Salam,
Pak Lah semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden siang Perhimpunan Agung Umno, telah menyentuh pelbagai perkara. Di saat akhir sebelum menyerahkan baton kepada DS Najib, Pak Lah meluahkan isi hatinya.
Secara peribadi, dinukilkan beberapa perkara yang rasanya wajar diamati oleh setiap ahli Umno.
1.Hak memilih pimpinan Umno di kalangan ahli. Kita menunggu tindakan lanjut pimpinan baru Umno mengurus-tadbir bagaimana cara merealisasikan cadangan yang sangat molek ini. Selepas cadangan ini berjaya dilaksanakan diharapkan tahap penglibatan ahli Umno akan lebih dirasai.
2.Had masa memegang jawatan pimpinan Umno. Kita setuju supaya cadangan ini diperhalusi dan dipertimbangkan agar lebih ramai ahli Umno dapat diketengahkan dan dikembangkan bakat kepimpinan mereka. Tidaklah nanti ramai pemimpin bergayut dengan jawatan, walaupun rakyat sudah 'muak'.
3.Kegagalan mengurus kejayaan. Umno menjadi mangsa akibat segelintir pimpinan dan ahli Umno yang kata Datuk Ghapur Salleh, seolah-olah berada di awangan tidak berpijak di bumi nyata. Leka merebut jawatan dan melobi projek serta mengumpul kekayaan, hingga terlupa amanah diberi.
4. Aku akan berubah. Ya, semua ahli terutama pemimpin Umno wajib berubah. Berubah bagaimana? Banyak perkara yg perlu diubah. Yang paling utama, nawaitu berjuang dalam Umno. Untuk apa?
5. Kesetiaan kepada parti. Inilah nilai yang perlu digilap semula di kalangan ahli Umno. Di sesetengah kawasan pihak pembangkang hanya memiliki sedikit ahli, tapi Umno/BN tewas. Mengambil teladan yang ditunjukkan oleh Pak Lah, tetap setia bersama Umno walaupun pelbagai cabaran merempuh.
6.Sokongan padu kepada DS Najib. Kita setuju sebagai ahli Umno kita wajar memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada orang No.1. Masalah pasti akan berlaku jika baiah diberi kepada ramai ketua. Apalagi 'kehormatan' tidak diberi kpd pimpinan baru ini, malahan bertindak 'menelanjangkan' DS Najib - lebih daripada dilakukan oleh pembangkang. Ibaratnya, kita hantar bola ditanggung untuk di'smash'!
**********
Tahniah kepada pimpinan baru Umno, semoga anda dapat memberikan dimensi baru kepada hala tuju perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Ucapan tahniah istimewa untuk DSP Lajim Ukin, ahli MT & DS Shafie Apdal, Naib Presiden Umno.
5 comments:
Tahniah Syaitan Bisu
Uji Minda anda : Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Assalamalaikum ustaz said
Tahniah tahniah juga le tapi jangan lupa ugama dahle,macamana lah kita nak harapkan UMno membela ugama kalau pimpinan nya dayus.takut kepada bini.
Anon di atas tu kerje kemas bilik orang ke? Rahsia orang laki bini pun dia tahu.. Agaknya dia yang takut kat bini.
Salam perjuangan,
Pemuda IKS setuju dengan semua penyataan di atas cuma No. 2 perlu diteliti semula.
Namun yang paling penting adalah No. 4 kerana untuk merubah sesebuah organisasi, ahli-ahlinya perlu memulakannya dahulu. Dalam erti kata lain berubah dari dalam.
"MEMPERKASA GENERASI BARU"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Berubah haruslah bermula dengan diri sendiri , barulah boleh menjadi role model untuk merubah orang lain.
wassalam.
Post a Comment