Salam,
Tugasan pertama Datuk Shafie Apdal selepas menang Naib Presiden Umno ialah membantu jentera pilihanraya kecil BN bagi kawasan DUN Batang Ai. Nampaknya, tiada bulan madu bagi pemenang jawatan utama Umno...
Bagi yang belum mengenali kawasan DUN Batang Ai, dinukilkan profil kawasan pilihanraya ini:
DUN Batang Ai terletak dalam kawasan Parlimen Lubok Antu, selain DUN Engkili. Jumlah Pemilih Berdaftar - 8,006 (7,963 pemilih biasa dan 43 pemilih pos). 95% pengundi Iban / 3.5% Cina / dan 1.5% Melayu/Melanau.
Dalam PRU 2008, DUN ini dimenangi oleh BN:
Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) - 3,295 undi
Nicholas Bawin Anggat (Snap) (2,489 undi)
Profil umum kawasan ini boleh klik di sini.
Secara umumnya, DUN Batang Ai ini adalah kawasan pedalaman. Banyak kemudahan asas seperti jalanraya, elektrik dsb yang belum dinikmati. Maknanya, siapa pun menang antara dua calon Malcolm Mussen atau Jewah Gerang, tugas berat menanti mereka.
Cuma, Jewah Gerang sebagai bekas Ahli Parlimen kawasan Lubok Antu, patut bertanya diri sendiri, apakah yang telah dilakukannya selama 3 penggal menjadi MP? Jika dia sebagai MP BN yang menjadi kerajaan memerintah negeri Sarawak, dia tidak 'mampu' membantu mengatasi permasalahan pengundi di sana, bagaimanakah dia boleh membantu sebagai ADUN pembangkang?
Mungkin Datuk Shafie boleh menggunakan modal ini sebagai satu bahan kempen menangani kempen PKR. Sebagai Naib Presiden yang baru 'ditabal', Datuk Shafie kena menunjukkan 'belang' dengan berusaha memenangkan Malcolm Mussen. Baharulah perwakilan dan ahli Umno berbangga mendapat Naib Presiden yang 'gagah perkasa'.
Walau bagaimanapun, janganlah hendaknya pengundi DUN Batang Ai dijadikan mangsa pertentangan politik antara BN dan PKR, sehingga pembangunan yang dijanjikan menjadi impian penduduk Batang Ai. Apalagi janji retorik yang tidak berpijak di bumi nyata...
4 comments:
salam,
semoga semua berusaha keras dalam memastikan kemenangan BN kali ini..
insyaallah
La SHafie Afdal....sekali jerkah je dia akan kecut.
Tu la orang UMNO ni tak kenal si Afdal ni, yang dia kenal duit si afdal sahaja yang mereka nak bedal.
Don't hope for anything from this political moron.
asalamualaikum, syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya ni la hikmah yang di sediakan allah kepada ahli-ahli UMNO yang menang bertanding jawatan pada pemilihan yang lalu, allah menyediakan pentas berjuang untuk test power atau untuk membuktikan kebolehan mereka menerajui jentera umno, Bn mungkin berpeluang cerah untuk menang di Dun Batang Ai, tambahan pula di bantu dengan jentera umno yang di amanahkan kepada dato shafie apdhal,.....sama-samalah kita beri sokongan agar calon Bn bagi dun batang ai menang...allah hu alam.
Saya fikir tak perlulah Shafie berada di sini..Biarkan saja BN Sarawak menguruskan partinya..Bukankah Sarawak tidak mengkehendaki UMNO masuk ke negeri itu, jadi bagaimana naib presiden UMNO boleh menarik sokongan untuk BN di Sarawak..?
Post a Comment