isu berbangkit lain juga tidak akan timbul jika mentaliti menyalahkan orang lain dalam segala hal dapat dikikis.


Setelah menyaksikan apa yang berlaku di Dewan MBSA Shah Alam, masih mahu menyalahkan orang lain?


Friday, September 4, 2009

Renungan Pagi Jumaat: Untuk Para Pemimpin.

Salam,

Pagi Jumaat, 14 Ramadhan ini elok rasanya kita merenungi 'ingatan' berguna daripada DS Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Khusus kepada para pemimpin - tidak kira parti apa pun yang anda wakili - ingatan ini sangat berfaedah untuk diberikan perhatian.

Beliau dilaporkan meminta para pemimpin mengikis sikap angkuh, menjauhi perbuatan yang dibenci rakyat dan berusaha untuk mendekati rakyat sepanjang masa. Apa yang disebutkan ini penting untuk memastikan keberkesanan seorang pemimpin menunaikan tanggungjawabnya.

Usaha mendampingi dan membela nasib rakyat hendaklah dilaksanakan secara berterusan, tanpa mengira masa walaupun dalam bulan Ramadhan ini, demi memastikan nasib rakyat bawahan terus terbela. Janganlah hanya manis muka dan murah senyuman ketika musim kempen pilihanraya sahaja!

Kalaupun bukan kerana takut dihukum rakyat semasa pilihanraya akan datang atau bimbang rakyat memilih pembangkang, ingatlah bahawa kepimpinanan ini adalah amanah dan tanggungjawab. Pemimpin dipilih rakyat kerana mereka mengharapkan pemimpin dapat berbuat sesuatu untuk mereka, membantu dan mewakili mereka sebagai rakyat.

Sempena bulan mulia ini, wajar rasanya para pemimpin bermuhasabah dan menginsafi diri, mengatasi kesilapan lalu dalam usaha menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin yang disayangi rakyat.

Harum semerbak namanya dengan kebaikan, bukan pemimpin yang apabila namanya disebut, rakyat akan mencebikkan bibir!

Thursday, September 3, 2009

Kerajaan 'Haram' di Terengganu...?

Salam,

Aksi sarkas berterusan di Perak, gara-gara Pakatan tidak mahu mengiktiraf kesahihan Kerajaan BN. Puncanya kerajaan BN ditubuhkan atas runtuhan kerajaan Pakatan, yang tersungkur apabila 3 ADUN beralih arah.

Sehingga ke hari ini, kerajaan pimpinan Dr. Zambry digelar kerajaan haram, walaupun kata putus mahkamah belum diperolehi.

Sementara khabar dari Terengganu terus bertiup kencang. Bukan rahsia lagi, MB Dato Ahmad Said tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada keseluruhan ADUN BN-Umno.

Dilaporkan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan sembilan ADUN Umno Terengganu. Malahan jika benar seperti yang dikhabarkan, ADUN Umno bakal menyertai PKR dan kemudiannya membentuk kerajaan negeri dengan kerjasama PAS.

Jika situasi ini berlaku, maka sebuah lagi 'Kerajaan Haram' bakal ditubuhkan di Terengganu, hasil lompatan ADUN Umno bergabung dengan PKR dan PAS.

Agaknya, apa pula reaksi PKR dan PAS terhadap kerajaan itu nanti? Boikot la, mana boleh kerajaan haram?

Kita tunggu kesudahannya!

Wednesday, September 2, 2009

Selepas 52 Tahun Merdeka...

Salam,


Hendaknya selepas merayakan ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara, kita semakin matang dan rasional menjadi werga yamg bijak di bawah sebuah negara berdaulat.


Harapnya kita mampu menilai yang mana kaca, yang mana permata untuk kesejahteraan negara ini. Kita dapat membezakan kebaikan untuk dilaksanakan dan keburukan untuk dielakkan.


Kita dapat mengawal emosi dalam sebarang tindakan atau tutur kata, demi memastikan apa yang telah dibina dalam tempoh ini tidak kita runtuhkan sekelip mata. Perpaduan yang terjalin selama ini, yang menjadikan negara kita seperti apa yang kita lihat hari ini, akan terus kekal terpelihara.


Kita kekalkan keharmonian bernegara untuk kita wariskan kepada generasi mendatang, seperti mana kita mewarisinya dari mereka yang terdahulu. Generasi akan datang juga berhak mengecapi nikmat kemerdekaan seperti kita.


Kepada para pemimpin - pemimpin politik terutamanya, sama ada BN atau Pakatan - hendaknya kepentingan negara diutamakan melebihi kepentingan lain, mengatasi agenda politik tentunya. Janganlah dek kerana kepentingan politik sempit, demi merebut kuasa, sanggup meletakkan negara ini diambang kebinasaan.


Apa pun keturunan, agama atau ideologi politik kita, sewajarnya kita kena bersatu meraikan kemerdekaan ini dengan keinsafan, disini bumi kita pijak, di sini juga langit kita junjung!


Kita jadikan sambutan merdeka ke 52 kali ini sebagai titik tolak persefahaman sejati antara kita sebagai anak Malaysia!


****************************

Melihat perkembangan yang berlaku sehari dua ini, nampaknya kita masih jauh dari menjadi werga yang matang dan rasional. Bantahan pemindahan kuil di Seksyen 23, Shah Alam sebagai contoh.

Di pihak penduduk yang terlibat yang membantah, diakui hak mereka untuk tidak bersetuju dengan pemindahan tersebut. Kita faham perasaan mereka, namun tindakan mengarak kepala lembu sangatlah tidak rasional, walau apapun alasan mereka. Ada banyak cara lagi yang boleh dibuat sebagai protes!

Sementara di pihak lain pula, menuduh Umno sebagai dalang bantahan juga satu tuduhan yang dangkal diselubungi fahaman politik sempit. Tidak bolehkah perkara sebegini jangan dipolitikkan? Bukankah pemimpin penduduk yang membantah itu dikatakan ahli parti yang memerintah Selangor? Lagi pun jika benar, salahkah bagi Umno memimpin penduduk membantah pemindahan ini, sedang parti lain juga telah memimpin banyak bantahan sebelum ini?

Diharapkan kematangan kita selepas 52 tahun merdeka akan terserlah berdepan dengan situasi genting sebegini, sambil pihak berkuasa kena bertindak segera dan cekap sebelum sebarang insiden buruk berlaku!

Tuesday, September 1, 2009

Kisah Lembu Dan Manusia...

Salam,

Perhatikan gambar di atas. Tindakan sebilangan orang ini telah menimbulkan kemarahan yang bukan kepalang. Alasan : mengganggu sensitiviti penganut Hindu yang memuliakan lembu.

Sedang isu sebenar mereka di atas bukan kisah kepala lembu, tapi penolakan pemindahan kuil ke kawasan perumahan mereka.

Kasihan penduduk ini, sekarang dari pemimpin hingga ke blogger tidak lagi sibuk dengan apa yang mereka perjuangkan, tapi sudah menyibukkan dengan kepala lembu pulak!


Perhatikan pula gambar ini. Pemuda-pemuda ini mengangkut bukan setakat kepala lembu, malah seekor lembu yang lengkap untuk tujuan politik. Tidakkah ini juga menganggu sensitiviti penganut Hindu?

Atau, oleh kerana ketua mereka berbaju biru, maka tindakan pemuda ini tidak menjadi apa-apa!

Hmmm...benarlah kata pepatah, bodoh macam lembu! Yang kesian lembu, di tangan manusia lembu menjadi bodoh.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin