Salam,
Ini bukan peribahasa Melayu. Kata-kata ini cuma menggambarkan situasi terkini politik negara.
Tahun lalu, selepas pilihanraya yang dimenangi BN, seorang pemimpin mewar-warkan bahawa akan berlaku perubahan dalam pentdbiran kerajaan. Tanpa segan-silu, orang itu meramal kerajaan BN pimpinan Pak Lah akan jatuh.
16hb September dijadikan dateline penubuhan kerajaan baru, dengan sejumlah MP BN akan melompat parti dan menyertai kerajaan yang bakal ditubuhkan. Dia menjadikan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri kepada kerajaan campuran yang berlainan ideologi dan berlainan mimpi.
Keazamannya semakin kuat apabila dia memenangi kerusi Permatang Pauh. Slogan diberi: Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya. Keyakinan tingginya disokong penuh oleh kawan-kawannya sealiran, tidur sebantal mimpi lain-lain.
Anda tentu dapat meneka dengan tepat, siapa dia?
Ya,hari ini apa yang diramalkan menjadi kenyataan. Segala fantasi menjadi realiti. Walaupun cubaan mengagalkan perubahan ini berterusan, sehingga ke saat akhir. Dicanangkan bahawa SPB YDP Agong tidak berkenan kepada perubahan yang dirancang.
Lain mengidam lain yang merasa. Memang Pak Lah turun daripada kerusi empuk PM tapi yang akan duduk di kerusi tersebut ialah Datuk Seri Najib. Bukan pemimpin yang mengidam sebelum ini.
Kecuali berlaku takdir lain, nampaknya selepas ini di Dewan Rakyat, kerusi no.1 akan diduduki oleh MP Pekan bukan Permatang Pauh...
6 comments:
Ramalan demi ramalan cuma sekadar andaian untuk rakyat terus berfikir ..... tetapi Ust... Kita bila isteri ngandung kita yang selalu mengidam ....apa hal pula tu ....
Itu yang dinamakan silap ibu mengandung dan beranak. Kalau dulu, mak bapak dia menamakan anaknya Nanuar -- mungkin sekarang mimpinya sudah jadi realiti.
Malang sekali, nama dia tidak menepati teori R.A.H.M.A.N. Atau kalau dia tidak bernafsu gelojoh dan rakus haloba -- mungkin dia yang mengambil huruf 'A' itu. Dan bukan Pak Lah.
Tapi syukurlah... Tuhan masih kasihkan negara Malaysia. Kita dijauhkan daripada mendapat pemimpin sebegitu. :)
Diatas segala harapan dan perancangan kita Allah swt lah yang maha mengetahui. Hari ini ialah apa yang kita saksikan tetapi kejadian esok milik dan kekuasaan Allah menentukannya.
walau apa pun nama pemilik kerusi pm itu, paling penting adalah keredhaan allah.
semoga malaysia terus aman makmur...
Haha...aku setuju dgn ko Rem! Betul ko punya teori...bernas!
asalamualaikum ustsz, nasib baik tun mahathir tu lahir dahulu dari aku, kalau tak aku pun mungkin berpeluang untuk jadi calon untuk isi slot M dalam teori R.A.H.M.A.N ,he he he.......memang ramai meramalkan dengan kenaikan najib sebagai pm akan menyebabkan berlaku kehancuran di bumi malaysia, ada yang meramalkan seolah-olah akan berlaku kiamat pula, ada pula yang meramal seolah2 lantikan najib sebagai pm merupakan satu tanda2 kecil kiamat....na hu zubillah,......tak tau la, kiamat yang dimaksudkan samada kepada dunia atau kiamat kepada umno.....tapi kalau bagi aku....najib berkelayakan, berkemampuan dan beriman.....kita doakan agar beliau lebih bertanggungjawab di dalam menerajui negara.......kamu urang ingat kalau dia macam-macam, kami rakyat jelata akan duduk diam ka? terutamanya blogers2....pasti akan ada tindakan......apa hal pun , tahniah dato sri najib.....dan juga dato sri lajim ukin ( kerana menang AMT).....he he, ambik kesempatan sikit,......allah hu alam.
Post a Comment