Search This Blog

Sunday, March 22, 2009

Badi 16 September?

Salam,

Bermula di Permatang Pauh, Presiden PKR DS Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Alasannya kerana memberi ruang kepada DS Anwar Ibrahim diangkat menjadi Ahli Parlimen dan kini menjadi Ketua Pembangkang. Diikuti hasrat membentuk Kerajaan Pintu Belakang pada 16 September, namun tidak kesampaian.

Di Perak, dua ADUN PKR meletak jawatan Exco dan bertindak keluar parti, kini menjadi ADUN Bebas. Menjangkit ke Kedah, ADUN Bukit Selambau juga meletak jawatan Exco dan ADUN, hingga terpaksa diadakan PRK pada 7hb April ini. Sebab tindakan mereka tidak dapat dipastikan, hingga kini masih menjadi tandatanya.

Seperti menjangkit ke Selangor, apabila ADUN Bukit Lanjan, Elizebeth Wong 'terdedah' separa bogel. Kini masih bercuti dan belum meletak jawatan...sesuatu yang berbeza dengan perjuangan PKR yang menekan ketelusan dan 'kebersihan'.

Penyakit meletak jawatan ini menjangkit pula ke Pulau Pinang. Fairus Khairuddin dilaporkan pada awalnya bercuti tetapi akhirnya menghantar surat perletakan jawatan sebagai TKM Pulau Pinang berkuatkuasa 8hb April ini. Sebab tidak pula dinyatakan.

Nampaknya penyakit meletak jawatan sama ada sebagai Exco, ADUN atau Ahli Parlimen di kalangan pemimpin PKR semakin menjadi-jadi.

Apakah agaknya sebab semua peristiwa ini terjadi? Isu moral, pemimpin yang 'lemah', terkejut beruk kerana tiba-tiba berkuasa, pergolakan dalaman atau hilang kepercayaan kepada pimpinan dan perjuangan PKR?

Atau, mungkin juga kerana BADI 16 Setember?

7 comments:

gotahlantun said...

TULA PASAL SEMUA JUAK2 DAN PUAK2, MEMOHON PETUNJUK DAN BALA DARI ALLAH UNTUK MEMUSNAHKAN ORANG2 YANG TERNYATA BERSALAH DALAM POLITIK.

MENDAPEK LAH JAWAB EEE...

kamal said...

selagi bapak nya tidak letak jawatan selagi itu la akan ada puak puak dari pkr ni akan terbungkar segala kerakusan bila mereka berkuasa.mungkin ini ada kaitan dengan sumpah saiful tempoh hari...hanya anwar yang masih tidak dapat petunjuk.

Anonymous said...

elok juga dia letak jawatan, tapi kat melaka tu dah dihukum bsalah krn politik wang dan rayuan pun ditolak, tak nak letak jawatan pun siap tanya kenapa org itu,org ini boleh pulak biarpun pernah masuk penjara. lu pikirlah sendiri.....kawan2

Anonymous said...

Salam,
Ustaz,seperti yang saya tulis dalam blog saya, apa yang sedang melanda PKR adalah satu proses 'reformat' yang sedang berlaku dalam parti mereka. Mereka sebelum ini tidak menduga dan tidak menyangka untuk berkuasa, jadi bila kuasa datang mereka terperanjat.Sekarang ini baru kita lihat mereka sedang membuat penyesuaian.Mereka mula menukar mana-mana pimpinan mereka yang mereka rasakan kurang berkesan. sebilangan lagi daripada yang terkejut ini sedang mengalami kejutan budaya..sebab itu ada yang melompat dan ada yang berhenti..Ini satu perkembangan biasa dalam proses kematangan parti.

Cuba kita lihat PAS dan DAP, nampak mereka tidak bergolak.Sebab apa? Sebab mereka sudah stabil, setiap pemimpin yang ditampilkan, semuanya yang sudah diuji dan diluluskan.

kembara putih said...

Orang kata penyaki ni berasal dari UMNO. Betul ke? Kalau betul kenapa Ali Rustam tak letak jawatan juga, masih berkematu di kerusi KM Melaka tu.

abe MIE 'TERJAH' said...

Suruh Fairus masuk UMNO aje atau jadi calon bebas...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

asalamualaikum, ni semua adalah bekas pemimpin2 dari dalam UMNO, pemimpin yang tidak competence, pemimpin yang corup, pemimpin yang kita ketahui sewaktu di dalam umno memang tak baik, dan berselindung dengan alasan disingkirkan atau di inaya ....padahal diri yang tidak layak, so kalau dah memang buruk dari dalam, di bungkus dengan kulit baru pun, lama kelamaan bau buruk tu tetap akan keluar juga.....kalau dulu dalam umno kerja tak baik, pindah kat parti mana pun tetap kerja tak baik......orang melayu yang joint pkr ni semua taik-taik umno ni, kalau tak kenapa tak joint pas aje....kenapa mesti nak joint pkr....mari kita pikir-pikirkan...allah hu alam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin