Search This Blog

Monday, April 13, 2009

2 Tahun? Mengapa Terlalu Lama ?

Salam,

Dilaporkan TS Muhyiddin Yasim berkata bahawa 2 tahun adalah tempoh masa yang diperlukan untuk transformasi Umno seperti yang dijanjikan.

Kita rasa tempoh 2 tahun yang diminta adalah terlalu lama. Tiada unsur kesegeraan dan seperti 'lalai'. Mengapa perlu sampai 2 tahun?

Transformasi yang dibising-bising wajar disegerakan. Lebih cepat lebih baik, dan lebih meyakinkan bukan sahaja ahli serta penyokong parti malah rakyat atas pagar, yang ingin melihat Umno benar-benar berubah.

Dibimbangi semakin lambat perubahan dilaksanakan dan semakin lalai pimpinan parti mengambil tindakan, akan menyebabkan lebih banyak masalah yang timbul. Lebih ramai pula yang mencebik bibir tanda bosan!

Apalagi jika perubahan yang diwar-warkan, hanyalah perubahan luaran sahaja. Hanya perubahan kosmetik, nampak semacam retorik. Tentulah ramai lagi yang akan kecewa dan menjuihkan mulut!

Biarlah transformasi ini diambil sebagai prioriti dan dilakukan secara serius, bukan main-main. Bukan hangat-hangat tahi ayam. Bukan dijaja sebagai modal kempen semasa musim pemilihan.

Biar jelas apa yang mahu dirubah, lakukan sekarang, sesegera mungkin...jangan tunggu lama-lama, takut nanti apabila Umno sudah berubah, ia sudah tidak mendapat sokongan lagi...

4 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, aku rasa langkah untuk melaksanakan perubahan sudah di laksanakan, memang tak tunggu esok lagi dah, naik je najib, proses perubahan dah pun di jalankan....mungkin tempoh 2 tahun yang di nyatakan adalah proses melengkapkan perubahan2 yang dapat di rasai sepenuhnya, tapi sebarang apa pun perubahan yang di laksanakan ianya seharusnya tiada tempoh yang tetap, perubahan dan penambahbaikan harus di laksanakan secara berterusan mengikut kehendak persekitaran dan peredaran masa,....yang penting segala perubahan perlu mengambil kira juga pandangan dan sensitiviti golongan akar umbi, golongan blogers juga jangan di pinggirkan......janganlah sampai asyik ingin melihat perubahan sehingga ada yang tercicir dan jangan lah ada perubahan yang hanya syok sendiri......allah hu alam.

ustazsaid said...

Salam Matlan, perubahan syok sendiri? Mungkin memansuhkan Kem. Pebgnan Usahawan & Koperasi, letakkan MARA di MITI masuk dlm kategori ni?

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Saya sependapat bahawa bermula daripada sekarang perlu ada rentetan perubahan yang mesti diumumkan.Bukan setakat menolak bunga manggar atau gambar dalam billboard. Kita mahu perubahan dalam soal-soal dasar yang melibatkan kehidupan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup,ketirisan,korupsi, kecekapan jentra kerjaan dan bermacam-macam lagi. Kita pun tahu apakah yang dihujahkan oleh pihak pembangkang untuk memenangi hati rakyat, jadi benda seperti itu perlu dikaji dan dilihat wajarannya dan jika logik, sila laksanakan biarkan pembangkang tiada lagi modal untuk diperjuangkan..saya percaya lepas itu BN akan kembali memperolehi menguasai majoriti 2/3 sokongan rakyat.

Anonymous said...

Salam Ustaz....

2 tahun baru cukup simpan duit banyak-banyak senang nak lari ke australia...ustaz dah kumpul duit?...ini bukan perubahan ini adalah perebahan...

samad osman,KL

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin