Salam,
Seorang blogger, Minda Budiman menulis statistik bkaitan pgunaan media baru spt blog, sbg medan interaksi di kalangan calon yg b'tanding dlm Pemilihan Umno Mac ini.
Dinukilkan catatan dan statistik tsebut sbg renungan :
1. Saya membantu semua rakan-rakan yang bertanding dengan menyediakan link dan fakta-fakta tentang pemilihan.
2. Calon kp & nkp, semua mereka mempunyai blog namun untuk calon exco maklum balas sangat minima.
3. Mereka menyedari 1.8 juta, adalah pengundi baru yang menerima budaya blog, facebook sebahagian dari sarapan pagi dan makan malam. Sekiranya mereka sendiri tidak bersedia dengan budaya baru bermakna lingkungan permainan pengaruh hanyalah di wilayah UMNO sahaja.
4. Berikut adalah mereka yang menawarkan diri untuk bertanding mengikut jawatan:-
Mempertahankan jawatan -5%
Ketua Pemuda -41%
Naib ketua pemuda - 10%
G2 - 6%
Selain di atas - 38%
Drpd catatan, dapatlah kita katakan bahawa di kalangan calon yg btanding, tentunya di kalangan pimpinan pelapis pemuda, media baru ini masih belum digunakan sepenuhnya.
Ironinya, 'kuasa' media baru ini diakui sbg salah satu penyumbang Tsunami Mac tahun lalu.
*********
Kebetulan seorang kawan, Jamawi Jaafar Ketua Pemuda Umno Tenom, mpromosi blognya Suara Tenom.
Katanya, blog beliau dibina utk memudahkan interaksi sambil mdedahkan pemuda pedalaman khususnya di Tenom, dgn dunia blog.
Sdr Jamawi menawarkan diri btanding Exco Pemuda Umno Malaysia - dgn nombor calon 28. Didoakan beliau b'upaya menambat hati para perwakilan nanti.
Secara peribadi, diharapkan Sdr Jamawi mampu menang - sbg wakil suara pemuda pedalaman, utk didengar di KL sana. Diharapkan apabila Sdr Jamawi menang nanti, pemuda pedalaman, khususnya di Sabah akan diambil perhatian.
2 comments:
T.kasih ustaz...semoga murah rezeki, panjang umur, dan doa ustaz dimakbulkan Allah.
asalamualaikum, saya yakin bahawa calon yang menggunakan kaedah blog dan IT adalah dari kalangan mereka yang berkelayakan kerana dari sudut IT mereka adalah golongan yang berpengetahuan dan ini membuktikan mereka bersungguh-sungguh untuk mendampingi dan mendengar suara rakyat....syabas saudara Jamawi.....saya yakin saudara adalah calon yang berbakat dan saya akui saudara adalah berkelayakan.....semoga berjaya dan saya doakan saudara menang.....amin.
Post a Comment