Salam,
Seperti yang dilaporkan, akhirnya Tun Mahathir kembali ke pangkuan Umno. Sama ada tindakan Tun 'kembali ke pangkal jalan' ini akan membantu menguatkan Umno belum dapat dipastikan.
Tun telah menunaikan janjinya ketika bertindak keluar hampir setahun lalu, hanya akan kembali bila Pak Lah bukan lagi Presiden. Janji ini tertunai sembilan hari selepas DS Najib menjadi Presiden dan sehari selepas menjadi Perdana Menteri.
Istimewanya kepulangan Tun Mahathir kali ini, buat kali kedua, disambut oleh Presiden Umno sendiri. Sesuatu yang jarang berlaku...seorang yang keluar dan diterima semula dengan terbuka. Mungkin Tun dan Ezam serta beberapa orang bekas ahli PKR sahaja yang mendapat keistimewaan ini.
Kembalinya Tun kali ini diharapkan akan membawa sinar baru kepada perjuangan Umno. Paling dekat, diharapkan kemenangan BN ( dan Umno ) akan menjelma di 3 PRK malam nanti. Tun juga sudah pun menyertai kempen BN kali ini.
Tanpa menafikan jasa dan pengaruh serta populariti Tun, diharapkan juga Tun akan mampu meraih kembali sokongan orang Melayu kepada Umno dan bukan Melayu kepada komponen BN lain. Rasanya, bukan sedikit yang beralih sokongan sebelum ini gara-gara terpengaruh dengan Tun...bantahan, bangkangan, kritikan, sindiran, bidasan dan akhirnya bertindak keluar Umno.
Adakah mereka akan turut sama kembali menyertai Umno atau menyokong BN semula? Hmm entahlah...kita tengok malam nanti!
9 comments:
welkam back Tun, negarawan Malaysia..AnWar pasti terkencing-kencing takut berhadapan strategist hebat spt Tun!!!!!!!!!!!!
x-pkr
http://x-pkr.com
Salam,
Ezam seperti Tun Tuah yg terpaksa membunuh sahabat sendiri demi negara.
Anwar tahu dia akan membilang hari dan Lim Kit Siang pun tahu kuda tunggangannya akan jatuh tersungkur.
Rakyat perlu keamanan dan sudah jemu dgn politik pentingkan diri Anwar dan Malaysian Malaysia DAP yg tidak mungkin diterima olih majoriti Melayu.
DAP perlu belajar dpd saudara mereka PKM yg tidak berjaya mendapat sokongan Melayu.
Hanya Melayu sesat dan gila saja akan sokong DAP.
Hidup Melayu.
Komen Anon Apr 7, 10:30am dibuang sebab tidak mengikut etika dlm dunia cyber...tk
biduk lalu kiambang bertaut ? carik2 bulu ayam lama lama ....bercantum jua ?
alhamdulillah..
asalamualaikum ustaz, syukur kepada allah, ayahanda tun M telah masuk semula kedalam UMNO, semoga kekuatan umno kembali pulih dan orang melayu bersatu semula, cuma disini yang aku kurang yakin adalah keikhlasan Si EZAM, aku masih meragui keikhlasannya, aku masih yakin yang kehadiran EZAM adalah di hantar khas oleh Anuar sebagai strategi bagi menghancurkan umno dari dalam dan memecahkan perpaduan orang2 umno...allah hu alam.
Bagi aku walau Tun M sdh kembali kepangkuan Umno, namun Umno tetap akan terus kehilangan pengaruhnya dalam pentas politik negara.Tun M tidak mempunyai kuasa ajaib untuk mengembalikan kegemilangan Umno.Namun Umno pasti bersinar kembali seandainya pemimpin yang ada sekarang ni khasnya yang telah berjaya mendapat undi tertinggi pada perhimpunan umno yang lepas kembali ke landasan yang betul, seperti mana kepimpinan Umno lama yang berjuang bukan semata-mata kerana wang tetapi kerana syangkan bangsa, syangkan agama, sayangkan negara. Walaubagaimanapun saya merakamkan jutaan tahniah kepada PM Datuk Seri Najib yang kelihatan begitu bersemangat untuk mengembalikan maruah Umno khasnya BN amnya di mata rakyat malaysia. Kepada YB2 bantulah PM kita untuk merealisasikan impian ini, jika tidak PR 13 akan mengubah nasib anda semua. Bagi kami sebagai rakyat mungkin tidak merasa apa2 perubahan yang ketara walau parti mana pun memerintah. Tetapi Datuk2 lah yang akan hilang taring.... I STILL LOVE UMNO.
aku amat terkilan bila pengumuman senarai kabinet baru diumumkan oleh PM seakan-akan melupakan peranan pemuda dlm arena politik negara. walaupun org nombor 2 pemuda mendapat tempat namun itu tidak begitu mecerminkan keinginan yang tinggi untuk meraih semula kepercayaan pemuda untuk kembali memberi sokongan terhadap umno. Sepatutnya YB Khairi diberi peluang untuk berada di dalam kabinet sesuai dengan kedudukan beliau yang mendapat kepercayaan pemuda untuk menjadi peneraju sayap parti.Bagaimana untuk meraih kembali sokongan dikalangan pemuda seandainya pandangan serta sokongan mereka terhadap parti langsung tidak dihargai. Mungkin ada yang terlupa menganalisis undi saluran 3 pada p/raya ke 12 yang lepas atau p/raya kecil baru2 ni.Renungkanlah bahawa undi pemuda merupakan undi penentu kemenangan hampir kesemua kawasan.Kepada PM yang dihormati mungkin masih ada masa untuk "double check" senarai baru tersebut. Amacam ustaz u setujukah aku punya pandangan. Wassalam.
Post a Comment