Search This Blog

Monday, April 6, 2009

BN Ketinggalan Di Bukit Gantang ?

Salam,

Sejak sebelum merdeka, ketika itu dikenali Perikatan sehingga kini Barisan Nasional memang terkenal dengan gagasan perkongsian kuasa di kalangan 14 parti komponennya yang mewakili pelbagai kaum dan agama.

Sudah terbukti gagasan BN ini berjaya membawa Malaysia membangun dan maju seperti yang dinikmati hari ini. Memang banyak lagi yang perlu dibaiki, dan ini menjadi cabaran buat BN pada masa akan datang.

Hari ini, gagasan BN dicabar oleh gabungan PKR, PAS & DAP - yang menggelar diri mereka Pakatan Rakyat. Mampukah gagasan PR ini menyaingi BN?

Mungkin tidak pernah dalam sejarah, pemimpin bukan Islam BN, dalam berkempen menyokong calon beragama Islam di hadapan penyokong pelbagai kaum, dalam pilihanraya, menggunakan ayat suci Al-Quran sebagai bahan meraih sokongan.

Di PRK Bukit Gantang, PR membuktikan 'perkongsian' mereka cukup hebat sehingga MP Taiping, Nga Kor Ming cukup lancar membaca ayat suci Al-Quran - dengan sebutan surah yang tiada dalam Al-Quran - siap dengan maksudnya sekali. Tidak pasti, sama ada bacaan ini disambut dengan takbir...

Di Batang Ai pula, PR cukup toleran sehingga Anwar Ibrahim menyalahkan Umno - parti yang pernah didukungnya - kerana tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Mungkin jika PR dapat memerintah, 4 kalimah yang dilarang akan dibenarkan.

Nampaknya, PR sudah tidak peduli dengan sensiviti umat Islam. Demi kemenangan pilihanraya, PAS juga rela berkorban untuk sama-sama pemimpin DAP membaca Al-Quran dan merelakan Anwar Ibrahim menggunakan kalimah Allah sebagai senjata politik. Ketamakan kepada kuasa nampak gayanya telah mengubah pemikiran manusia menjadi tidak rasional!

Dari segi ini, BN memang ketinggalan. Bukan sahaja di Bkt Gantang, malahan di Bukit Selambau dan Batang Ai...Adakah umat Islam cuma berdiam diri dan membiarkan 'permainan' ini berterusan?

8 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Salam.

Sedikit makluman kepada semua rakan BPN..

- BPN terbuka untuk disertai kepada sesiapa sahaja dengan syarat mereka tidak membawa fahaman politik yang bertentangan dengan perjuangan untuk menjaga agama,bangsa dan negara di alam siber.

- Etika BPN berlandaskan prinsip undang undang Malaysia dan juga agama Islam. Pelanggaran prinsip tersebut akan membawa kepada pengguguran keahlian secara automatik.

- Sesiapa telah siarkan Logo, Resolusi terbaru, Pautan Ahli BPN dan juga Chatroll BPN maka ia akan disenaraikan dalam senarai Blogger BPN.Sesiapa yang gagal maka dia tidak akan diletakkan dalam senarai dan akan digugurkan buat sementara waktu.

- Logo BPN akan diberikan kepada yang sudah memenuhi syarat2 sebagai ahli menerusi Yahoo Messenger.


Logo Kelab Penyokong dikhususkan bagi mereka yang tidak mahu menjadi ahli BPN tetapi menyokong aspirasi perjuangan BPN.. Mereka dikecualikan dari mematuhi syarat2 sebagai ahli BPN.


- Ahli BPN diminta siarkan email YM di blog masing masing serta menambah email panglima dalam senarai YM mereka untuk menerima makluman terkini.

- Pastikan list blogger BPN dan Blogger Penyokong BPN di blog anda berdasarkan list terkini di blog saya.

- Pastikan Chatroll BPN dipasang di blog untuk sesi ParlimenBPN samada dengan kawan dan lawan.

- Logo mesti berada di ruang atas blog dan list blogger bpn mesti tidak dicampur dengan blogger bukan ahli BPN.

- Ahli BPN akan dijemput jika ada sebarang pertemuan dengan mana mana pihak atau diberi bantuan jika BPN sudah memiliki dana sendiri pada masa hadapan.


Yang benar

YDP Blogger Pembela Negara
6 April 2009

anak beaufort said...

Salam. Itu bukan nama nya BN Ketinggalan. Apalah gunanya buat perubahan yg boleh membawa kehancuran masyarakat Msia. Mengapa PR sibuk sangat nak perjuangkan perkara2 yg menyentuh perkara2 yg menyebabkan org islam marah ini ? Apakah 50 tahun yg lalu org2 bukan Islam di negara ini terseksa dan tak boleh mengamalkan agama mereka ? Ataukah mereka ini mahu negara Msia yg aman damai ini berperang sesama sendiri kerana perbalahan agama dan perkauman? Saya cadangkan Menteri Dalam Negeri ambil tindakan segera tokoh2 politik seperti ini supaya didakwa di bawah akta hasutan... sumbat diaorg dlm penjara... atau hantar diaorg ke Palestin.. Iraq...dan negara2 yg sedang berperang . biar diaorg tahu betapa susahnya hidup dalam suasana peperangan..

Datu Sulaiman said...

Selepas 9 hari berhujah,esok lebih 70 peratus pengungi Melayu beragama Islam di Bkt Selambau dan Bkt Gantang akan menjadi hakim..Biar mereka buat keputusan.. Kalau ada yang menyalahi undang-undang atau melanggar akta hasutan, saya dengar Pakcik Osman Abu Bakar sudah pun buat aduan Polis, jadi kita serahkan kepada Polis untuk bertindak..Keadilan akan ditegakkan, lagipun bukankah Menteri Dalam Negeri itu ialah pemimpin UMNO jadi mau risau apa, kita serahkan kepada undang-undang..

Anonymous said...

aku pun rasa marah yang amat sangat bila menonoton TV malam semalam bilamana seorang cina Budha baca potongan ayat Al quran dengan pelat cinanya sambil diselangi senyuman sinis oleh oleh pendengar cina yang seagama dengannya.Wahai Orang PAS yg selama ini mendabik dada kononya memperjuangkan islam, mana perginya korang, napa diam seribu bahasa bila ayat suci al quran jadi mainan.Apakah kalian sudi kitab suci Al quran dipersenda semata-mata untuk memenuhi agenda politik anda.Oleh itu jalan taubat masih terbentang luas kembalilah ke pangkal jalan, selagi masa yang terlalu laju meninggalkan kita akan menambahkan daya pecutannya sehingga kita tak terkejar.

papar.boss said...

7 April terciptalah lagi satu sejarah,bila BN,PKR, PAS berentap merebut dua bukit satu batang.Mana-mana parti yang berjaya menakluk bukit dan batang ini, harapan amatlah mengunung peliharalah bukit-bukit ini dan jenguk-jenguklah batang itu, jangan selepas ini bukit-bukit ini dibiarkan gondol dan batang ini dibiarkan reput tanpa ada pembelaan. Wasalam... Pemerhati politik dalam diam.

Datu Sulaiman said...

sabar kau anonyous, bukankah sudah aku cakap, biarkan proses undang-undang berlaku..pergilah kemana-mana balai Polis berdekatan untuk membuat laporan berkenaan penghinaan yang kau nampak itu..Cuma mau sikit sikit, apa pendirian kau berkenaan sekumpulan orang yang membakar bendera Sabah di Lahad Datu ? Mereka ditahan tapi kununnya atas kesalahan mengadakan perhimpunan haram saja, sepatutnya mereka tu perlu di tahan di bawah ISA kerana melakukan tindakan yang memudaratkan keselamatan negara.

USD said...

Datu Sulaiman, amatlah bagus klu kita semua patuh kpd undang2 pd setiap masa, bukan ketika undang2 menyebelahi kita saja...tp x percy undang2 jika menyebelahi org lain. Kan kes Perak tu ikut undang2 Dr Zambry jd MB, bukan Nizar...apa kess?

Datu Sulaiman said...

ya ustaz, kes perak ni dah pegi undang-undang pun, kita tunggu mahkamah buat keputusan..itu semua tak hairan punya. cuma yang bising-bising tu pasal rakyat mau pilihanraya untuk memilih kerajaan baru. sepatutnya Zamry berusaha memohon persetujuan Sultan untuk membubarkan DUN Perak, tapi Zamry nampaknya tidak berani..itulah yang menyebabkan ada yang tidak berhenti bising. Takut kalah Zamry tu, itulah sifat pemimpin BN takut kehilangan pangkat dan jawatan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin