Salam,
Ada 2 'kekecohan' berlaku, berkaitan perebutan jawatan:
# Kecoh 1
Di utara, Dr Isa Sabu kata, elok MB jadi Pengerusi Perhubungan Negeri Perlis. Pengerusi sekarang, Shahidan Kassim pula mengesyorkan jawatan yang disandangnya diserahkan kepada TS Muhyiddin Yasin.
# Kecoh 2
Di Selangor, cerita yang sama. Diberitahu majoriti Ketua Bahagian mahu Datuk Najib mengepalai Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, menggantikan TS Muhammad Muhd Taib yang tewas.
Wah, nampak macam hebat...dua-dua negeri mahu Presiden dan Tim. Presiden mengetuai mereka. Makin bertambahlah beban tugas PM & TPM, mengurus parti, negara dan mengurus 2 negeri. Istimewa sungguh Perlis dan Selangor ni..
Belum pun reda pahat berbunyi selepas pembentukan kabinet, ditambah pula 'pahat' penyusunan senarai Perhubungan Umno Negeri. Makin pening la kepala 2 pemimpin atasan kita.
Tidak bolehkah kalau Shahidan dan Muhammad kekal menerajui Umno negeri masing-masing? Bukankah elok kalau mereka ini yang agak 'lapang' meneruskan kerja-kerja parti, berbanding PM, TPM atau MB? Tidaklah nanti bercampur-aduk...
MB laksanakan tugas pentadbiran, Pengerusi Perhubungan jalankan tugas parti. KJ Ketua Pemuda, tidak jadi Menteri pun, ok apa!
Biasalah Tan Sri dan Datuk Seri ...inilah harga yang terpaksa ditanggung apabila tidak lagi berjawatan Menteri @ MB, apalagi kalau kalah dalam pemilihan. Jasa lama 20 tahun...ada lagikah orang pandang?
Soalan: Tidak bolehkah Umno mengubah 'perangai buruk' ini? Hmmm...entahlah.
7 comments:
Salam Ustaz...
Ini bukan "biasalah....politik umno"...ini
"politik luar biasa" dan petanda umno akan rebah!
Ustaz Badrul,Jengka Pahang.
Virus ni adalah selari dengan moto umno dulu kini dan selamanya...
Apa yang berlaku ini adalah proses penyesuaian. Ianya adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan, sama ada perubahan kepimpinan atau perubahan posisi, misalnya dariapda pembangkang kepada pemerintah atau daripada pemerintah berubah menjadi pembangkang.Saya setuju ini proses biasa.. Hanya benda mati saja yang tidak bergolak, selagi benda itu hidup dan aktif, ianya akan sentiasa bergolak..normal normal.
Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.
Ustaz,
Siapakah yang mereka maksudkan sebagai 'pakatan pengganas' ini ? Jika yang dimaksudkan merujuk kepada pakatan pembangkang atau lebih jelas PR, maka pandangan daripada rahman,ahchong,muniady ini sangat prejudis dan berfikiran sempit.Tiada langsung mencerminkan kematangan berpolitik, macam dia saja yang betul.Macam mana walaupun sudah 50 tahun merdeka tapi masih berfikiran tertutup seperti ini.
Proses demokrasi macamtulah Ustad, dalam liPAS mana ada.
Kecoh 3 - BN terengganu.
Kecoh 4 - BN Sabah.....masalah banjir di Beaufort...hehehehe
PAS - Membangun bersama ISLAM...oppss...Membangun bersama DAP.
Post a Comment