Search This Blog

Sunday, February 8, 2009

NIZAR : PERGI BELAJAR DENGAN PAIRIN!!!


Salam,

Ex-MB Perak, DS Nizar Jamaludin btegas akan terus mjalankan tugas bsama Exco, shingga Mahkamah Tinggi mbuat keputusan.

Dilaporkan Nizar bkata: "Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.Belum pernah ada dalam dunia begini."

Ya memang, tidak pernah blaku parti minoriti menguasai kerajaan - lainlah kalau kerajaan campuran. Perak akan mcipta sejarah memiliki dua MB dan dua kerajaan, namun sebenarnya hanya Datuk Dr. Zambry sahaja kini MB diperkenan Sultan. Ini fakta.

Rasanya elok juga dalam saat-saat genting ini, Nizar bjumpa ( atau jika tidak sempat, menelefon ) DS Joseph Pairin Kitingan, Tim. Ketua Menteri Sabah. Nizar boleh btanya Pairin tips mhadapi saat-saat seperti ini kerana Pairin pernah mengalaminya pd tahun 1994.

Parti Bersatu Sabah ( PBS ) pimpinan Pairin menang pilihanraya tahun itu dengan majoriti mudah 2 kerusi. PBS mendapat 25 kerusi dan BN mendapat 23 kerusi. Dua minggu selepas itu, tiga ADUN PBS melompat parti menyertai BN dan tumbanglah kerajaan PBS.

Pairin seperti Nizar mbubarkan DUN Sabah tetapi tidak diperkenan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah. Apa yg blaku selepas itu ? Bab ini Nizar kena belajar dgn Pairin.

Pairin meletakkan jawatan sbg KM Sabah kerana menyedari kerajaan pimpinannya tidak lagi mendapt majoriti selepas 3 ADUN melompat. Adakah Pairin 'melatah' ? Tidak sama sekali, malahan beliau scara gentleman menyerahkan kuasa kpd Tun Sakaran Dandai di Pejabat Ketua Menteri.

Tun Sakaran juga dgn profesional mengiringi Pairin hingga ke muka pintu selepas upacara penyerahan kuasa. Dan yg mbanggakan tiada demonstrasi oleh rakyat Sabah ketika itu mbantah penyerahan kuasa tsebut.

Alangkah indahnya klu apa yg Pairin buat lebih sedekad lalu, boleh dbuat Nizar. Alangkah manisnya, klu Nizar dpt bjabat tangan dgn senyuman bsama Dr.Zambry, selepas majlis penyerahan kuasa.

Mungkin selasa ini, selepas Majlis Angkat Sumpah Exco?
Amacam Nizar ada berani?


12 comments:

Arif Omar said...

BAGUS BLOG TUAN USTAT. TAHNIAH. SETUJU SANGAT LE SAYA. SAYA AMBIL PETIKAN TUAN UNTUK DILAMPIR DLM BLOG SAYA : arifomar.blogspot.com. boleh ke

timangbanjar said...

Rakyat marah sebab melompat kerana dipancing dengan duit. Walaupun tiada bukti yang kukuh pengakuan Fauzi Muda (Ketua PKR Ipoh Barat)adalah rujukannya.

bungaraya said...

Saya yakin ini bukanlah kerana pendidikn islam yang Nizar diajar selagi kanak-kanak lagi. Ini adalah pengaruh dari Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Yang nyata ialah pengaruh Syaitan dan Iblis yang juga sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita. Ini juga menggambarkan PAS itu bukan Islam. Di Kedah MB PAS mempertahankan Adun nya yang siang malam berzina dan melahirkan anak luar nikah.

zaydlekhair said...

nih level ustaz tepi jalan...

ORANG KG said...

salam ,

timangbanjar teman merujuk ayat dema diatas,kalau Bn bayar mane depa nak cari duit di zaman gawat ne ,satu lagi tuduhan PKR Ipoh barat tu di buat overnight jadi disini teman nampak itu semu afitnah pasal apa,pasal depa belajar kat annuar macam mana nak buat fitnah dan pasal annuar tu beljar kat yahudi macam mane nak buat fitnah jadi menarik.walaubaimana pun teman bersyukur kerana tak de lagi MB kuda yang digunakan DAP.Dulu PAS keluar fatwa UMNO kapir sekarang ne dgn situasi kecoh di Perak ne kita tengok Pas lebih kapir dari pada BN pasal depa bersentongkol gan DAP dan PKR utuk melawan Sultan dan DAP di belakang untuk melaga-lagakan melayu.Cuba dema tengok masa Kat kuala ada mata sepet dan kulim hitam ke masa demo kat kuale tu semunay melayu dan ada pulak yang bangang bawa bendera palastein.Kalau nak berjuang pi la palastein.Kita tengok pula kenapa sampai sekarang palastein tak merdeka pasal jiran-jiranya bersengtongkol gan kapir dan cuba kita pikir berjuta umat islam berdoa didunia ini minta pertolongan selamatkan palastein tapi kita tengok depa dok macam tu jugak. pasal apa,pasal mungkin kita umat islam banyak yg tak bersatu mungkin tuhan nak tunjuk pada kita supaya bersatu.Jadi pikirlah sendiri kita ne kebanyakan orang melayu kerja makan gaji gan goverment kalau nak kata yang business mungkin cipot kat ipoh ne pun boleh kira kedai melayu yan banyak mungkin kedai makan yang lain haram boleh dikatakan kosong penyertaan kita, tapi bila bab politik kita lah nombor satu nak berdemo.Inilah sifat melayu n malas nak cari peluang perniagaan semua lepas kat mata sepit jea.Jadi kurang-kuranglah berpolitik.Kalau anda timangbanjar dema kerja gan kerajaan ataupun sedang belajar insaf-insaflah kerana gaji mike kerajaan(BN) yang bayar dan pas tu dema bagi anak bini makan ...halalkah itu

Anonymous said...

Salam,

Ustaz cakap macam takde orang di Sabah saja masa Pairin kena rampas kuasa?!!

Tak payah cakap bohong la tuan ustaz....

Tanyalah kepada polis dan tentera yang dikerah berada di sana selama setahun dek kerana apa yang tuan ustaz kata takde apa yang berlaku...

memang level sekolah ulu....

takat jadi khatib kat masjid yang makmum tak sampai 40 orang tu boleh la...

hakikatnya sampai sekarang sabah tak pernah aman bila membincangkan tentang kaum yang ada...

kalau di daerah PAPAr,misalnya, kuat dengan suku Brunai, di Tuaran-Bajau, Tamparuli-Kadzan Dusun,Kinabatangan-Sungai, Tawau dan lain-lain lagi...

nasihat kepada UStaz...sudahlah beretorik...

Anonymous said...

Ustaz membandingkan Nizar dengan Pairin ? Naif sungguh pandangan ustaz..Siapakah Pairin ? Pairin seorang yang gila kuasa, dulu semasa jadi pembangkang bukan main lagi tapi bila dah masuk BN terus bertukar wajah kepada pengampu no.1..Lihat saja khadam dia, Timbun Lagadan Dan Johnny Mositun, dulu bukan main lagi tapi kinin bila masing-masing dapat habuan, terus jadi pengampu no.1 Pairin apatah lagi,tak dapat jadi CM semula pun memadailah dengan DCM..

Nizar adalah pejuang rakyat dan demokrasi dengan kebebasan rakyat melalui peti undi. BN menggunakan sistem perampok. BN membeli wakil rakyat dengan wang ringgit yang di sponsor oleh tauke-tauke Cina (tiada bukti untuk ke mahkamah tetapi insyaallah di mahkamah Allah di padang mashar nanti, kita akan saksikan sama-sama)

Apakah yang usatz bangga dengan UMNO? Umnolah sebenarnya penipu kepada bangsa Melayu..Perosak agama dengan mempersendakan hukum Allah seperti hudud dan qisas..UMNO ada kuasa tapi mengapa tidak mau laksana hudud ??? kesian dengan orang UMNO, silap-silap boleh terjerumus ke lembah munafik, nauuzibillah..

Anonymous said...

dia akan tunggu keputusan mahkamah.

kalau mahkamah tak berpihak kepadanya, dia nak buat apa?

oo.. mahkamah anjing BN

Anonymous said...

Salam, tk kpd para commentator...nampaknya kita kena belajar semula utk memahami mauduk yg dbincangkan. Sbb lain yg dtulis lain yg dfahami, sambil x mampu menahan emosi utk b'bincang scara pro. Inilah yg mbezakan kita dgn Pairin, bukan Islam tp pekerti jauh lbh baik drpd kita org Islam-skurang2nya dlm kes ini.
Orang Islam bjuang m'ikut parti - mjadi mulia bila dpjuangkan parti sendiri tp mjadi buruk bila dr parti lain! Wallahu 'Alam.

Anonymous said...

Komen ni tiada kena mengena dgn tajuk entri ni tapi saya nak jg luahkan apa yang saya rasa......
Dulu, HARAKAH online is a must read paper untuk saya "balance"kan dgn paper gomen. Tapi skg, buka ja HARAKAH, mesti rsa mcm nak tumbuk editor dia...
Why???
Klu teda muka anwar, mesti ada nama dia. Hari2 pulak 2. Tak percaya? Try la tengok....

Anonymous said...

Salam, Anon 2:04, memang apa yg dkatakn oleh Karpal benar belaka. Hairan Singh kan boleh sekor ni perasan, blambak yg lain tak sdar diri..hancussss

Anonymous said...

cuba engkau orang kaji sedalam dalamnya siapakah musuh kita ini yang menyelinap masuk dalam negara kita ini melalui kerajaan mahupun pembangkang yang hanya akan melemahkan kita sahaja jangan asyik nak berpolitik sahaja mungkin kita tahu tapi anak anak kita tahu ke jangan biarkan mereka tertipu dengan memilih haluan negara ke arah yang salah tolonglah selamatkan kita ini aku dah kaji perkara ini dari 1999 lagi dulu aku menyokong pr tapi ada orang alim suruh aku tobat tapi masa itu aku tak faham tapi sekarang aku dah nampak kebenaranya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin