Search This Blog

Thursday, February 26, 2009

01 : Jangan Selesa...

Salam,

Sesi pengundian calon-calon btanding utk jawatan tertinggi Umno dan sayap-sayap parti sudah pun selesai diadakan. Calon yg btanding sudah pun mengetahui nombor mereka.

Seperti lazimnya, tentulah calon tlibat menghendaki nonbor yg 'cantik'. Di senarai paling atas, mudah diingati dan pasti nombor yg ada 'ong'. Apakah nombor tsebut ? Bgantung kpd individu. Jika orang cina tidak menyukai nombor 4 kerana dipercayai nombor 'mati', ramai juga yg suka nombor ini.

Nombor yg paling disukai pastilah nombor 01. Kelebihannya, dalam senarai calon nombor ini di kedudukan paling atas. Lagipun, nombor 1 dikaitkan dengan kejuaraan, keunggulan atau keagungan.

Dilaporkan dalam pemilihan Umno kali ini, orang btuah mendapat nombor 01 ialah :

Pengerusi Tetap: TS Onn Ismail
Tim. Peng. Tetap: Datuk Mohamad Aziz
Tim. Presiden : TS Muhyiddin Yasin
Naib Presiden : DS Ahmad Zahid Hamidi
MT : Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah
***************************
PT Pemuda : Ramli Simbok
Tim. PT:Muhammad Yadzan Mohamad
Ketua Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
Naib KP: Datuk Razali Ibrahim
Exco Pemuda : Ahmad Izany Mohd Nor
**************************
Tim. PT Wanita : Rosdianah Mohd Nor
Ketua Wanita : DS Rafidah Aziz
Exco Wanita : Datuk Jahara Hamid
****************************
PT Puteri : Roslinda Abd Rahman
Tim. PT Puteri: Haspalela Mohd Hasan
Ketua Puteri : Datin Ismalina Ismail
Naib KP: Nolee Ashilin Mohd Radzi
Exco Puteri: Roselinda Mohd Jamil
*****************************
Bagi calon yg mdapat nombor 'btuah' ini, jangan tlalu gembira dan berasa selesa. Ingin diingatkan, di satu bahagian di Sabah, dalam 3 kali pemilihan lalu, calon yg menggunakan nombor 01 ini untuk satu jawatan, malangnya tewas. Maknanya, nombor bukanlah segalanya.

Bagi calon yg tidak m'dapat 'nombor cantik', jangan putus harapan. Ada masa lagi untuk mdekati para pwakilan...jangan fikirkan sangat soal nombor ni. Ada banyak faktor lain yg diambilkira oleh pwakilan.

5 comments:

Anonymous said...

Salam. Nombor satu memang bagus. senang diingat. Jika pemagang nombor itu tidak bermutu maka senang nak ingat nombornya supaya tidak "ter"undi.

Anonymous said...

pada pendpt aku, nombor tidak memainkan peranan langsung. kalau menang menanglah kalau kalah kalahlah. tidak kira nombor 1 kah nombor 8 kah...nombor 17 pun kalau menang akan menang juga...hehehe

jgn saja calon no5 menang...kahkahkah...

Anonymous said...

Apa ada pada nombor. Kecuali 'tahi nombor'saja yang mementingkan nombor tertentu. Kita orang Islam tak perlulah terikut-ikut dengan simbolik nombor tu, semuanya kurafat belaka. Macam mana pun apakan daya,itulah masyarakat kita, mudah sangat percaya kepada benda-benda yang diada-adakan, sampai nak buat kenduri arwah pun ikut nombor hari, kunun adalah kenderi 7 hari, 40 hari, 100 hari dan sebagainya. Ni semua tak betul ni, ustaz pun kena cakap dengan orang kampung supaya kalau nak kenduri arah tak payah pakai nombor-nombor hari.. Orang Cina takut nombor 4 kerana kunun nombor sial atau 'mati' .Tapi Melayu kita suka nombor 4 ni sebab sinonim dengan kahwin 4 atau berbini 4, gagah, macho ! / Oh ya ustaz dan pembaca semua,dijemput berkunjung ke blog saya, baru dilancar: datusulaiman.blogspot.com

Anonymous said...

asalamualaikum....tahniah datu sulaiman dengan pelancaran blog saudara..moga suatu hari nanti anda akan terkenal sebagai penulis blog yang hebat, dan mungkin juga seiring dengan blog dan blogers hebat seluruh negara......amin....

Anonymous said...

Salam.Terima kasih sdr.Matlan, jemputlah bertandang ke blog saya. Saya baru belajar buat blog ni,jadi komelah mana yang daif dan terkurangnya. Nak jadi penulis blog yang hebat, tak adalah, Cuma cukuplah untuk berkongsi ideologi dan pandangan bersama kawan-kawan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin