Salam,
Tim. ( Bakal ) Presiden Umno, DS Najib Tun Razak, semasa bkempen di Kuala Terengganu beberapa hari yg lalu, telah memberikan beberapa tips untuk menjadi pemimpin yg baik. Klu ikut laporan Utusan, pemimpin BN/Umno yg baik, so yg lain jgn tiru.
1. Bsikap rendah diri
2. Jangan berlagak...naik kereta mewah
3. Jangan berlebihan ( ketika bertemu pengundi )
4. Pegang prinsip, pemimpin hamba rakyat
5. Turun padang supaya mesra rakyat
6. Sentiasa mdekati rakyat
7. Lambai tangan kepada rakyat yg berada di tepi jalan
8. Sentiasa tersenyum
9. Memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira waktu dan ketika
Walaupun tips ini untuk PRK Kuala Terengganu, ia relevan digunakan oleh setiap pemimpin di mana sahaja berada. Kepada perwakilan Umno, tips ini mungkin boleh digunakan utk mnilai pemimpin yg hendak dipilih Mac nanti.
Menjelang PRU 13 nanti, mungkin banyak lagi tips yg boleh diberikan oleh DS Najib kepada para pemimpin BN/Umno. Hendaknya selalu juga diingatkan kepada mereka nasihat ini, khusus kpd para MP, ADUN dan Penjawat Post penting, supaya mereka tidak lupa. Bukan apa, pengalaman menunjukkan, selepas menang kebanyakan mereka jadi lupa diri....
4 comments:
Apa yang DS Najib kata tu betullah. Hampir semuanya tak perlukan modal. Kalau selama ini perkara-perkara ini dianggap mudah, tetapi inilah sebenarnya yang rakyat mahukan. Rakyat mahukan kemesraan kita, bukan duit dari poket kita.
senyum itu sedekah, tak perlu wang, memang wang untuk segala-galanya....tapi dengan wang juga kita boleh hilang segalanya...
Salam AbdBasid & add,
jika tips ini sentiasa d'amalkn mgkin ada harapan, bukan stakat musim PR @ pmilihan sahaja.
Itulah yang selalu diingatkan oleh orang tua-tua. Tidak guna sekolah meninggi gunung, jika berlagak dan tunjuk angkuh.
Post a Comment