Search This Blog

Wednesday, April 8, 2009

1-2...

Salam,

Kempen, projek 'mee segera', rayuan, bantuan, segala macam strategi...sudah diatur. Semua 'pembesar' Umno dan kerajaan BN dari pusat dan seluruh pelusuk negeri sudah turun padang. Malah, Tun Mahathir pun turut berkempen.

Apalagi yang tidak kena...gagal di 2 bukit. Cuma berjaya mempertahankan Batang Air. PKR kekal di Bukit Selambau dan PAS di Bukit Gantang. Adakah mereka memang gagah, seperti gagahnya BN di Batang Air?

Nampaknya hanya Datuk Shafie Apdal ja yang lulus...dua lagi gagal dalam misi kali ini Dalam tempoh sehari dua ini, post-mortem mesti segera dilakukan. PM sudah berubah, barisan pimpinan Umno berwajah baru, 13 ISA sudah dibebaskan, Suara Keadilan & Harakah pun sudah boleh dijual. Tun M pun sudah masuk Umno balik!

Mungkin kali ni, BN tewas di 2 bukit sebab berikut:

1. Samy Vellu masih Presiden, MIC belum berubah.
2. Muhyiddin, Zahid & Hishamuddin serta yg lain belum cukup aura menarik sokongan.
3. Chua Soi Lek nampak belum 'bersih'.
atau
4. Kawan-kawan yg ikut Tun M masih di luar, belum masuk balik. Bahayanya, durang tak nak masuk. Terpaksa Tun M cari balik!
atau
5. Sebab Datuk Najib tak turun bantu.
atau pun...
6. Sebab Pak Lah tak tolong kempen!

8 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, apa yang berlaku di bukit selambau dan bukit gantang saya anggap adalah pihak pr telah berjaya mempertahankan kerusi mereka, dan saya setuju dengan ustaz bahawa Samy Vellu mesti letak jawatan, rata2 orang india sudah tidak mahukan beliau, apa yang kita lihat dan perhatikan dari analisis undi pilihanraya di bukit selambau yang 29% pengundi india adalah tidak berpihak kepada calon Bn, yang mana pengundi melayu yang berjumlah 50% pula telah berpecah dua, di mana mungkin ada di kalangan pengundi umno masih tidak mengundi calon bn kerana mahukan kerusi bagi dun bukit selambau di kembalikan kepada UMNO, tetapi saya rasa faktor yang paling besar yang menyumbang kepada kekalahan calon bn di bukit selambau ialah kerana masyarakat india tidak mengundi calon daripada MIC kerana bencikan SAMY VELLU............manakala kemenangan dato NIZAR di bukit gantang memang patut, kerana beliau lebih popular jika di bandingkan dengan calon bn, situasi yang berlaku di perak juga banyak membantu kemenangan dato Nizar......saya rasa untuk tempoh terdekat ni kerajaan bn masih belum boleh menang di perak dan kedah, kerana pemerintahan kerajaan pr di dua negeri ini masih belum teruji, dan rakyat masih belum dapat menilai performance mereka untuk di bandingkan dengan kerajaan di zaman pemerintahan bn.....bagi mereka sedikit tempoh untuk mereka merasa nikmat pemerintahan pr, dan tumpukan kerja kepada menjaga negeri2 yang menyumbang kerusi kepada kerajaan bn tampa membelakangkan negeri2 pembangkang, insya allah rakyat akan kembali kepada bn....kadang2 untuk mengajar mereka yang sombong dan bongkak perlu sedikit pengorbanan...mungkin inilah pengorbanan yang dilakukan oleh orang2 umno di negeri perak,kedah dan selangor......allah hu alam;

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
add said...

1.Next PR di bukit selambau.. BN mesti letak calon dari UMNO...

2.Next PR BN dan UMNO mestilah mendapat pandangan dari penganalisis secara akademik daripada prof-prof yang dijemput khas dari Astro Awani...

3.Lantik Hj Hadi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal keagamaan.

4.Yang paling penting.....PM MESTILAH MEMBERI KATA DUA KEPADA PEMIMPIN MCA SAMADA INGIN BERSAMA BN ATAU KELUAR DARI KOMPONEN BN,,, INI JELAS DARI PRK-PRK YANG LEPAS BAHAWA MCA MENGAMBIL KESEMPATAN PADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK BAIK DARI BN MAHUPUN DARI PEMBANGKANG...
(MEREKA ,MCA MEMIKIRKANBAHAWA JIKA KAUM CINA PILIH BN, KAUM CINA AKAN DIBELA OLEH KERAJAAN, TETAPI JIKA KAUM CINA MEMILIH PEMBANGKANG, MAKA KAUM CINA BOLEH PERKUDAKAN KOMPONEN PEMBANGKANG,,, KESIMPULANNYA BANGSA CINA JUGA YANG UNTUNG BESAR,, SEDANGKANMELAYU SAMA MELAYU BERCAKARAN SESAMA SENDIRI...

lil said...

Tahniah org Sarawak & Sabah yg masih setia kpd BN. Rasanya faktor kekalahan BN di 2 bukit tu adalah kerana pengundi di kedua-dua tempat sangat selesa, apa tidaknya undi PR pun masih dpt menikmati banyak kemudahan drp kjaan BN. Apa kata kali ini BN tukar pendekatan jangan asik mahu mencari jln memenangi hati org2 PAS, PKR & DAP utk menyokonh BN sebaliknya jagalah hati dan kebajikan org2 yg taat dan sokong BN terutama di Swk & Sabah. Org PR ni apa2 pun kita cakap diaorg tak nak percaya .... biarkan diaorg dgn cara diaorg.... biar diaorg diurus oleh kjaan PR...
Inilah masanya Najib beri keutamaan kpd para pengundi BN khususnya di kws BN menang.
Contoh org2 di Sabah sangat memerlukan pembangunan ..jln yg baik, air bersih..dll. JANGAN TUNGGU SEHINGGA MEREKA BOSAN NAK UNDI BN .

Anonymous said...

org klate

ustaz said kawe dah kata tempoh hari, sekarang masa majoriti rakyat dah tak nak dengar dah apa yag bn dan media pengampu khaborkan. buatlah macam mana skrg target majoriti rakyat malaysia hanya satu fokus menamatkan riwayat pemerintahan BN dan diganti dengan PAKATAN RAKYAT.

Takbir, Reformasi, makkal sakti = HIDUP RAKYAT

Anonymous said...

Ustaz

Nampaknya.
Masyarakat Cina dan India masih menolak BN yang diterajui oleh MCA dan MIC.
Nampaknya.
Parti MCA dan MIC sudah ditolak oleh masyarakat mereka.

Berbanding UMNO.
Kesetiaan masyarakt Melayu kepada UMNO masih menebal kerana kawasan Melayu.
BN yang menang.

Nampaknya:
MCA dan MIC kena buat post-mortem.
Sebab selera masyarakatnya lebih berminat kepada PKR.

ADAM AMIN
Kg Jerlun,
Kedah.

Daru Sulaiman said...

Di Batang Ai tu tak ada apapun. Siaran TV pun susah mau dapat, jadi perubahan payah nak berlaku tapi dalam keadaan begitu pun PKR dapat juga 2000 undi. Ini menandakan Sarawak pun bakal tergugat.Apa yang boleh Shafie bantu di Batang Ai? Sekadar ikut menari ngajat di rumah panjang ust Said pun boleh. Kita rasa tak ada apa kredit lah untuk Shafie..kali ini ketiga-tiga naib presiden UMNO gagal dalam tugasan pertama mereka..Najib baru nak umum konsep 'satu Malaysia'nya tapi PR dah lama menzahirkannya..Apa pun kita terimalah keputusan rakyat ini kerana ianya telah dilakukan melalui proses demokrasi..

Datu Sulaiman: Kalau Pas kalah pun aku terima saja, yang penting kita berjaya melaksanakn proses demokrasi ini..BN kuat, PR kuat, ini bagus untuk rakyat. Bila dua-duanya kuat, yang menang ialah rakyat kerana dengan adanya persaingan ini, suara rakyat akan didengar dan dihargai..Jangan rosakkan keseimbangan ini. Hidup PAS...Allahuakhbar !!!

Anonymous said...

Dulu Dr M letak jawatan sebab ramai tak suka dan PakLah pimpin BN menang cemerlang 2004.

Kemudian PakLah tak ikut dia..Dr M bantai habis..

PakLah turun...Dr M masuk balik tapi rakyat tolak juga.

Sah la rakyat tak suka Dr M sebab dah tak relevan dengan rakyat semasa.

Asi

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin