Salam,
YB Gobind Singh Deo, Ahli Dewan Rakyat mewakili kawasan Parlimen Puchong telah digantung tugas 12 bulan. Gobind digantung kerana kenyataan yang mendakwa TPM DS Najib terlibat dalam kes pembunuhan, selain kenyataan menghina Tim. Speaker Dewan Rakyat.
Dalam tempoh penggantungan ini, Gobind akan kehilangan kemudahan sebagai seorang Ahli Dewan dan tidak akan menerima sebarang elaun.
Persoalannya, wajarkah seorang wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya untuk mewakili mereka menyuarakan segala hal berkaitan, digantung ?
Jika soalan ini ditanya kepada Gobind, pengundinya di Puchong dan penyokong PR, jawapannya mudah saja diteka. Tentulah tidak wajar bagi mereka, kerana pasti mereka melihat Gobind dizalimi dan tidak bersalah!
Namun kita juga boleh bertanya, wajarkah seorang wakil rakyat mengeluarkan kenyataan mmebuta tuli menuduh seseorang terlibat dalam satu kes jenayah yang berat, tanpa sebarang bukti?. Apakah imuniti seorang Ahli Dewan terlalu 'kebal' sehingga boleh melemparkan tuduhan sesuka hati?
Soalan lain, wajarkah pula seorang Ahli Dewan tidak menghormati 'Pengerusi Mesyuarat' dengan melemparkan kenyataan yang bersifat menghina?
Masalah kita di Malaysia, Wakil Rakyat yang dipilih sebahagiannya menjadi 'Wakil Rakyat Syok Sendiri' - tidak semua, segelintir sahaja. Di dalam dewan persidangan, bukan pula suara rakyat yang memerlukan pembelaan disampaikan, tetapi suara yang dikaitkan dengan nama rakyat, padahal isu tersebut langsung tidak berkaitan dengan kehidupan rakyat.
Sebagai contoh, Ahli Dewan ini. Tidak mungkin rakyat Puchong menyokong perbuatan menuduh seseorang sesuka hati. Contoh lain, tidak mungkin rakyat di Bukit Gelugor menyokong perbuatan melabel 'celaka' orang lain!
Mahu dikata wakil rakyat begini 'bengap', tidak mungkin kerana latar belakang mereka dari bidang perundangan. Tidak mungkin peguam tersohor anak-beranak dilahirkan 'bengap'. Namun realiti yang kelihatan menunjukkan tingkah laku segelintir wakil rakyat tidak menggambarkan werga yang bertamadun.
Wakil Rakyat seperti ini wajar tidak masuk ke dewan yang mulia sama ada di peringkat persekutuan atau negeri - tempat perbahasan soal serius berkaitan rakyat. Dewan bukannya gelanggang persembahan sarkis atau tempat mencari glamour yang tidak perlu. Ketegasan menggantung wakil rakyat seperti ini wajar dipuji!
Masalah kita, ada juga rakyat yang suka berwakil orang sebegini...
6 comments:
WAJAR SANGAT TINDAKAN PANDIKAR AMIN MULIA- EH MP SABAH PUN DIGANTUNG SEBAB MENYAMPUK!
INIKAN PULAK NAK BAWA GAYA POLITIK JALANAN DALAM DEWAN
SEDARLAH MP DILANTIK UNTUK PERJUANGKAN MASALAH RAKYAT MARHAEN- READ BUKAN RAKYAT MEWAH- TAPI 13 BULAN PR "PERASAN MENANG" PRU 12, ISU BUDAK-BUDAK YANG DIBAWA MASUK DEWAN.
SALAM....
SAYA SOKONG SEPENUHNYA PENGANTUNGAN SI CELAKA NI.
YANG JADI MANGSA RAKYAT PUCHONG!!!
MASAALAH MEREKA TIDAK DAPAT DI DENGAR DI PARLIMEN.
EMM TU LAH....PARLIMEN TEMPAT MELUAHKAN MASAALAH RAKYAT. BUKAN NYA TEMPAK NAK BERCAKAP HAL PERIBADI.
dalam hal ini, kita wajar juga melihat siapa sebenarnya yang mendorong mereka jadi lagu tu? Siapa yang mewajarkan percakapan apa sahaja dibolehkan demi kelangsungan politik mereka?
Anwar Ibrahim bukanlah satu-satunya faktor. Sebaliknya faktor daripada sokongan yang membolehkan si Gobind ini berada di Parlimen.
Memutarkan kata-kata cukup mudah di parlimen. Bukan kerana imuniti tetapi kerana kehendak para pengundi yang melihat populariti mengatasi kebijaksanaan dan keprihatinan selaku pemimpin.
ahli-ahli parlimen atau politik dengan rancangan realiti televisyen, tidak jauh bezanya. Cuma yang satu terkinja-kinja di atas pentas di hadapan kamera televisyen, manakala yang satu lagi terkinja-kinja, terlompat-lompat, terpekik-pekik macam kera hilang kawan di hadapan khalayak ramai. Masing-masing memerlukan daya tarikan untuk membolehkan mereka dijadikan pilihan dan parti yang diwakili mendapat publisiti meluas sama ada menerusi LAWAK BODOH, mahupun LAWAK BADUT.
Penggantungan ini memberi dua cerminan. Satu cerminan buruk dan satu lagi, cerminan publisiti murahan yang melangsungkan KEBANGANGAN DAN KEBADUTAN dalam sesi perdebatan di Dewan Rakyat yang tak sepatutnya dipanggil dewan rakyat sebaliknya dewan para badut negara.
Entah bilalah agaknya ahli-ahli parlimen malaysia sedar bahawa mereka berada di kerusi dewan itu kerana tanggungjawab terhadap rakyat, bukannya untuk publisiti parti dan individu?
Yang naik semangat, adalah rakyat... dan yang rugi besar juga adalah rakyat... ahli-ahli parlimen tidak rugi apa-apa, biarpun mereka dikantoikan dalam penjara selama 20 tahun. Sikit pun depa tak rugi apa-apa!
memang patut di di gantung klu blh di pecat lg bagus... hangpa bkn tak tau bangsat 2 perangai mcm mn. dia 2 harus di gelar celaka bangsat & babi. bangsat 2 jgk harus dapat piala celaka
Salam,
Saya rasa amat wajar YB ini digantung. Di dalam Parlimen kita mesti menjalankan tugas kita sebagai seorang Ahli Yang Berhormat. Bukannya sebagai samseng jalanan.
masalahnya bukan Govind saja yang buat hal di parlimen..ramai juga wakil BN yang lagi teruk,menggangu semasa ahli lain berucap,macam biadap dan tidak beradab...mereka dikalangan segelintir wakil Bn menjadikan parlimen seperti sarkas, tapi rakyat juga yang bodoh kerana undi mereka jadi YB
Post a Comment