Salam,
Di akhir Perhimpunan Agung Umno tengahari tadi, selepas Pak Lah menyampaikan ucapan terakhir sebagai Presiden dan DS Najib menyampaikan ucapan sulung selepas bergelar Presiden, Tun Mahathir turun dari tempat duduknya.
Dia bersalaman dengan Barisan MT, DS Najib dan Pak Lah serta sebahagian perwakilan. Peristiwa besar ini membawa makna tersendiri untuk difahami oleh ahli Umno.
Seperti Pak Lah, Tun Mahathir melepaskan jawatan ketika masih berkuasa sebagai Presiden, jawatan besar yang di’mimpi’ semua. Sewajarnya, ahli Umno lain yang masih memegang kuasa, apabila sudah mendapat isyarat hendaklah turun juga.
Apa isyaratnya ? Kalah dalam pemilihan, kalah dalam pilihanraya, sudah terlalu lama berkuasa, cakap tidak mau didengar lagi…dan banyak lagi. Berilah peluang kepada muka baru pula untuk memimpin. Jadilah pengikut yg setia, spt mana orang lain setia ketika memimpin dulu.
Janganlah ada pemimpin yang beranggapan, jawatan sebagai warisan turun-temurun dan menjadi hak keluarga atau kumpulan sendiri sahaja. Serahkan amanah kepada yang berkelayakan dan ada merit.
Harap-harapnya, salam antara Tun M dan Pak Lah tadi adalah petanda ‘perang’sudah berakhir. Dan DS Najib dapat memimpin Umno dlm keadaan Umno yang sepakat dan bermuafakat…tanpa gangguan dan serangan dari kalangan orang dalam…apalagi bekas pemimpin bergelar negarawan!
3 comments:
Bila Tun M dan Pak Lah bersalaman, bukan bermakna muafakatan dan kesepkatan terjalin semula. Ia hanyalah budi bahasa sahaja.
Tun M menyelar bukan kerana peribadi Pak Lah, tapi kerana ketidak prihatinan Pak Lah terhadap isu isu kerajaan dan UMNO.
Pak Lah pergi, dan jika Najib masih melakukan perkara sama maka Tun M tetap akan mengkritik. Pak Lah garenti tak kritik punya, kerana baginya kerja keras itu sesuatu yang pelik.
Najib masih boleh memimpin dengan baik. UMNO tidak berpecah kerana Tun M. Tapi kerana Pak Lah, KJ dan kamaludin dalam mencampuri urusan kerajaan dan alpa.
kalau kita mencari keslahan orang lain, sejuta kesalahan dan kelemahan akan nampak. Tapi carilah kesalahan dan kelemahan dalam diri masing-masing untuk mencari satu penyelesaian
mengkritik pemimpin bukan mencari kesalahan dan kelemahan pemimpin itu tetapi tujuan mengkritik itu adalah untuk menyelamatkan negara, kerana jika pemimpin sering buat silap negara boleh tergadai..Jika sayang pemimpin jangan bodek dan ampu tetapi krtitiklah dia supaya dia tidak lalai dan leka... Yang salah tetap salah walaupn dianya dilakukan oleh presiden parti..jangan takut bersuara walaupun dengan suara itu anda akan hilang jawatan..ini amalan pemimpin yang sejati..
Post a Comment