Search This Blog

Friday, February 20, 2009

Rileks Kejap...

Salam,

Maaf sekali lagi, blog ini agak lambat dikemaskini. Kali ini kesibukan dengan tugasan 'khas' benar-benar tidak mengizinkan. Untuk itu, kita rileks dulu...Baca cerita ini.

Pada suatu hari, pada zaman dahulu kala, telah diadakan satu pertandingan memanjat pokok kelapa di kalangan katak. Ingat, ini cerita katak betul...bukan katak lain.

Pada hari yang ditetapkan, berkumpullah segala macam katak di lokasi pertandingan. Pokok kelapa yang dijadikan 'venue' untuk dipanjat tegak berdiri, setinggi bangunan tiga tingkat.

Urusetia pertandingan pun bhempas pulas mendaftarkan peserta yang menyertainya. Dianggarkan lebih 1000 ekor katak turut serta.

Di sudut lain, para doktor, bomba, ambulan dan sukarelawan lain bsiap sedia menangani sebarang kemungkinan.

Para penonton yg hadir sambil berbisik-bisik membodohkan katak yg menyertai pertandingan tersebut. Kata mereka ini bukan pertandingan nyanyian yg selalu dikaitkan dgn katak. Tidak mungkin katak mampu memanjat, kerana kepakaran mereka hanya melompat. Sebab itu, timbul kata-kata lompat katak!

Tepat pada masa yg ditetapkan, pengadil pertandingan pun meniup wisel menandakan acara bmula. Maka bduyun-duyunlah para peserta mencuba untuk memanjat. Setiap kali mereka cuba memanjat, setiap kali itulah mereka akan terjatuh.

Dari tempat duduk penonton, kedengaran suara yg jelas mengutuk dan merendah-rendahkan kebolehan katak. Ada yg bsuara menyuruh katak pulang, jangan mbuang masa. Cuma sebahagian kecil ja penonton yg positif mberi dorongan. Laksana di stadium bola, hiruk-pikuk penonton memang riuh-rendah.

Beberapa minit berlalu, tidak kelihatan pun ada katak yang berjaya memanjat. Yang ramai, katak yg mengundur diri sambil mengeluh kepenatan. Ada juga menyesal menyertai pertandingan tsebut.

Hiruk-pikuk masih bterusan, katak semakin keletihan dan smakin bkurangan. Tiba-tiba, keadaan mjadi gempar seketika. Seekor katak puru bwarna coklat, kelihatan agak tua sudah sampai hampir di pertengahan pokok kelapa.

Urusetia tkejut beruk, penonton smakin cemas, katak lain memandang sinis. Ah, tidak mungkin ada katak yg dapat memanjat....

Masa blalu pantas, katak tua tadi berjaya sampai ke kemuncak. Ya, dia bjaya, memang dia sudah sampai di celah-celah daun kelapa...Ketika itu, riuh-rendah smakin kuat kedengaran mengagumi khebatan seekor katak.

Para wartawan pantas mengambil tempat d bawah pokok untuk menemuramah, Ketua Kampung pantas diberitahu dan dibawa ke lokasi menyaksikan peristiwa penting tsebut.

Khidmat bomba tpaksa digunakan untuk mbawa sang katak hebat turun ke bawah. Rupanya, katak cuma mampu naik ke atas, tidak mampu turun sendiri. Jika katak turun melompat, nescaya dia akan tsembab ke bumi dan menempa maut.

Apabila sang katak sudah dtanah, bpusu-pusulah dia dkerumuni. Ptanyaan btalu-talu, dgn pelbagai soalan, semua bkisar tentang rahsia kejayaannya. Sang katak selamba, cuma tsenyum tidak mberi jawapan, tmasuk utk soalan Ketua Kampung.

Ketua Kampung naik berang dgn kesombongan sang katak juara yg hanya tsengih-sengih, tidak mjawab soalan. Kalau soalan wartawan tidak dijawab, tidak mengapa, ini soalan Ketua Kampung pun cuma dbalas dengan tsengih seperti kerang busuk.

Lalu diarahkan doktor mbuat pemeriksaan, mengapa sang katak ini diam mbisu ketika yg lain ingin bkongsi rahsia kejayaan. Selesai diperiksa, doktor berbisik kpd Ketua Kampung : Tok Ketua, katak ni pekak, dia tidak mdengar...
Oh, patut la....

20 comments:

bungaraya said...

Ustaz,
Saya ada satu cerita, juga dalam kategori kelakar. Tentu ustaz nak dengar. Ini hal pertandingan dikalangan manusia dan bukan binatang. Ianya bwerlaku di Kuching Sarawak. Belum lama berlaku dan ini kisah separuh benar.
Kisah separuh benar sekarang ni dah menjadi perkara biasa khasnya bila Pakatan Rakyat membuat cerita politik mereka. Tapi ini bukan cerita mengenai politik. Ia cerita sukan. Pertandingan menyeberangi Sungai Sarawak. Kerana didasar sungai banyak buaya, maka tidak seorangpun yang berani mendahului terjun ke sungai. Tiba-tiba terjun seorang yang berbangsa Iban kedalam sungai dan terus dengan segera berenang menyeberangi sungai tersebut hingga kesebarang.

Dipendekkan cerita, ramai wartawan cuba untuk menemuramah beliau diatas kejayaannya mendapat hadiah johan dalam pertandingan tersebut. Apakah formula keberanian yang menyebabkan beliau memenangi kejohanan berenang menyeberangi sungai tersebut. Apa jawabnya.

Orang tolak aku!!!!!

Anonymous said...

Ustaz,boleh tahan juga katak tua tu ya.Dalam keadaan pekak pun masih gagah berbanding katak-katak lain yang masih mudah remaja. Mata dia macam mana, masih boleh melihat dengan jelaskah?Harap-harap si katak tua ni masih ada selera untuk makan kerana dengan kejayaannya itu sudah tentu dia mendapat hadiah wang ringgit yang banyak. syabas kepada semangat yang ada pada katak tuan itu, ada lebih duit hadiah tu boleh juga katak tua ni kahwin baru untuk menggantikan ibu kataknya yang pastinya sudah tua bangka juga..

Anonymous said...

Ustaz Said, lama dah tak komen dalam paneh miang

Anonymous said...

Ha ha ha! Ooo sebab kodok tua tu pekak. Itu sebab dia gigih memanjat sampai ke atas. Sebab dia ndak dengar semua kutukan, teriakan dan kata-kata mengejek penonton.

Ustaz, ada satu lagi kadok tua di Malaysia yang pekak. Dan terus gigih mau melompat. Tapi bukan mau lompat panjat pokok kelapa. Tapi mau lompat melimpasi daratan. Kononnya dia mau melompat dari Permatang Pauh hingga ke Putrajaya. Uiiinaaa... jauhnya!

Semua orang mengutuk dan mengejek. Minta dia berhenti berangan-angan. Sebab mana boleh ada katak melompat sejauh itu, kan. Tambah pula katak tua bangka macam dia. Tapi si katak tak sedar diri yang pekak ini -- sampai sekarang terus gigih dengan angan-angannya.

Orang kata jangan lompat. Jangan.. jangan.. jangan.. jangan! Tapi dia terus mau.. mau.. mau. Sebab dia pekak. Tapi nasib dia tak sebaik kodok pekak dalam cerita ustaz. Yang akhirnya berjaya. Katak pekak yang seekor ini.. ntahlah. Boleh atau tidak melompat sejauh itu... :)

Anonymous said...

asalamualaikum,....moral of the story....jangan jadi macam katak,....kalau katak nak jadi macam manusia, tu tak apa la,.....pasal manusia memang sepatutnya di cemburui oleh makhluk lain di dunia ni, kerana manusia di turunkan dan dicipta khas untuk menjadi khalifah di muka dunia.....oleh itu manusia jangan lah nak jadi macam katak pula, tak kira la dia katak BN atau pun katak PR.....asal namanya katak kita manusia tak payah nak ikut.....ianya tetap tak bermoral.

Anonymous said...

Oleh kerana ustaz belum ada time meng'update'blog ustaz ni maka saya mau sambung lagi cerita katak kita ni...

katak katak katak..eh eh bising betul. Yalah, kalau katak tidak melompat itu katak jadian namanya kerana sifat katak memenang melopat.Kalau kita nampak tiba-tiba katak berjalan macam manusia, bahaya tu, mungkin itu katak zombie altantuya..

Kawan kita Rem ada cerita katak, kunun katak tua yang ingin melompat dari permatang pauh ke putrajaya..memang mustahil tetapi dalam hukum Allah tiada yang mustahil...cukup dengan 'kun fayakun'Allah bisa menjadikan sesuatu yang kita fikir mustahil..Janganlah kita temberang dan angkuh untuk menyindir kegagalan orang lain,hari ni mungkin hari kita tapi esok belum tahu..

Macam mana pun hari ini katak tidaklah hina malah ada katak yang lebih mulai daripada kita semua,hari ini katak boleh duduk berbahas di parlimen, jadi ketua bahagian, malah boleh jadi exco dan menteri..ingat, ada pepatah Melayu menyebut, siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong kalau mau jadi menteri..

Anonymous said...

Saya ingin mengulas secara ilmiah berkenaan pemerintahan BN di Perak, pemerintahan BN di Perak bukanlah atas mandat rakyat tetapi kerana itu adalah atas ehsan Sultan Perak. Kerajaan BN Perak sekarang ini adalah lahir daripada mandat Sultan. Kerajaan yang didirikaan atas mandat rakyat hanyalah yang dibentuk melalui peti undi..Tiada sesiapa yang mempertikaikan hak dan kuasa Sultan Perak untuk melantik MB dan exco tetapi UMNO mengambil kesempatan mengelirukan keadaan..Kerana kemaruk kuasa di Perak UMNO ,sanggup mengheret institusi raja kedalam kancah politik. Semalam Dr.Zamry mengulas bahawa kuasa membubarkan DUN adalah kuasa Sultan, apabila ditanya oleh pemberita mengapa beliau tidak membubarkan DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut politik yang semakin meruncing..Alangkah bodoh dan naifnya jawapan Dr.Zamry ini. MB apakah dia ini sehingga memberi jawapan yang menyemai kecerdikan murid sekolah tahun 6..Wahai Dr.Zamry, memanglah kuasa membubar DUN adalah atas perkenan Sultan tetapi kamu perlulah membuat cadangan kepada banginda.. Hairan bagaimana Najib melantik seorang yang bengap macam ini untuk menjadi MB.


Hari ini orang Melayu marah bila Karpal mau menyaman Sultan Perak tetapi tahukah anda semua bahawa UMNO lah yang membuka ruang kepada tindakan Karpal ini kerana UMNO lah yang menguasahakan pindaaan perlembagaan pada tahun 1993 yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu..(lihat razalieght.com) Hari ini anda sibuk berterika 'Daulat Tuanku'..Tetapi anda semua patut rasa malu kerana parti anda yang membuka jalan kepada 'keizinan' untuk mendakwa seseorang Sultan Melayu ke mahkamah..

Insaflah wahai urang UMNO kerana dengan tindakan dan tingkahlaku anda sekarang, tidak akan membawa orang Melayu untuk kembalik kepada UMNO malah sikap batu api RTM,TV3,Berita Harian dan Utusan Malaysia akan membuatkan orang Melayu bertambah meluat kepada UMNO.

Anonymous said...

Edidih si Rem ani, masih tah jua dengar stail politik lama..memperli orang nombor satu tapi diri sendiri atu enda tah kali beceramin. Sedang jua tangahnya Rem, apa kian kita dapat dengan mengata-ngatai orang atu..politik kitani atu politik ampu dan membodek saja bah..jangan tah kerana projek dan tender-tender kecil atu biskita terus macam kadok naik junjung..sadang tah kawan ku Rem, cermin tah mua kitani atu selalu.

Anonymous said...

adaih... Mengutuk banar datu ruslan tu.... macam lah UMNO ni nada orang ..... dia ingat rakyat makin meluat .... UMNO akan terus cemaralang gemilang dan terbilang .... TAK CAYA TUNGGU PILIHANRAYA AKAN DATANG ....

jUNAIDI

Anonymous said...

katak pun jadi hal kah , tiada isu lagi kah .... katak pun boleh gaduh

Anonymous said...

jangan kutuk UMNO tau nanti , ketulahan jadi katak

Anonymous said...

Rem, tkujat dgn ceta katak ko, aku x pernah tfikir sbgitu jauh katak mampu mlompat...

Anonymous said...

kepada anda yang memperkenalkan diri sebagai 'anonymous'lebih baik nyatakan nama yang sebenar.Kita berforum secara gentleman. Tidak kiranlah menghentamkah apa, janji setiap hujah ada fakta dan asas. Kalau boleh bagi rujukan fakta..Kepada 'anonymous'yang satu tu, saya bukan mengutuk tetapi saya memberi hujah..Orang mengutuk tidak berkata dengan hujah..Saudara perlu dapat membezakan antara mengutuk dengan berhujah.. Kalaulah saudara sifatkan saya mengutuk, bermakna Abdullah Badawi dan Najib Razak pun mengutuklah tiap-tiap hari..??

USD said...

Salam, aku ceta pasal katak la tuan2, x lebih dr itu...

Tembeleng said...

Datu Sulaiman:
"Kalau kita nampak tiba-tiba katak berjalan macam manusia, bahaya tu, mungkin itu katak zombie altantuya.."

1. Lawak yang tak lawak.
2. Tuhan suka bila anta cuba membuat fitnah sinis sebegini? (Sebab dibawah nanti kan anta bicara tentang isu ketuhanan.)

-----
Datu Sulaiman:
"Kawan kita Rem ada cerita katak, kunun katak tua yang ingin melompat dari permatang pauh ke putrajaya..memang mustahil tetapi dalam hukum Allah tiada yang mustahil...cukup dengan 'kun fayakun'Allah bisa menjadikan sesuatu yang kita fikir mustahil.."

Dalam hukum Allah memang tiada yang mustahil. Cuma saja manusia menterjemahkannya. Kalau lompat ke PR, itu "hukum Allah". Kalau lompat ke BN, itu "tidak demokratik". Mudah saja undang-undang manusia ni bukan?

-----
Datu Sulaiman:
"Janganlah kita temberang dan angkuh untuk menyindir kegagalan orang lain,hari ni mungkin hari kita tapi esok belum tahu.."

Satu nasihat yang sangat bernas, yang patut amat dituruti oleh Datu Sulaiman. Sebab, kan kemudiannya Datu Sulaiman berkata begini:

Datu Sulaiman:
"Macam mana pun hari ini katak tidaklah hina malah ada katak yang lebih mulai daripada kita semua,hari ini katak boleh duduk berbahas di parlimen, jadi ketua bahagian, malah boleh jadi exco dan menteri..ingat, ada pepatah Melayu menyebut, siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong kalau mau jadi menteri.."

Bunyi macam "temberang" dan "angkuh" saja, Datu Sulaiman?

Tembeleng said...

Saya ingin mengulas dengan berilmiah komen dari Datu Ruslan.

Datu Ruslan:
"Pemerintahan BN di Perak bukanlah atas mandat rakyat tetapi kerana itu adalah atas ehsan Sultan Perak."

Benar sekali. Perlantikan MB dari keturunan PAS dulu juga atas ehsan Sultan (dan takdir Allah), kerana PAS jauh panggang sebagai parti majoriti. Parti majoriti sebenarnya adalah UMNO/BN, sebab Pakatan Pembangkang itu bukanlah sebuah "parti". Malah, keputusan UMNO/BN lawan DAP, UMNO/BN lebih besar undian. Maka UMNO/BN lebih layak membentuk kerajaan minoriti. Tapi diberi Sultan kepada seorang yang tiada kena-mengena.

Jadi kenapa bila disuruh Sultan dia turun tidak mahu dia turun? Bila Sultan beri pada dia sedangkan dia tak berhak, itu "ketentuan Allah". Tapi bila Sultan lucut semula, itu "tidak demokratik"? Mudah ya undang-undang manusia ni.

-----
Datu Ruslan:
"tetapi UMNO mengambil kesempatan mengelirukan keadaan.."

Pembetulan, Datu Ruslan: UMNO mengambil iktibar dari ide sdr Anwar bin Ibrahim, dengan angan-angan 16 Septembernya. Bila jerat sudah gigit bontot sendiri, janganlah langit hendak disalahkan. Itu bacul namanya. Bukan?

-----
Datu Ruslan:
"Kerana kemaruk kuasa di Perak UMNO ,sanggup mengheret institusi raja kedalam kancah politik."

Sebenarnya, sanggup mengheret institusi raja untuk menyelamatkan rakyat.
1. Bila ADUN Bota melompat ke PKR, tiada pun yang bingkas meminta supaya undian semula diadakan. Datu Ruslan ada bangun mintakah waktu itu?
2. Berapa belanja untuk mengadakan semula undian seluruh negeri? Adakah itu cara yang lebih bijak untuk membelanjakan wang kerajaan negeri dalam waktu sekarang?
3. Jadi tindakan untuk memastikan tidak ada kemelut itu, lebih baik daripada huru-hara yang ada sekarang? Ingat, turutan insiden ini bermula apabila PR dengan senang hati menerima seorang pelompat parti tanpa menuntut diadakan pilihanraya semula.

Tembeleng said...

Datu Ruslan:
"Alangkah bodoh dan naifnya jawapan Dr.Zamry ini. MB apakah dia ini sehingga memberi jawapan yang menyemai kecerdikan murid sekolah tahun 6..Wahai Dr.Zamry, memanglah kuasa membubar DUN adalah atas perkenan Sultan tetapi kamu perlulah membuat cadangan kepada banginda.."

Dia tidak buat, menunjukkan dia bijak dalam politik. Begitu juga Nizar, bijak dalam politik sebab itu dia juga tidak mahu turun selepas disuruh oleh Sultan.

-----
Datu Ruslan:
"Hari ini orang Melayu marah bila Karpal mau menyaman Sultan Perak tetapi tahukah anda semua bahawa UMNO lah yang membuka ruang kepada tindakan Karpal ini kerana UMNO lah yang menguasahakan pindaaan perlembagaan pada tahun 1993 yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu.."

Datu Ruslan, baca betul-betul kenapa amendmen tahun 1993 dibuat. Ia berkenaan kanun jenayah, iaitu Sultan tidak boleh pukul kepala orang dengan kayu golf sampai koma (misalnya) dan tak boleh dibicarakan. Dan yang boleh bicarakan siapa? Bukan mahkamah awam. Harap baca dengan teliti sebelum buat komen, supaya nanti tidak dilihat "bangap", bak kata Datu Ruslan sendiri.

-----
Datu Ruslan:
"Insaflah wahai urang UMNO kerana dengan tindakan dan tingkahlaku anda sekarang, tidak akan membawa orang Melayu untuk kembalik kepada UMNO..."

Memang perangai orang Melayu dalam sejarah sebegitu, lebih senang menang sorak walau kampung tergadai seperti di Perak. Malah, sampai sekarang pun mereka masih bertepuk, seperti Datu Ruslan sendiri. Betul?

Anonymous said...

Salam, sy tak nak komen apa2, sbb tembeleng sudh komen byk!

Anonymous said...

Pada tahun 1993 apa sebenarnya kesnya jangan cuba kelirukan orang yang tak tahu cerita yang sebenarnya sudah- sudahlah jadi perosak agama cuba tengok dasar luar dan dalam negara yang akan diperintah oleh puak kamu jadi -jadilah cari alasan yang menghalalkan kejahatan kamu tu jangan disebabkan kekayan. kuasa yang sementara tu kamu binasakan anak cucu kamu jangan kelirukan orang muda yang hati panas yang tidak mengkaji kisah dahulu sekarang dan akan datang tujuan kehidupan di dunia inijangan ingat kalau dapat banyak maklumat di kira sudah bijak kalau tak tahu membezakan antara yang hak dan batil kadang -kadang yang batil sangat disukai oleh nafsu nampak baik terkeliru tentang hakikat diri mengikut presepsi syaitan yang mengajak kepada kemusnahan agama tak perlu jadi lanun cukup sekadar menganggap diri sudah bersih terutama orang yang mendakwa dirinya ulamak pewaris nabi tetapi berselindung dibawah jubah kealiman untuk memenuhi tuntutan nafsu yang dibisikan oleh iblis cuba dalami kisah wali Barsisa mana kamu letak ! kepentingan ummah atau individu dan lagi satu ummah mendokong apa feudalmentalis . moderat ,liberal .kuminis wahabi yahudi Amerika barat hak asasi manusia tanpa mengenal sempandan yang dianjurkan oleh freethinker dan macam-macam fahaman yang memesongkan dari kefahaman yang hak jangan ingat kita akan terlepas dari apa yang kita lakukan sekarang adakah kita telah menjalan amanah Allah untuk menyambung kalimah yang hak yang telah kita terima dari kedua orang tua kita .guru kita ulamak seterusnya hingga kepada nabi kita adakah kita sanggup kita binasakan atas ketaksuban kita pada seseorang yang belum tentu mendapat keredhaan Allah .termasuk dalam golongan yang disayangi oleh Allah belajarlah membuka mata hati bukan mata syaitan belajar-belajarlah muhasabah diri merendah diri dihadapan Allah jangan kita menuduh tetapi yang sebenarnya apa yang dituduh itu itulah diri kita yang sebenarnya semoga Allah menyelamatkan akidah rakyat ini yang makin terhakis sedikit bemi sedikit disebabkan permainan orang yang tamak haloba !takutkan kamu akan Allah

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin