Search This Blog

Wednesday, March 25, 2009

Tugas Berat Menantimu, Najib!

Salam,

Banyak perkara yang disentuh oleh DS Najib Tun Razak dalam ucapan malam tadi. Semuanya sangat berguna untuk dijadikan renungan dan panduan. Bagi saya secara peribadi, ada beberapa perkara yang menarik untuk dituntut perhatian segera oleh DS Najib, spt mana diucapkannya malam tadi.

1. Hapuskan kouta dan libatkan ahli memilih pemimpin - Kita ingin sangat melihat bagaimana Najib dan pasukannya nanti merealisasikan cadangan yang baik ini. Harapan kita dengan perubahan peraturan ini nanti akan membuat Umno kelihatan lebih demokratik dan disenangi ramai orang Melayu, terutama oleh orang Melayu yang melihat peraturan ini ketinggalan zaman dan menyuburkan politik wang.

2. Amalan cantas-mencantas dan sekat-menyekat - Mungkin DS Najib tidak akan mampu mengubah amalan yang sudah berakar umbi di kalangan ahli Umno jika ahli atau pemimpin Umno lain tidak mengendahkan apa yang dinasihatkan DS Najib ini. Terutama pemimpin Umno yang merasa terancam dengan kehadiran ahli lain yang lebih 'baik' dan 'kualiti'.

3. Politik wang - Mungkin mengambil masa, namun jika ada keazaman tiada yang mustahil! Sama ada pemimpin atau ahli biasa, wajib memerangi amalan buruk ini sebagai musuh nombor wahid. Dicadangkan supaya ahli atau perwakilan yang meminta-minta juga dikenakan tindakan!
( Masalahnya, ada seorang pemimpin tu saya tengok dalam HUJAH TV9, berapi-api mengutuk politik wang tapi di bahagian dia, dialah 'raja' main duit! )

4. Menggilap idealisme perjuangan - Usaha ini perlu dilaksanakan dengan segera, terutama di kalangan pimpinan pemuda yang menjadikan kerjaya politik sebagai batu loncatan mengumpul kekayaan. Meminjam kata DS Adnan Yakob : Baru sehari dua berpolitik sudah kaya-raya dengan gaya elit, lalu dibenci pemuda!
Kalau perlu mereka direndam di Sungai Klang yang mengalir di tepi PWTC, lakukanlah! supaya mereka sedar erti perjuangan.

5. Berubah - Sepertimana DS Najib meminta ahli dan perwakilan berubah...kita juga memohon para pemimpin Umno supaya berubah. Tinggalkan sut mewah dan gaya elitis kamu, dan bergaullah dengan rakyat jelata dengan mesra. Pimpinan juga wajib berubah...minda, sikap dan pendekatan. Rakyat tidak berharap kamu datang memikul seguni beras ( spt Khalifah Umar RA ), memadai pemimpin datang bertanya khabar...bukan semasa pilihanraya, ada keramaian atau kerana ada jemputan kahwin saja.

6. Cadangan untuk Datuk Seri - Akan datang apabila menyebut ayat al-Quran, bacalah dengan ayatnya sekali, bukan terjemahan sahaja serta apabila menyebut nama Rasulullah, sambunglah dengan SallalahuAlaihiWasalam ( SAW )! Jika ini menjadi kelemahan DS, silakan perbaiki supaya imej DS sbg Presiden dan PM nanti tidak dipersenda...

Wallahu A'lam

2 comments:

ONE said...

salam ustaz,

saya amat menyokong post ustaz dari yang kedua hinggalah yang ke 6 tapi yang pertama tu saya agak skeptikal..
sekian,

Anonymous said...

tapi apa yang aku tengok tak berubah pun apa yang najid cakap dia orang tak dengar pun tolonglah buka mata cakap boleh cakap tapi tak serupa bikin bagaimana nak tolong najid selamatkan maruah melayu islam patut tun masa ucapannya dahulu sampai menangis dia dah nampak dah yang muda mengalahkan yang tua kalau baik takpalah najid tolong selamatkan buatlah sesuatu untuk menyelamatkan kita semua ini musuh berada dalam dan luar musuh dalam sifat tamak .rasuah ,mendahulukan diri dari rakyat ingin jawatan walaupun tak berkemampuan dan banyak lagi inilah musuh sebenar parti kita ini jatuh bangun semua terletak ditangan kita sendiri kalau kita pilih yang salah dan Allah langsungkan niat kita itu berdosalah kita pada diri ,bangsa ,negara dan ugama kita mana amanah yang kita laungkan masa kita hendakan jawatan bila dapat kita khianat yang binasa kita dan bangsa ingatkan peringatan dari Allah jika kita menlakukan kezaliman iaitu tidak meletakan yang hak maka pada suatu hari nanti kita akan digantikan dengan pemimpin yang zalim jika kita jadi seseorang itu pemimpin bukan pada haknya tunggulah kebinasaan yang akan berlaku yang disebabkan oleh tangan kita sendiri ds najid tolonglah tolonglah tolonglah selamatkan kita semua semoga Allah memberi beliau kekuatan untuk menyelamatkan kita semua dengan izin Allah/ musuh dah makin hampir dan hampir menawan kita semua iaitu diri kita sendiri .nafsu serakah kita sendiri jangan salahkan orang lain salahkan diri kita sendiri dan kita dikenali sebagai petualang bangsa kerana membiarkan musuh menawan kita disebabkan nafsu serakah kita . jadilah dari meminta minta jadi orang yang menghulurkan ingat musuh kita itu diri kita dan orang paling hampir dengan kita jangan jadikan kita seorang pengkhianat kalau rasa sedar mana yang tak layak turunlah jangan binasa bangsa kita disebab ketamakan kita sekali lagi ds najid buat sesuatu pada pemimpin pelapis yang akan datang jangan pisang berbuah dua kali ds pun maklum pada zaman pemimpin yang dahulu yang mana kesannya menhuru-hara yang sekarang Pemimpin yang hebat seperti ds akan dapat musuh pun yang hebat juga jangan lupa perhatikan terutama dalam dan luar jika dalam sudah berulat maka senanglah yang luar datang menyerang seperti bendahara membuka pintu kota pada musuh jangan tengok pada hujjah tapi nilai pada budi carilah orang yang bijak lagi membijakan bukan bijak menjahanamkan kalau pilihan raya kecil ini kalah tentu Ds najid tahukan sebabnya tolonglah cari permata dalam umno bukanya kaca tolonglah Ds najid dari akar umbi iaitu rakyat yang sayangkan parti kamu tolong jangan binasakan dia dan negara yang tercinta ini kalu patut buang kita buang biar orang kata kita jahat tapi hakikatnya allah tahu apa yang kita lakukan untuk kepentingan agamanya dan akhirnya kemenanagan dipehak kita sekira kita yang hak jika batal kita yang menanggungnya walaupun kita kalah sekurang-kurangnya kita tidak menkhinati Allah dan rasul anak cucu kita anak bangsa kita saudara seugama kita tugas kita menyambung kalimah yang hak jangan kita khinati tolong Ds selamatkan ini semua .

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin