Salam,
Jika benar seperti yg dilaporkan, pengumuman Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin, yg juga ADUN Kampung Gajah, mengumumkan menarik diri daripada bertanding Naib Ketua dan Exco Puteri Umno, sememangnya disanjung tinggi dan wajar ditabik spring.
Apalagi alasan yg diberikannya ialah kerana ingin memberi tumpuan kpd PRK Parlimen Gantang. Jarang untuk kita berjumpa calon seperti ini, mendahulukan kepentingan parti daripada kepentingan diri. Adakah ini yg dikatakan pemimpin berjiwa besar?
Menjelang pemilihan parti minggu depan, adakah lagi 'pemimpin berjiwa besar' yg akan mengorbankan impian dan cita-cita, demi melihat kepentingan parti dan menang dlm pilihanraya sebagai keutamaan?
Kalau teladan yg baik ini telah ditunjukkan oleh Puteri - sayap parti yg masih muda usianya - apakah tidak mungkin pimpinan lain, untuk jawatan utama lain, mengikut jejak yg ditunjukkan? Mengurangkan risiko dan kesan daripada pertandingan dengan menarik diri dan memberi laluan kepada lawan - terutama bagi yg tiada harapan menang!
Kalau sudah tahu tiada harapan, bagilah chance orang lain...!
4 comments:
YA SAYA STUJU DENGAN PANDANGAN SAUDARA INI.
SEMOGA ADA RAMAI LAGI SELEPAS NI AKAN MENARIK DIRI DAN MEMUDAHKAN UMNO UNTUK MENGATUR STRATEGI MENAWAN SEMULA NEGERI YANG TELAH JATUH KE PEMBANGKANG.
Ramai lagi yang sepatutnya menarik diri. Tan Sri Isa Samad patut menarik diri. Begitu juga dengan Tan Sri Rahim Tambi Chik. Biarkan pemimpin yang wajar diangkat saja yang bertanding sesama mereka. Yang mempunyai rekod baik dan tak pernah dipersepsikan tidak berakhlak oleh rakyat ramai.
kita harap janganlah pula DSP Lajim Ukin menarik diri daripada bertanding..manalah tau banjir yang melanda Beaufort boleh menjadi alasan,bahawa kununnya menarik diri untuk memberi perhatian kepada mangsa banjir Beaufort..Harap tidak begitulah kerana saya percaya DSP Lajim bukan calang pemimpin..Sebenarnya sikap menarik diri daripada bertanding bukanlah sikap yang boleh dibanggakan..Ianya boleh saja bermakna lari daripada diberi amanah..Sekejap mau bertanding sekejap menarik diri, pemimpin macam ni lebih baik pencen saja daripada politik..Janganlah membuat alasan yang 'klise',orang sudha muak dan jenuh.
Salam 2 all,
Parlimen hari ini menggantung YB Gobind selama 12 bulan tanpa gaji & elaun akibat kenyataan yg dbuat oleh YB Gobind menuduh TPM sebagai "murderer" dan kemudiannya mengkritik Speaker dengan menyatakan "you should be ashamed with yourself" apabila Speaker mengarahkan beliau keluar.
Saya akui kenyataan YB Gobind itu agak keras dan kasar. Namun satu persoalan yang berbangkit ialah mengapa YB Gobind membuat kenyataan sekeras itu?
Sapatutnya Parlimen melantik satu Jawatankuasa Terpilih untuk menyiasat kenyataan YB Gobind dan memberi peluang beliau membela diri dengan mengemukakan bukti atau saksi untuk membuktikan kenyataan beliau.
Kalau setelah siasatan dibuat dan peluang membela diri diberi YB Gobind gagal membuktikan kenyataan beliau, maka wajarlah tindakan keras diambil terhadap beliau.
Namun apa yang berlaku, kes tersebut dirujuk terus kepada Dewan Parlimen untuk diambil terus keputusan menghukum. Dalam keadaan Be End menguasai majoriti sudah tentu YB Gobind akan dihukum. Yang paling menyedihkan beliau langsung tidak diberi peluang membela dirinya. Berucap pun tidak dibenarkan!
Sedangkan Islam mengajar kita supaya memberi keadilan kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Terlalu banyak ayat Al Quran & hadis yang menyebut tentang perkara ini. Ini jugalah caranya Rasulullah berdakwah dan akhirnya seorang Yahudi memeluk Islam kerananya.
Akhirnya sekarang YB Gobind digantung selama 12 bulan tanpa gaji..dan yang paling malang tanpa diberi peluang membela diri..
Astaghfirullah hal 'adhim..
INI KENYATAAN YB KULIM BANDAR BAHARU ZULKIFLI NORDIN YANG SAYA PETIK DARIPADA BLOG BELIAU..APA PANDANGAN KAU ORANG SEMUA..????????????????????
Post a Comment