Search This Blog

Monday, March 23, 2009

Nasib Umno Di Tangan Mereka...

Salam,

Seorang kawan berkata Umno sekarang sudah lari dari perjuangan. Wang ringgit dan nilai projek yang dikejar. Jika keadaan ini tidak berubah, katanya dalam PRU13, Umno akan berkubur.

Seorang kawan lain berkata, Umno kini sedang nazak dan hanya menunggu masa untuk 'mati'. Sesuai dengan usianya lebih setengah abad, Umno perlu ditransformasi. Baginya pemilihan kali ini landasan tepat melakukan transformasi tersebut.

Kebetulan, hanya tinggal 1-2 hari lagi, para perwakilan Umno akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih saf kepimpinan Umno yang akan menerajui parti untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Dimulakan oleh ketiga-tiga sayap: Wanita, Pemuda dan Puteri pada 25hb, diikuti pemilihan Majlis Tertinggi pada 26hb. Apabila perhimpunan dimulakan pada 27hb, saf pimpinan baru akan mengambil tempat.

Bagi calon yang bertanding, nasib mereka bakal ditentukan oleh perwakilan. Sama ada kempen di saat-saat akhir akan berkesan hanya akan terjawab selepas pengumuman keputusan nanti.

Jauh daripada itu, nasib Umno bergantung juga di tangan perwakilan sejumlah lebih kurang 3000 orang. Ahli Umno yang bukan perwakilan dan rakyat yang bukan ahli Umno akan mengikuti rapat 'pilihan' hati perwakilan ini. Pilihan perwakilan ini pasti akan dinilai.

Sama ada perwakilan memilih intan atau kaca, yang menghulur atau tidak, yang penuh idealisme atau penuh retorik, yang amanah atau hipokrit atau pun memilih pemimpin masa depan atau pemimpin masa lalu yang mahu dikitar semula.

Semuanya terserah di tangan perwakilan...merekalah yang menentukan. Sama ada pilihan perwakilan dipersetujui rakyat - dan ahli Umno - akan teruji pada 3 PRK nanti. Sama ada saf pimpinan baru ini nanti mampu menunaikan amanah dan harapan hanya akan dapat dilihat selepas PRU13 nanti.

Maka atas sebab itu, tugas perwakilan Umno kali ini amat berat. Nasib Umno benar-benar di atas tangan mereka!

( Catatan : Dua orang kawan tersebut bukan ahli mana-mana parti. Rasanya pandangan mereka tidak memihak dan ikhlas! )

3 comments:

Pemuda IKS said...

BERANI BERUBAH!

ONE said...

Demi rakyat UMNO perlu berkorban walau sepahit mana sekalipun, insyaallah allah akan bersama mereka..

Anonymous said...

salam Ustaz,
Sesekali boleh tukar selera tak, kita bincang isu2 non-politik.. I'm feeling sicked and tired! (Ada jumpa kawan lama, Ayam UKM hari tu.. dia kirim salam)

- ex- DG26, TKU

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin