Search This Blog

Wednesday, March 18, 2009

Lembaga Displin: Tugas Berat Menanti Kamu!

Gambar: Utusan Malaysia

Salam,

Selepas pengumuman 'pesalah-pesalah' Umno petang kelmarin, sebenarnya tugas Lembaga Displin Umno ( LDU ) belum berakhir.

Mengikut rekod, ada 900 aduan yang dikemukakan kepada LDU sejak tahun lalu, ketika urusan mesyuarat Umno bermula dari peringkat cawangan dan bahagian lagi. Jika dihitung tindakan yang telah diambil oleh LDU, berdasarkan pengumuman sebelum ini, jumlahnya belum pun melebihi seratus.

Ini bermakna masih banyak kes yang belum diambil tindakan. Kita hendak tahu juga bagaimana kesudahan kes-kes tersebut. Sama ada bersalah, tidak bersalah, diberi amaran ataupun buang kes begitu sahaja ( NFA ).

Selain, DS Khir Toyo yang disiasat dan didapati tidak bersalah, kita hendak tahu juga siapa lagi ahli yang 'cekap' ni - disiasat dan tidak bersalah.

Sebelum 24hb ini, kita harap akan ada lagi pengumuman terbaru daripada LDU, supaya 'pesalah-pesalah' di peringkat bawah, yang 'menipu', bermain wayang dan wang - jika ada - juga diambil tindakan sama.

Bukan apa, jika 'pesalah-pesalah' ini dibiarkan, bukankah nanti mereka dapat menyusup masuk ke PWTC dan turut sama memilih saf pimpinan Umno. Soalnya, dapatkah kita berharap ahli yang korup memilih pemimpin terbaik dalam perhimpunan nanti? Atau bolehkah pula pemimpin korup dipilih - dipilih perwakilan yang korup juga tentunya -, hanya kerana belum ada tindakan daripada LDU?

Mungkin tugas ini berat bagi LDU, apalagi harapan ahli cukup besar kepada LDU untuk membersihkan Umno. Begitu juga harapan rakyat, ingin melihat parti keramat ini terus berusaha membersihkan parti daripada ahli yang menjadi 'beban'!

Ahli Umno dan rakyat tentunya, ingin melihat parti ini bebas daripada ahli yang 'jelik' dan berperangai hodoh. Kita ingin melihat parti ini bersih, bukan zahirnya nampak bersih tetapi hakikatnya kotor!

Tidak percaya?...Tanya perwakilan Umno. Kata mereka: Ini musim menuai padi!

3 comments:

bungaraya said...

Utaz,
Saya bimbang kalau dibersih hanya tinggal dua tiga kerat sahaja lagi. Kerana perbuatan menggunakan wang yang dimaksudkan rakyat terlalu terperinci. Hingga beli butang bajupun telah dianggap rasuah.

USD said...

Ya Bungaraya, biarlah ahli sedikit tp bkualiti, dan disenangi rakyat yg bukan ahli dan menang PRK/PRU, drpd ahli blambak tp dibenci rakyat dan kalah !

Anonymous said...

saya setuju dengan ust. UMNO mesti dibersihkan supaya ianya dapat dihidupkan semula. Apa guna ahli 3.5 juta kalau dalam pilihanraya kalah.rasuah politik ini tidak sukar untuk difahami dan semuanya dilakukan dengan sedar oleh pemberi dan penerima.walaupun hanya beli butang baju, bila tujuan dan nawaitunya ialah supaya kamu sokong dan undi aku atau bos aku,maka itu namanya rasuah..rasuah itu berdosa dan masuk neraka..yang memberi dan yang menerima, dua dua masuk neraka..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin