Search This Blog

Monday, November 2, 2009

Teruskan Berjuang!

Salam,

Hanya doa yang mampu dititipkan semoga Dr. Asri dikuatkan semangat dan tekad untuk terus berjuang. Semoga dibulatkan tekad menghadapi cabaran yang bukan sedikit. Berjaya menempuh ujian yang ditimpakan kepada beliau.

Semoga jua apa yang berlaku ini bukanlah satu trend baru. Menjadikan perundangan sebagai senjata untuk menutup mulut para ulama' yang berani menegur kepincangan dalam masyarakat.

Diharapkan kes ini adalah satu insiden terpencil, tiada niat dendam yang didorong oleh fitnah. Bukan kerana prasangka apalagi kerana kepentingan diri atau kumpulan tertentu.

Hendaknya mehnah ini tidak mengendurkan usaha Dr. Asri merubah stigma pemikiran masyarakat, berfikir cara lama menuju cara berfikir dan bertindak yang kontemporari. Mungkin sukar tapi yakinlah ramai pengikut yang menyokong usaha Dr. Asri ini.

Semoga Allah melindungi Dr. Asri...

4 comments:

C L J said...

Sama sama kita berdoa diatas keikhlasan kita untuk kejujurannya kita pohon kelapangan dari Allah swt.
Inshaallah.

Anonymous said...

MANGKOK PUNYA JAIS..

MANTAN MUFTI LAGI MEMILIKI KESARJANAAN ILMU HADIS dan TAFSIR AL-QURAN

DILAYAN MACAM TU… SEKALI.

INI KES DENDAM ….
YANG TIADA PENYUDAHNYA.

CUKUP..
CUKUPLAH…

HORMATI KESARJANAAN DR ASRI.

TERUSKAN PERJUANGANMU YANG MULIA LAGI JUJUR UNTUK MENYEDARKAN UMAT ISLAM TENTANG KETULENAN ISLAM

Adam Amin
Kg Jerlun,
Kedah

Datu Sulaiman said...

Sdr Adam,
Jangan mengutuk JAIS dengan hanya satu kejadian ini. Lihat juga jasa dan kerja baik JAIS sebelum ini. Saya juga menyokong Dr.Asri dan dalam soal penangkapan ini saya juga tidak bersetuju dengan tindakan JAIS.Tetapi untuk mengutuk JAIS, taklah sampai begitu sekali.Kita serahkan kepada mahkamah menentukan.

mustaffa said...

buat renungan,
Apa yang berlaku terhadap Dr Asri bekas mufti Perlis dengan JAIS adalah manifestasi pertembungan antara dua golongan ulama . Iaitu golongan ulama yang berfikiran lama dengan ulama yang cuba keluar dari kepompong lama yang tidak dinamik .

ANTI JUMUD

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin