Search This Blog

Monday, April 20, 2009

Adakah Yang Mahu Mendengar?

Salam,

Titah Diraja berbentuk nasihat dan peringatan yang disuarakan oleh Raja Dr Nazrin dan Tuanku Sultan Azlan Shah, sangat berguna dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang mendukung sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Jika apa yang dititahkan difahami dan dihayati, oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik, pasti kehormanian hidup di kalangan rakyat jelata akan terus terpelihara. Suasana tidak stabil dan tidak harmonis seperti yang dilihat di Thailand, tidak mungkin akan berlaku di sini.

Diingatkan antara lain, jangan dipadam 'pelita' yang menyala kerana menyangka hari siang ditemani matahari, sedang hakikatnya matahari pasti akan terbenam. Ketika gelap malam, pelita sangat berguna dan akan diperlukan. Juga diingatkan, jangan membuang air tempayan kerana mengengar guruh di langit, sedang hujan belum pasti turun!

Malangnya, adakah lagi yang mahu mendengar dan memahami titah ini ?

Bila rakyat ( segelintir sahaja ), terpesona keindahan pelangi, mengejar bayang-bayang, tertipu oleh fatamorgana...bentangkan sejuta fakta, huraikan seribu nasihat...pasti tidak akan didengar lagi. Apalagi jika ia tidak menguntungkan!

Harapnya, titah ini akan difahami mereka...negara ini bukan republik!

4 comments:

kayumanis said...

Bersastra kawan kita hari ni, tempias angin istana. Kalau semua Pak Politik kita suka bersastra rasanya lambat sikitlah nak naik marah.

Anonymous said...

Ada....Ustaz said,

Lebih baik Tuanku Harus berterus terang bahawa "Hanya umno/bn saja yang beta suka".

yang lain boleh pi.......

Anonymous said...

mmg tuanku suka UMNO dan BN sbb mrk x kurang ajar mcm PAS.BOdoh adaker pas tgok org DAP buat rusuhan .BAruaaaaa

Anonymous said...

Barua...Umno.

"Aku nak deris Natang"

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin