Search This Blog

Sunday, January 18, 2009

Penyu Menangis Tak Siapa Yang Tahu...

Salam,

Bahang akibat kekalahan Datuk Wan Farid di PRK KT terasa sampai ke sini. Hari ni seorang kawan penyokong PKR m'ajak dlm gurauan mbuat doa kesyukuran atas kemenangan tsebut.

Seorang kawan lain, bdoa akan ada lagi PRK selepas ini sambil seorang lagi kawan bkeyakinan Pensiangan juga akan tlepas. Nampak gayanya keyakinan mereka semakin kuat menuju tahun 2013!

Seorang blogger pula mberi komentar berikut :
Petua untuk BN menerima kekalahan yang lebih besar di PRU ke 13 adalah seperti berikut :-1. Tambah fitnah kepada PR di TV dan kalau boleh tv 3 ditukar nama kepada TV fitnah.2. Pemimpin BN hendaklah bercakap lebih sombong lagi dan lebih ego lagi dan jangan lupa putar belitnya sekali.3. lebihkan banyak janji kosong.4. Jangan lupa jemput sesumpah (ezam) bagi ceramah senang dia cabar semua rakyat malaysia.5. Duit jangan lupa, tabur saja..6. Dan banyak lagiiii lu sendiri fikir la...
January 18, 2009 2:23 AM

Ada siapa-siapa boleh mberi respon ?

Untuk kesemua ini saya cuma mamp tsenyum sumbing, hilang idea. Sebab apa yg tpapar hari ini, spt biasa, mcm dulu-dulu juga, spt sbelum ini - bukan bmuhasabah tp satu jari menuding kpd yg lain sdg empat jari menuding diri sendiri hampir dlupakan.

KJ kata calon bukan smata-mata faktor kekalahan BN. Tun Mahathir kata jgn salahkan DS Najib atas kekalahan ini. Hai tak taulah faktor mana dan siapa mjadi punca ? Mungkin Umno KT ada jawapan konkrit atau Datuk Wan Farid ada alasan munasabah. Entahlah...Sedang PAS bgembira, faktor calon mbolehkan kemenangan, kita tetap kata Datuk Wan Farid 'bagus'?

Akhirnya, kita kena terima kekalahan dgn tangan tbuka sambil mbuka minda sluas-luasnya, melihat ke dalam diri, mungkin ada kbenaran komentar blogger di atas? Atau ikut sahaja nasihat yg baik dr sdr. Husin ni...

4 comments:

Anonymous said...

alah ustaz,4 jari tu memang tuding diri.jd check le diri ye..tak yah kate pe2 lagi...

bungaraya said...

Saya tambah satu soalan. Sekarang siapa yang akan membangunkan Kuala Terengganu? PAS kah atau UMNO? Layakkah pengundi PAS menerima bantuan Pemimpin UMNO? setelah mereka berseronok menghina dan memandang jijik kepada UMNO? Tak adakah dalam hudud, hukuman kepada org spt itu?
Menghina dan memandang jijik sesama penganut itu bukankah salah disisi agama?.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua.

Ini kita harus tanyakan kepada mereka yang punya "hidden agenda" (Ahli UMNO).

Apa yang saya perhatikan, berbondong-bondong ahli UMNO "berkampung" di KT namun hasilnya masih sama seperti di Permatang Pauh. Apakah ini tanda yang perjuangan UMNO kian "malap" atau hanya tinggal tunggu "dibacakan talkin" (seperti buku tulisan Pak Habib)????

Tidak, semestinya tidak!!! Adat bertanding, kalah menang adalah tradisi. Selesaikan masalah, bukan menuding jari. Sampai bila kita harus "melagukan" Bangau Oh Bangau yang tiada kesudahan.

Natijahnya, adalah kepada kami sebagai pewaris anda semua!!!! Apa pula yang harus kami jawab kepada generasi seterusnya??? Masih perlukah Bangau Oh Bangau ini berdondang hingga ke hari kiamat????

Kalah bukan bererti tewas, menang bukan bererti juara!!! Tidak kira siapa pun yang menang di Parlimen KT, "kerakusan" mereka yang punya "agenda tersembunyi" itu yang harus kita persoalkan!!!

Maafkan saya jika ulasan ini terlalu panjang atau berbelit-belit. Sesungguhnya, diri ini masih naif kepada isu-isu yang "dipolitikkan".

Anonymous said...

kekalahan dah dijangka, Tun M dah kata bn salah letak calon, tapi tak ada siapa yang nak dengar, lagi nak hantar si Sesumpah (ezam) untuk berkempen, nak bagi nasihat kat orang Umno sikit " kaji balik apa rahsia yang tersirat di sebalik kemasukan semula Ezam kedalam umno, aku khuatir ianya seperti kuda kayu yang di guna oleh askar trojan untuk masuk kedalam pertahanan lawan, ezam seolah racun atau virus yang di suntik oleh anuar kedalam umno yang akan bertindak untuk merosak umno dari dalam, tak kan orang umno tak nampak lagi kot.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin