Search This Blog

Thursday, April 30, 2009

Pak Lah Kenen Siapa Ni?


Salam, Agendadaily melaporkan:

Bagaimana pula dengan sidang Dewan Rakyat yang akan
berlangsung pertengahan Jun nanti? Tidakkah beliau sebagai bekas Perdana Menteri kekok nak duduk sebarang dengan ahli parlimen biasa nanti?

Kepada soalan ini,Pak Lah kata beliau tidak ada masalah kerana pernah jadi backbencer dulu. “Anda harus tahu dimana anda harus berada.Apabila anda enggan terima perubahan anda akan mula bercakap dan buat perkara yang tak betul dan tak kena.Itu masanya anda akan cetuskan masalah,”katanya membayangkan beliau enggan campur urusan pentabiran kerajaan selepas bersara.-25/4/2009


Iyalah Pak Lah, kalau dah bersara tu, buatlah cara bersara. Berehatlah. Sedar-sedarlah hendaknya cara orang pencen!


Kalau pun rasa nak menyumbang juga, buatlah cara yang betul. Aktif dalam Pengakap pun elok juga. Atau nak tanam pokok supaya bumi ni hijau. Atau menonton Astro Ceria dengan cucu!


Orang kata, jangan ada 2 ekor singa di atas bukit yang sama. Atau jangan ada dua kepala dalam One Malaysia.


Inikan 'SATU' Malaysia...baguslah kalau Pak Lah dah faham!


***************************

Tulisan ini mendapat respon yang pelbagai. Sama ada ia tidak difahami atau kerana memahaminya secara lurus bendul!

Adapun maksud tulisan ini ialah satu penghargaan kepada Pak Lah kerana menyedari dia bukan lagi seorang PM. Tulisan ini memetik temubual di Agendadaily.

Sewajarnya Pak Lah dihargai kerana selepas 'turun takhta' , beliau benar-benar berehat dan kembali menjadi rakyat biasa walaupun masih menjadi MP.

Berbeza dengan Tun Mahathir, yang hanya berehat seketika dan kembali mencampuri urusan pentadbiran. Malahan yang parahnya, kini Tun M dianggap PM bersama DS Najib! Sehingga kabinet yang dibentuk oleh DS Najib pun ditohmah sebagai hasil campur tangan Tun M - digelar pula Kabinet MAHAJIB.

Harapnya tulisan ini tidak difahami secara bendul! TK


11 comments:

Anonymous said...

Kenapa ayat macam kurang ajar sgt ni. Dia hanya buat kenyataan bukannya di mencampuri urusan kerajaan.

USD said...

Salam, Anon 7:10M...wah marah nampak..rileks beb. Kita guna reverse psiko la...Pak Lah ok, dah pencen bt cara pencen. Bukan mcm org lain...pencen pun masih mcm PM lg. Siapa?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Komen Anon 12:41pm tpaksa dipadam kerana x relevan dgn isu ! Mohon maaf...

GuruBashid said...

Tidak ada sesiapa yang bersalah, baik Tun Abdullah mahupun Tun Mahathir. Masing-masing dengan caranya. Tun Abdullah memilih untuk tidak campur tangan urusan kerajaan dan parti.Tun Mahathir pula memilih untuk memberikan pandangan konstruktif beliau kepada pemerintahan dan parti. Kedua-duanya mempunyai alasan serupa, iaitu untuk kebaikan kerajaan dan parti.Ada orang yang diamnya lebih diperlukan untuk kebaikan. Tetapi ada orang yang suaranya masih diperlukan untuk kebaikan.Di mana kedudukan Tun Abdullah dan bagaimana pula kedudukan Tun Mahathir dalam konteks ini hanya yang arif yang boleh menjawabnya?Yang penting DS Najib tidak pernah membezakan kedua-duanya kerana beliau ada Allahyarham Tun Abdul Razak, iaitu ayahanda beliau sendiri sebagai sumber inspirasi utama dalam perjuangannya. Yang berkeluh kesah itu kita, bukan beliau

Adisaputra said...

Assalamualaikum...
pada pandangan saya samada Tun M atau pun Pak Lah adalah salah satu lipatan sejarah gemilang negara...sekarang baru bermula era DS Najib moga ia akan dapat membawa kemajuan buat negara...mengenai Tun M dan Pak Lah masing2 mempunyai alasan yang sama bertindak untuk kebaikan parti dan negara cuma cara pendekatan yang berbeza sahaja.. Apa pun Terimakasih buat semua pemimpin yang telah memberi sunbangan untuk negara...TQ

Aris Arapa said...

Sebagai orang muda saya kagum dengan Tun M kerana semenjak saya lahir dialah Perdana Menteri Malaysia. Bukak saja mata, wah... aku tinggal di Bumi Malaysia yang boleh dikatakan maju lah jugak. Syukur Alhamdulillah...

Lepas tu Tun Abdullah pula memerintah. Saya sangat sayang dengan Tun Abdullah. Orangnya dilihat sangat baik. Cara pemerintahan pun sedikit berbeza dengan Tun M. Baguslah, baru merasa ada PM baru sejak aku hidup di muka bumi Allah ni.

Tentang prestasi, kedua2nya ada pencapaian yang membanggakan.

Anonymous said...

KEHANCURAN DAN KEMUSNAHAN

Saya rasa jika ada manusia seperti ustaz rock yang suka melaga-laga mantan pemimpin. Maka engkaulah penyebab kehancuran umat.

Sepatutnya kita perlu kembali kepada al-Quran dan sunnah. Mencari kebaikan seseorang dan melindungi kelemahannya kecuali jika seseorang telah menolok ajaran yang Islam yang sebenar.

Manusia lebih senang menerima pujian dan nasihat, bukan makian, cacian dan fitnah.

--Orang Kampung--

matlan said...

asalamualaikum ustaz, bagi aku , diam kalau tak tau apa2, bersuara pada yang perlu,....cukup!!, ada kalanya berdiam adalah lebih baik daripada bersuara, inilah pendekatan yang di ambil oleh pak lah ( Bagus ), tapi tidak kepada Tun M, baik bagi Tun M bersuara atau menegur....tapi terpulang la kepada najib untuk menilai , nak ikut atau pun tidak...kerana niat Tun M dan Tun Lah sama, untuk memastikan negara di pimpin dengan baik.....cuma jalannya berbeza....allah hu alam

Button Sousa said...

Tun Abdullah memilih tindakan bijak dengan tidak mencampuri urusan pentadbiran negara.Hal ini berbeza dengan Tun Mahathir,memilih untuk bersuara seolah-olah mencampuri urusan pentadbiran di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib.

Soalnya,bukan tidak boleh bersuara atau mengutarakan pendapat,tetapi bagaimana pendapat itu diutarakan.
Janganlah membuat kenyataan atau kritikan secara terbuka.Sekiranya terdapat beberapa tindakan ataupun dasar yang tidak memuaskan hati hendaklah diadakan secara tertutup dan perbincangan harus dilakukan secara bersama.

Kritikan ataupun teguran secara terbuka boleh melemahkan kepimpinan samada dalam kerajaan mahupun dalam UMNO itu sendiri.Jangan kita buka pekung di dada kepada masyarakat.Hal ini boleh menggambarkan bahawa kita adalah kerajaan yang teruk dan sebagainya.

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustaz,
ada pandangan baru mengenai kenyataan Tun Lah yg diboldkan itu...
adakah kenyataan tu secara x langsung terkena batang hidung MP Bukit Gantang yg baru?hehehe

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin