Salam,
Seorang anak saudara yang merupakan 'anak muda' bertanya: Mengapakah dalam Umno wujud kumpulan tertentu yang menyokong pemimpin tertentu?
Bukan satu rahsia lagi, dalam Umno memang wujud klik tertentu, yang cenderung kepada pemimpin yang disukainya. Sebagai contoh, di Terengganu ada kumpulan cenderung kepada MB Tok Mad Said dan sebahagian lagi menyokong Idris Jusoh. Mungkin selepas ini ada pula yang cenderung kepada DS Hishamuddin Hussein.
Contoh kedua di Perlis, sebahagian pro kepada MB sementara sebahagian pula menyebelahi DS Shahidan Kassim. Hal ini memang pahit untuk diakui tetapi ia berlaku!
Bermula di peringkat Pusat sehingga ke peringkat negeri, bahagian dan turun ke peringkat cawangan. Pasti berlaku klik yang menyokong kumpulan tertentu ini. Sebab itu barangkali wujud Ketua Perhubungan Negeri import di 5 negeri.
Tidak mungkinkah 'amalan' ini dihapuskan?
Nah, inilah cabaran kepada pimpinan baru Umno, Presiden dan kabinet Umno serta Ketua Perhubungan Umno Negeri yang baru dilantik. Menyatukan semula klik-klik yang barangkali tidak perlu ini.
Yang buruknya, klik-klik ini pula bercakaran sesama sendiri, serta berlumba-lumba membuka pekung di dada!
Selepas One Malaysia, barangkali DS Najib boleh mempromosi 1Umno untuk semua ahli Umno menghayati slogan Umno: Bersatu - Bersetia - Berkhidmat. Bersatu dalam Umno dan mengenepikan kepentingan peribadi demi memastikan keberlangsungan Umno!
Itu pun, kalau mahu menjawab soalan anak saudara saya itu!
10 comments:
Asalamulaikum.
Satu perkara yg perlu kita ingat UMNO adalah parti pemerintah kerajaan Msia hari ini, maka sudah semestinyalah org akan mempopularkan apa-apa sja isu yg berkaitan dgn kepimpinan UMNO samada di peringkat pusat atau di peringkat negeri. Oleh yang demikian maka terpaparlah apa2 sja kelemahan UMNO. Bukan parti2 lain tak ada masalah seperti UMNO, ada bah itu.... tapi oleh kerana mereka merasakan itu tidak populer utk diketengahkan maka tak kedengaranlah masalah mereka. Dan dilihat parti2 lain ni macam tak banyak masalah dlm kepimpinan w/pun sebenarnya ada.
Maka bagi UMNO dah tahu ia bakal menjadi sarangan dari mana2 sja musuhnya, maka adalah menjadi kewajiban pemimpinnya mencuba seberapa boleh yg mungkin untuk menutup apa2 sja masalah yg wujud. Mungkin sudah tiba masanya D.Najib mengambil pendekatan menukar pemimpin yg bertalagah ini dgn pemimpin2 muda yg lebih berjiwa rakyat.
Kepada pengikut2 yg suka sangat pemimpin mereka bertalagah sesama sendiri, kenalah bertanggungjawab berusaha mendamaikan pemimpin tersebut. Janganlah cuba menjadi batu api sehingga perbalahan itu berterusan. Ingatlah yg rugi bukan ahli2 UMNO sja tapi seluruh rakyat Msia.
Ye Ustaz, kehidupan manusia tidak lari dari menempati hanya satu daripada empat kotak (FF, TFF, FTF dan TFTF). Itu sebab nya diminta supaya berfikir di luar kotak).
Yang penting niat. Jangan ada niat untuk mempermain atau mempelekeh kan sudah lah, tak baik. Baik sangka.
tk
mungkin 1BN?
memang suda lumrah alam, kita tak boleh puaskan hati semua orang. KLIK, KONCO, ORANG KUAT, pasti ada dimana-manapun PERSATUAN, PARTI, JABATAN, KUMPULAN, dan sebagainya..walhal dalam MASJID pun wujud perkara ini. Benda ni memang tak boleh dielak kerana sebijak manapun pemimpin, dia tak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Insp RAHMAN
Hanya tukar posisi pemain. Itukah pembaharuan namanya?
Apakah ini dikatakan suatu pembaharuan? Hakikatnya UMNO masih sama. Akar perjalanan UMNO masih sama.Apakah rakyat boleh mengharapkan sesuatu yang baru dengan hanya pertukaran posisi pemain sahaja namun corak permainan dan sistemnya masih sama? Masyarakat yang rasional akan nampak jawapannya! Seharusnya, asas sesebuah parti politik yang dianggotai oleh orang Islam, seperti UMNO, mestilah Islam dan aktivitinya juga mestilah merupakan aktiviti yang berlandaskan kepada Islam sesuai dengan firman Allah SWT:
”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. [TMQ Ali 'Imran (3) : 104].
Malangnya sehingga ke hari ini UMNO yang ahlinya terdiri dari majoritinya orang Islam masih lagi menjadi parti
yang mendokong dan mempertahankan undang-undang sekular kufur Lord Reid sejak 52 tahun yang lalu di mana kita sebagai seorang Islam telah dapat menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri bagaimana undang-undang ciptaan manusia itu masih kukuh dipertahankan oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Kita boleh menyaksikan sendiri hasil penerapan sistem kufur ini sehingga saat ini - 1001 satu macam masalah berlaku di dalam masyarakat. Keadaan semakin kronik hari demi hari dan akan terus berkekalan selama mana sistem busuk ini masih diterapkan. Apakah para pemimpin UMNO dan para ulama yang berada di dalam UMNO itu tidak memahami perintah Allah SWT :
”Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ Al Baqarah (2) :208].
”Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ Al Maa-idah (5) :49-50].
Terlalu banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang secara qat’i memerintahkan umat Islam khususnya para pemerintah umat Islam untuk menerapkan Islam di dalam kehidupan secara individu, masyarakat dan negara. Untuk itu UMNO akan hanya layak dikatakan melakukan pembaharuan jika asas perjuangannya ditukar kepada Islam dan asas lamanya, ashobiyyah, dicampakkan jauh-jauh.
Selepas melakukan semua ini, barulah boleh diharapkan agar pembaharuan yang diinginkan oleh UMNO itu akan benar-benar berlaku dan mereka akan termasuk ke dalam golongan yang akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.
berpuak-puak dan mempunyai pengikut masig-masing adalah budaya lama orang kita..sama juga bangsa asing, mereka pun begitu cuma mereka tak sebut 'puak',mereka mungkin dikelani sebagai 'gengster'atau 'kroni'..ni semua benda yang fitrah..mau hidup ma !
Tahniah dan syabas kpd kifli kerana mengutarakan pandangan tentang perundangan Islam untuk menggantikan perundangan barat,,,
satu saya mahu tanya saudara kifli di mana / apa negara di dunia ini yg mengamalkan perundangan Islam yg pemimpinya tidak "dikata" "dipersoal"oleh rakyatnya? Iran yg pemimpinnya yg hebat pun ada juga rakyatnya tak setuju dgn cara kepimpinannya.
Pada saya sesebuah kerajaan tidak dapat memuaskan semua kehendak rakyatnya, maka dapat memuaskan sebahagian besar kehendak rakyat sudah cukup baik dan bagus.
Apa2 perundangan pun yg dilaksanakan di sesebuah negara jika tidak ada penguatkuasaan tentunya tak berguna...
Kepada kepimpinan UMNO ingatlah juga di samping menjaga kebajikan kebanyakan rakyat, kenalah juga berusaha mencuba memberi kepuasan kpd golongan menoriti....
kepimpinan melalui teladan.. walau sehebat mana negara dicela.. di fitnah dan diperdaya.. walau maca mana pun negara kita juga.. so lebih kita berfikir bagaimana nak majukan bukannya nak mengkritik...lain lah ko masuk sini atas pas lawatan...
ala untuk,, sebab nak jawatan ... masuk la pokit...
Salam ustazsaid
secara realiti slogan akan memperkuatkan keazaman untuk berbuat sesuatu, Tetapi penyatuan yang jitu agak sukar direalisasikan selagi pemimpin hatta penyokong itu sendiri masih meminggirkan kelompok tertentu....
Post a Comment