Search This Blog

Friday, April 17, 2009

Kita Teruskan Pesta...

Kita Teruskan Pesta...

Salam,

Mohd Fairus Khairuddin ADUN Penanti dari PKR, selepas meletakkan jawatan sebagai TKM dan Exco Pulau Pinang pada 8 April lalu, hari ini nekad meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Dalam tempoh 60 hari, pesta pilihanraya pasti akan tiba. Belum pun kebah penat di 2 Bukit 1 Batang, kita akan dihidangkan lagi dengan aksi kempen pilihanraya.

Kecuali PRK Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Batang Ai yang kehilangan wakil rakyat, PRK di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan bakal menyusul Penanti, PRK akan diadakan gara-gara untuk memuaskan hati wakil rakyat.

Ironinya, 2 + 1 PRK diadakan apabila wakil rakyat PKR bertindak meletakkan jawatan. Satu untuk memberi laluan kepada suami, satu sebab misteri dan satu ini pula katanya untuk membersihkan nama tercemar.

Kecualikan 3 PRK, nampaknya PRK sudah disalahguna untuk memuaskan nafsu pihak berkepentingan. Atau, adakah PKR memang ditubuhkan untuk berpilihanraya?

Nampak gayanya menuju PRU13, kita akan terus menyaksikan pesta pilihanraya. Mungkin elok juga, supaya para pengundi tidak lupa cara memangkah!

2 comments:

Anonymous said...

salam ustaz said...

Inilah yang menariknya...Kami sebagai rakyat dapat melihat PKR sedang berusaha memberi gambaran yang jelas kepada rakyat bahawa mereka tidak mahu wakil rakyat yang tiada integriti dan ada masalah seperti fairuz perlu di bawa keluar dari terus di simpan dan juga akan membawa masalah pada parti dan rakyat di penanti,namun agak menghairankan umno kini sedang berusaha memujuk fairuz menyertai umno dengan pelbagai tawaran seperti osman jailu/jamaludin/hee di perak...siapakah yang lebih bermoral?

Ustaz said,

Di dalam umno tidak pernah terjadi sebegini malah paling hebat pun letak jawatan parti dan kerajaan aje namun tidak sebagai adun...contohnya MB melaka Ali Rustam telah sah terlibat rasuah namun masih di kekalkan,MP rompin Dr jamaluddin jarjis terlibat dengan gejala mabuk dan meraba pelayan hotel masih kekal sebagai MP,Datuk Japlin sabah terlibat politik wang dan rasuah masih kekal sebagai ADUN bukankah ini melindungi penjenayah ?

Namun apa jua yang UMNO/Bn buat bukan masalah bagi mereka yang mendokong parti ini.

salam ustaz semoga dapat mentarbiahkan pemimpin yang tuan kasih....

salam

Azman bin Rahman,
selayang.

Anonymous said...

Ialah ustaz said...

Jangan kuman di seberang sungai pun nampak gajah di depan mata buat tak tahu aje.....
kata nak buat perubahan pada umno/bn kalau setakat salin baju aje...selamat tinggalah umno/bn...

zailan bangi.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin