Search This Blog

Saturday, March 7, 2009

Antara Labuan dan Sabah.

Salam,

Pengumuman PM DS Abdullah bahawa kerajaan mpertimbangkan cadangan pbinaan jambatan mhubungkan Pekan Menumbok di Sabah dgn Pulau Labuan, disambut baik.

Ini merupakan satu berita baik kepada penduduk Labuan dan Tanah Besar Sabah. Pasti pbinaan jambatan yg akan mjadi jambatan tpanjang dlm negara kita, akan lebih mdekatkan 'hubungan' di antara kedua-dua wilayah.

Namun,bukankah lebih baik wang yg dilaburkan utk mbina jambatan yg pasti akan menelan kos yg bukan sedikit itu digunakan utk projek pembangunan yg lebih utama sama ada di Labuan atau di Sabah.

Sebagai contoh, menaiktaraf 'lebuhraya' utama di Tanah Besar Sabah. 'Lebuhraya' menghubungkan Pekan Beaufort dgn Bandaraya Kota Kinabalu sejauh 100 km umpamanya, tidak mencapai standard lebuhraya spt yg dibayangkan. Jika dibandingkan dgn lebuhraya utara-selatan PLUS, ibarat langit dgn bumi!

Sehingga seorang kawan mbayangkan jalan raya yg mhubungkan kampungnya di Bangi dgn Bandar Baru Bangi, jauh lebih cantik, rata dan sempurna b'banding jln antara Pekan Beaufort dgn Kota Kinabalu.

Jika dibandingkan dgn jalanraya phubung antara kampung dengan pekan, atau jalan antara kampung, keadaannya lebih buruk lagi. Kata seorang kawan lain, di Semenenjung jalan ke bendang pun sudah bturap!

Rasanya, sebelum jambatan ke Wilayah Persekutuan Labuan dibina, elok jalan raya di Sabah - dan Sarawak - dinaiktaraf.

3 comments:

sabahwatch said...

Terkini, sila lawati:
http://wwwsabahwatch.blogspot.com/

bungaraya said...

Cadangan balas Ustaz itu sangat baik. Tapi Jambatan penghubung Labuan - Tanah Besar Sabah juga membawa banyak kebaikannya kepada peduduk kedua buah kawasan. Jalan Beaufort - Menumbok memang dalam parancangan kerajaan negeri untuk diperbaiki dengan menggunakan bajet selain dari bajet untuk membina jambatan penghubung Sabah Labuan. Sabar Ustaz. Yang penting kedua bajet akan diperolehi dan akan menjadi batu lontacatan kepada men standard kan lagi jalan antara Kota Kinabalu hingga ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Datuk Harris Mohd Salleh telah lama membisu kerana marah kepada kerajajan Persekutuan yang mengabaikan proses pembangun Wilayah Persekutuan Labuan. Pembangunanan Labuan sekarang tidak spt beliau harapkan ketika mana beliau menjadikannya sebagai Wilayah Persekutuan suatu ketika dulu bersama dengan Tun Mahathir. Mungkin Jambatan Penghubung Labuan Sabah akan menyejukkan sedikit hati marah beliau.

Labuan dijadikan Wilayah Persekutuan tanpa satu sen pun wang pampasan kepada kerajaan negeri Sabah. Bagi macam tu je. Dan Datuk Harrris, manusia yang bertanggungjawab memberikan Labuan ke Wilayah Persekutuan, langsung jasanya tidak dikenang. Bahkan kini beliau hidup menyepi di Sabah, tanpa kawan dalam kerajaan Persekutuan yang dulunya sangat baik dan akrab serta banyak menimba ilmu kepimpinan dari Ybhg Datuk Harris Salleh.

Anonymous said...

asalamualaikum, saya setuju dengan cadangan pembinaan jambatan yang akan menghubungkan Labuan dan tanah besar sabah, dan saya bersetuju dengan pendapat ustaz tentang taraf jalanraya yang masih rendah di daerah beaufort dan di sabah secara keseluruhannya......tetapi saya tetap yakin bahawa jika pembinaan jambatan ini menjadi kenyataan ianya akan menjana perkembangan ekonomi di daerah persekitaran terutamanya , menumbuk, kuala penyu, membakut dan beaufort......dan perkembangan ekonomi ini akan menagih penaikan taraf infrastruktur asas seperti jalanraya dan sebagainya.......tetapi kita kena terima bahawa setiap sesuatu pembangunan itu tentu ada pro dan kontra nya saya yakin keranjaan telah menjalankan penilaian terhadap perkara ini, kalau tak silap saya dulu di beaufort dan kuala penyu telah di jalankan kaji selidik dan penilaian oleh jabatan perancang bandar dan wilayah dan ianya melibatkan semua pihak untuk memberi input , pandangan dan cadangan termasuk dari masyarakat setempat dan penduduk kampung, malahan pada pameran juga di gunakan beberapa bahasa termasuk bahasa dusun tatana di kuala penyu, cina dan bahasa melayu....saudara bungaraya, bukan sekadar menyejukkan hati Datuk Harris Salleh, malah ianya juga dapat menyejukkan hati seluruh rakyat sabah yang marah kepada Datuk Harris Salleh.....allah hu alam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin