Search This Blog

Saturday, May 9, 2009

Cubalah Menjadi Rasional!

Selepas selesai bersidang, songkok semua letak tepi...

Salam,


Mahkamah hanya akan memutuskan MB Perak yang sebenar hari Isnin nanti. Dari sudut perundangan, sehingga Isnin ini belum pasti siapakah MB Perak ketika ini.


Namun, dari segi hukum demokrasi yang kita pegang selama ini, MB Perak ialah DS Zambry Kadir. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi inilah realiti politik. Inilah hakikat demokrasi yang kita iktiraf selama ini. Melainkan kita bersetuju membakul sampahkan demokrasi!


Mengikut peraturan demokrasi, parti yang memiliki majoriti berhak membentuk kerajaan. 28 kerusi dimiliki BN disokong 3 kerusi bebas menjadikan BN mempunyai majoriti mudah dan tentulah BN berhak membentuk kerajaan Perak. Berbanding 28 kerusi dimiliki PR.


Mungkin ada polemik bagaimana BN mendapatkan sokongan 3 ADUN Bebas, mungkin perbuatan melompat parti boleh dikatakan tidak bermoral, atau apa sahaja tanggapan yang wujud, namun selagi ia masih dalam lingkungan Perlembagaan, apa masalahnya? Setakat soal moral, ada banyak lagi yang tidak bermoral terus dipertahankan.


Ketidak fahaman ke atas prinsip demokrasi yang diagungkan selama ini, ego kerana tidak dapat menerima realiti dan sikap tidak endah terhadap 'peraturan' yang dirasa tidak memihak kepada pihak sendiri, disertai sikap hanya sendiri yang betul, orang lain salah, menyebabkan adengan yang tidak ingin kita lihat berlaku di Perak semalam.


Cubalah kita menjadi rasional...mengambil sikap berlapang dada. Menghormati 'aturan' yang kita iktiraf sebelum ini. BN ketika tewas dalam PRU12 dan kehilangan kuasa, terkejut tetapi tidak berdiam diri, bangkit menyusun strategi dan terbukti ia berhasil. Malanglah jika Pakatan Rakyat mengambil tindakan semberono, asyik berpolitik dan tidak belajar daripada apa yang berlaku.


Bukankah elok jika kita mengurangkan seketika suhu panas politik negara. Tidak puashati ? Tunggulah PRU13 membuat perhitungan. Jika benar 3 PRK yang dimenangi oleh PR berbanding 1 oleh BN sebelum ini adalah petunjuk jelas rakyat bersama PR, bersabarlah. Pasti kuasa yang dikejar selama ini - sehingga terpaksa berjanji 16 September tarikh peralihan - akan menjelma jua.


Rasanya, jika semua bersikap rasional, menerima hakikat dan dapat bersabar, pasti Perak akan terus harmonis, tidak terusik oleh gangguan yang tidak perlu. Dan kejadian memalukan dan mencatat sejarah baru negara semalam, tentulah dapat dielak.


Sayangnya...banyak pihak yang kelihatan gagal mengawal diri!


27 comments:

ONE said...

salam,

semoga kptsn pada isnin ini memihak pada BN..insyaallah

Anonymous said...

semoga adil dan benar segalanya..amin..

Jumayatara said...

Apabila syaitan-syaitan bisu menjadi rasional.

Minda Berkarat?Amalkan zikir

Datu Sulaiman said...

Sebenarnya di Perak ini suhu politik boleh diturunkan tetapi sikap 'takut' BN berhadapan kepada rakyat menjadi punca. Pilihanraya adalah menjadi penyelesaian yang paling mujarab. Pada hari Isnin ini, sesiapa pun yang diisthyiarkan sebagai MB sebenar, maka jika mahu memadamkan suhu politik secara total maka mereka hendaklah mohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN untuk membolehkan satu piliharaya baru diadakan..

Tanpa mempertikaikan kuasa Sultan untuk melantik MB, sebenarya pada masa mengambilalih kerajaan dulu, jika sekiranya BN Perak tidak gelojoh, krisis yang berlaku sekarang tidak berlaku. Memanglah Sultan mempunyai budibicara untuk melantik siapa yang baginda fikirkan mendapatkan sokongan majoriti ahli YB di DUN negeri, tetapi pada ketika itu jika BN Perak mengambil pendekatan menyingkirkan Nizar melalui Undi Tidak Percaya maka apa yang berlaku sekarang pasti tidak menjadi isu atau krisis politik..Tetapi sekali lagi sikap 'gelojoh' dan 'takut' BN Perak menjadi punca. Sebenarnya 'cara melalui undi tidak percaya' adalah proses yang lebih difahami oleh rakyat. Sepatutnya pada masa itu BN Perak berjumpa dan meminta perkenan Sultan untuk menggunakan cara-cara 'undi tidak percaya' untuk menggantikan Nizar..Tetapi akhirnya BN Perak tidak dapat bersabar dan menyerlahkan sikap rakus dan gelojoh mereka.

USD said...

Salam,
Datu Sulaiman, siapa yg boleh mjamin slps usul undi x percaya atau PRU diadakan sekali lagi, Pakatan akan menerima realiti?
Jika keputusan mahkamah pun ditolak, jika prinsip demokrasi yg diagungkan selama ini pun ditolak, apalagi yg mau diharapkan melainkan sikap rasional...sayang sikap ini semakin hilang dr dada pemimpin pakatan.
Apatah lagi kini bila Pakatan merasa semkin kuat disokong rakyat!

Anonymous said...

SALAM ZIARAH USTAZ

PERKATAAN 'RASIONAL' MUNGKIN DAH TAKDE DLM KAMUS PEMBANGKANG. G ADA CUMA MEMBERONTAK!..MEMBERONTAK! DAN TERUS MEMBERONTAK!. SEMAKIN KUAT MEREKA MEMBERONTAK, SEMAKIN KUAT LA POLITIK MANIPULASI DIMAINKAN. PEMBANGKANG AKAN TERUS MENJADI DOMINAN SELAGI MEREKA GALAK MENSENSASIKAN SESUATU ISU. JADI APA YG HARUS KERAJAAN LAKUKAN? TAK KAN KERAJAAN AKAN BERDIAM DIRI DR DI TUDUH DGN PELBAGAI TOHMAHAN? WLUPN DH BYK KALI KERAJAAN MENJWB SEGALA KRITIKAN YG DILEMPARKAN OLEH PEMBANGKANG, MEREKA MENGAMBIL SIKAP MASUK "TELINGA KANAN, KELUAR KE TELINGA KIRI"

Anonymous said...

HAI TOKMUDIM!..CUMA BERANI KOMEN TP BERSEMBUNYI DI BALIK GAMBAR BUDAK KECIK AJE KEE?? KEHKEHKEH..BIASA LA SIFAT SEMULAJADI PAKATAN..LEMPAR BATU SEMUNYIK TGN HUHUH

Datu Sulaiman said...

Kita bersangka baiklah ustaz.Insyaallah jika kena pada caranya, mereka tidak akan ada alasan lagi untuk terus berkrisis.Yang berlaku sekarang ini kerana BN Perak khasnya UMNO membuka jalan kearah itu..Jangan kita buta hati dengan mengatakan parti yang kita sokong saja yang betul..InsyaAllah jika dengan undi tidak percaya,apa yang diisukan oleh PR Perak sekarang tidak akan mengundang kekecohan. Ustaz dan rakan-rakan yang menyokong UMNO kenalah akui bahawa tindakan UMNO Perak adalah gelojoh dan rakus..Merek ada pilihan yang lebih diplomasi tetapi mereka tidak sabar dan kemaruk untuk berkuasa. Inilah realitinya.. Apakah jika UMNO/BN Perak berada pada tempat Nizar sekarang maka mereka tidak turut melakukan tindakan seperti yang Nizar dan PR buat ? Sebenarnya ramai orang meluat melihat senyuman sombong dan bongkak Zamry kita mengulas kemelut yang ada sekarang...

USD said...

Salam,
1.Jangan kita buta hati dengan mengatakan parti yang kita sokong saja yang betul
~ Ya Datu, spt yg Datu kata, jgnlah mengatakan parti kita saja yg betul. Faktanya BN 28 + Bebas Sokong BN 3 = 31 / PR = 28. Rasanya Datu tau mana yg betul.

2. bahawa tindakan UMNO Perak adalah gelojoh dan rakus..Merek ada pilihan yang lebih diplomasi tetapi mereka tidak sabar dan kemaruk untuk berkuasa.
~ Yg diplomasi, jumpa Sultan mohon bubarkan Dewan. Soalnya, bagaimana Sultan mau melayan org yg sembah derhaka?
~ Siapa yg tidak sabar dan kemaruk kuasa? Sabarlah menunggu PRU13, bukankah PR cukup yakin inilah penggal terakhir BN?
~ Kemaruk kuasa? Ya politik ialah perebutan kuasa, logikkah kalau BN kemaruk salah, tp bukankah PR juga kemaruk dgn kuasa yg sudah tlepas...tidak salahkah?
3. Apakah jika UMNO/BN Perak berada pada tempat Nizar sekarang maka mereka tidak turut melakukan tindakan seperti yang Nizar dan PR buat ?
~ BN parti berpengalaman, sbg Kjaan @ Pembangkang. Penggal lalu, di Kelantan beza cuma 1 kerusi. Kini di Sgor, Kedah @ PP, BN x bkuasa. Di Sabah, BN biasa jd pembangkang sebelum ini. Rasanya, x pernah kelihatan MB/KM BN yg seperti Nizar.
Wallahu 'Alam

Anonymous said...

Ustaz said...

saya juga ahli umno sudah 40 tahun semangnya saya sedih dengan apa yang berlaku di perak...suka atau tak suka umnolah sebenarnya punca masalah ini berlaku...

hanya tiga cara saja yang sepatutnya berlaku jika bn mahu ambil alih perak...

1- Nizar meletak jawatan atau telah meninggal dunia.

2- Bubar Dun Perak.

3- Undi tidak percaya di dalam dewan undangan negeri.

Namun ketiga-tiga tidak berlaku ustaz...sultan tiada kuasa memecat MB...jangan kita anggap kuasa sultan macam kuasa Tuhan...jika tidak lebih baik tidak payah ada pilihanraya biar sultan saja yang pilih pemimpin kita.

"Berkatalah benar ustaz said walaupun pahit"

Ali osman,Kuala lumpur.

Anonymous said...

salam Datu Sulaiman,

Saya sokong pendapat anda 100%.

Junaidi Blog said...

Salam Datu Suliman .. hujah anda terlalu ego , Seoalah padangan dan pendapat anda benar ... Buka mata ...Tindakan Ahli DAP Perak adalah tidak Betul ..... Biadap dan tidak menghormati .. Budaya dan susuiala melayu ... Lagi pula negera ini negara melayu ..

Anonymous said...

Junaidi,

Ye...ke Negara melayu tapi mengapa elit melayu umno saja yang kaya raya sedangkan masih ramai orang melayu yang hidup merempat selama 50 tahun umno memerintah...masih ramai yang miskin dan papa...benarkah negara ini negara melayu atau negara ini elit melayu umno saja.

BELL said...

sebagai salah seorang orang muda yang masih mempercayai perjuangan murni aliran nasional, seharusnya penelitian dan kajian harus dilakukan sebelum melakukan sesuatu atau membutirkan sokongan. Dalam hal di Perak, sebenarnya jalan terbaik ialah membubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. UMNO/BN tidak harus takut dengan bayang2 sendri, keyakinan harus wujud tanpa memikirkan kekalahan. Berdasarkan situasi sekarang, segala-galanya tidak mustahil.

Kepada PR, jangan terlalu yakin, menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat tidak menjamin apa2 PR akan dapat berkuasa kembali di Perak. Terlalu banyak politiking dan ini amat merugikan rakyat perak sendiri. Apa kerajaan BN Perak boleh lakukan sekrang jika semuanya masih dalam pertikaian. Orang muda hari ini tidak seperti dahulu, sering dipandang enteng dan sebelah mata sahaja. Tapi BN tidak harus mengelabah, ada sebab orang muda 'melenting' dalam PRU dan PRK.

Bubarkan DUN Perak dan sultan pun boleh duduk selesa di Istana. Rakyat berlapang dada dan para pemimpin BN dan PR harus menerima hakikat berkuasa tidak selamanya, lemah tidak bererti kalah.

Datu Sulaiman said...

Ustaz,nampaknya topik kita kali ini menarik dan mengundang keterujaan ramai orang untuk membahasnya. Tidak mengapalah,memandangkan kita bukan MP maka disinilah saluran yang betul untuk kita membahaskan hujah msing-masing..cuma kita tiada speaker..

01.BN 28 + 3 dan PR 28, siapa yang betul ? Ustaz,saya tidak nafikan bahawa puak BN ada majoriti lebih.Apa yang saya persoalkan ialah cara BN memperolehi kuasa. Saya mencadangkan supaya BN mengambil kuasa dengan cara undi tidak percaya kepada Nizar di DUN. Cara ini lebih mudah difahami dan diterima rakyat, dalam masa yang sama PR tidak akan ada ruang lagi untuk mempersoalkannya. Inilah maksud saya.. Kalau sudah ada 28 + 3, apa mau takut ? Sepatutnya ketika mengambil kuasa itu UMNO khasnya presiden baru UMNO merunding persetujuan Sultan supaya Nizar lebih baik diturunkan melalui undi tidak percaya di DUN..Tetapi mengapa BN takut ???

02.BN UMNO memang tidak sabar dan gelojoh..Ada kaitan dengan 'sembah derhaka yang ustaz bangkitkan?' Apa kaitan membubarkan DUN dengan sembah derhaka..? Kalau ustaz rasa Nizar tidak berada pada kedudukan yang sesuai untuk memohon perkenan Sultan untuk membubar DUN, mengapa bukan Zamry sendiri saja yang memohon untuk membubarkan
DUN supaya pilihanraya dapat diadakan sekaligus menamtkan pertikaian politik yang berlaku..?? Sekali lagi jawapannya ialah UMNO Perak takut kalah dan takut hilang kuasa..

03.Ustaz menyebutkan agar PR tunggu saja PRU 13? Alahai PRU 13 lama lagi ustaz, mungkin 3 atau 4 tahun lagi, sedangkan krisis yang ada ini perlu ditamatkan. Lagipun kalau BN sendiri tidak boleh sabar menunggu 3 atau 4 hari saja lagi untuk mengambil kuasa melalui undi tidak percaya ketika PR hilang majoriti dulu, mengapa pula memperkatakan kesabaran PR untuk menunggu 3 atau 4 tahun lagi?

04.Ustaz,sebenarnya BN dan UMNO langsung tiada pengalaman atau langsung tidak pernah mengalami seperti mana apa yang berlaku kepada PR di Perak..Memang benar di Selangor,Kedah dan Pulau Pinang BN UMNO tewas, tetapi semua itu melalui keputusan peti undi. Bukannya dengan cara YB UMNO/BN melompat kedalam PR..Di Kelantan dan Sabah sedikit masa lalu pun sama. Apakah ustaz pura-pura lupa? Ustaz, pembangkang tidak pernah mengambilkuasa dari tangan BN melalui cara-cara 'lompat'. BN sudah dua kali, pertama di Sabah dan ini kedua di Perak.

Adakah ustaz lupakah bahawa tahun lalu,, bila anwar mengacah BN dengan kononnya dia akan membentuk kerajaan baru melalui MP BN yang akan melompat, pada masa itu bukan main gelabah BN. Itu baru acah-acah saja,Bn sudah buat bising dan mula bercakap soal memperkenalkan undang-undang anti lompat ? Tapi bila acah-acah itu berakhir, senyap pula pasal undang-undang anti lompat..Bn mengamalkan niat menghalalkan cara..

kepada saudara Junaidi, tenanglah dan jangan emosional. Saya tidak pasti, apakah dalam perlembagaan kita ada menyebut negara ini adalah negara Melayu.Saya fikir lebih tepat kalau saudara berkata bahawa tanah ini adalah tanah Melayu. Yg saya tahu dalam perlembagaan cuma disebutkan Islam adalah agama rasmi persekutuan (maknanya Malaysia lah) dan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi.Saudara, bila kita berbahasa sebagai rakyat Malaysia yang telah 50 tahun merdeka, janganlah hendaknya kita suka mengungkit soal kaum dan bangsa..Bukankah presiden parti saudara sudah menekan akan konsep '1 Malaysia' Jadi jika saudara Junaidi suka mengungkit soal bangsa dan kaum maka saudara seperti tidak menyahut seruan presiden parti saudara, yang lebih menekan perpaduan dan titik persamaan..

Anonymous said...

Salam,

Kalau dah mencuri tetap salah. Usah digusar keputusan pada hari Isnin, ia tetap berpihak pada BN, mahkamah dan seluruh jentera kerajaan milik BN!

tAHNIAH BUAT PENCURI

Jumayatara said...

Apabila syaitan-syaitan bisu buat bodoh.....


Minda masih berkarat. Nasible.

USD said...

Salam, Datu Sulaiman...
1. Soal BN takut...saya susah mau komen sbb BN tlalu besar utk saya mjadi wakilnya.
Cuma apa perlunya bubarkan Dewan sdg majoriti sudah jelas dan terang.
2. Soal lompat parti, satu yg mungkin Datu tlupa, lompatan pertama sbelum 3 ADUN melompat. Datuk Nasaruddin, bukankah dia hero, baik dsb bila masuk PKR? Kenapa pula 3 ADUN tu jahat sangatkah?
3.PRU13 lambat lg dan krisis ni perlu ditamatkan...rasanya ini bukan krisis, cuma salah faham. Salah perkiraan bahawa bhw 28+3 adalah lebih banyak drpd 28.
4. Apapun, kita tggu hari Isnin mahkamah putuskan siapa MB. Cuma saya risau, jika mahkamah putuskan Zambry MB yg sah...pasti banyaklah pula lagi alasan diberi utk menolaknya. Sure, mahkamah kena beli!
( Berani ko betaruh joki Datu? )

matlan said...

asalamualaikum ustaz, adai nio betaruh ustaz.....haram.....tahniah ustaz said dan datu sulaiman...perdebatan yang sangat positif dengah menjaga tatasusila dan adat perdebatan.....semoga kesepakatan dapat di capai demi agama islam tercinta.....allah hu alam.

Anonymous said...

Nampaknya ustaz telah lakukan kesilapan. Gambar terang-terang ambil dari blog ajijoi, tapi KENAPA TULIS "Selepas selesai bersidang, songkok semua letak tepi...". Sedang kan gambar tersebut sebelum persidangan (terang-terang tertulis dalam blog yang menjadi sumber gambar tersebut). Apa tujuan ustaz sebenarnya. Sah umno.

BELL said...

Bubarkan DUN Perak, serahkan kembali kuasa memilih kepada rakyat. Keputusannya nanti akan menutup semua mulut murai dan kestabilan akan muncul di perak. Jangan berkata tidak pada kebenaran.

Anonymous said...

Ustaz said saya pengundi muda dan atas pagar.Apa yang saya lihat dari awal lagi tak ikut saluran perundangan.Tiada undi tidak percaya, rakus dan 2 dun yang bebas tu ada kes rasuah (senyap je sekarang).Dan tak hairan mereka nie dirasuah BN (BN terkenal dgn rasuah-terbaru ppp).Ketua menteri yang dirasuah pun boleh lagi jadi menteri tanpa disiasatSPRM.Jadi yang tak faham tentang perundangan adalah UMNO.Menghalalkan yang haram
contoh terbaru perlacuran kuasa polis dalam dewan dun yang sungguh memalukan dan memualkan. Dari awal saya ikuti kes dun perak nie sampai sekarang UMNO tidak ikut saluran perundangan dan UMNO kena akui mereka silap.TOLONG JANGAN TIPU RAKYAT SEBAB INI SEJARAH HITAM NEGARA yang amat teramat memalukan.DAN saya lihat UMNO terlalu menggunakan jentera kerajaan untuk berkuasa.KAMI pengundi yang akan mengundi PRU13
melihat ini adalah kesilapan terbesar UMNO yang akan menjerumus UMNO ke tong sampah.Fikir sebelum buat...RAKYAT MENILAI DALAM SENYAP.

Anonymous said...

Ustaz said saya pengundi muda dan atas pagar.Apa yang saya lihat dari awal lagi tak ikut saluran perundangan.Tiada undi tidak percaya, rakus dan 2 dun yang bebas tu ada kes rasuah (senyap je sekarang).Dan tak hairan mereka nie dirasuah BN (BN terkenal dgn rasuah-terbaru ppp).Ketua menteri yang dirasuah pun boleh lagi jadi menteri tanpa disiasatSPRM.Jadi yang tak faham tentang perundangan adalah UMNO.Menghalalkan yang haram
contoh terbaru perlacuran kuasa polis dalam dewan dun yang sungguh memalukan dan memualkan. Dari awal saya ikuti kes dun perak nie sampai sekarang UMNO tidak ikut saluran perundangan dan UMNO kena akui mereka silap.TOLONG JANGAN TIPU RAKYAT SEBAB INI SEJARAH HITAM NEGARA yang amat teramat memalukan.DAN saya lihat UMNO terlalu menggunakan jentera kerajaan untuk berkuasa.KAMI pengundi yang akan mengundi PRU13
melihat ini adalah kesilapan terbesar UMNO yang akan menjerumus UMNO ke tong sampah.Fikir sebelum buat...RAKYAT MENILAI DALAM SENYAP.

USD said...

Salam,
Anon 9:37am - mohon maaf, gambar tu diambil drp 3rd party, so x pasti ia sebelum @ selepas. Kesilapan dikesali, namun gambar x songkok tetap betul, apa ertinya?
Anon 10;14am - sila hantar komen sekali ja utk idea yg sama. Tk diucapkan kerana mberi input yg baik. Org spt sdr. inilah yg akan mjadi target utk dpbetulkan kesilapan faktanya...Kami yakin jika fakta yg betul diberi, sdr akan dpt bfikir dgn matang!

Anonymous said...

Salam,
Anon 9:37am - mohon maaf, gambar tu diambil drp 3rd party, so x pasti ia sebelum @ selepas. Kesilapan dikesali, namun gambar x songkok tetap betul, apa ertinya?

Jadi, apalah ertinya bagi ustaz? Adakah perkara ini hanya berlaku pada kumpulan pakatan dan tidak pada BN. Apa yang cuba diperbesarkan, mereka bukan di dalam dewan, hanya depan hotel sebelum berangkat ke dewan.

Anonymous said...

Pandangan saya mengenai isu di Perak. Apa yang cuba dipertahankan oleh Adun serta penyokong pakatan rakyat adalah UNDANG-UNDANG serta PERLEMBAGAAN. Pakatan Rakyat sedia berhadapan dengan pilihanraya umum negeri dan terima sekiranya kalah. Yang penting, undang2 serta perlembagaan dijulang. Apa yang kita lihat hari ini sudah jadi cacamarba. Cuba lihat sukatan pelajaran undang2 serta perlembagaan ternyata terang2 dicabuli dan perkara ini menyebabkan pelajar menjadi keliru. Adakah Kuasa Mahkamah lebih tinggi dr kuasa speaker dalam dewan. Caba perhalusi rentetan peristiwa yang berlaku dari isu surat perletakan jawatan 3 adun hingga rampasan kuasa speaker, serta yang terkini pengistiharan MB yang sah adalah Nizar, apa status sidang yang lps (7 mei).

Sebab itu pakatan mahu bubarkan DUN dan adakan semula pemilihan, kalah atau menang, mereka akan terima dan yang penting, undang2 dan perlembagaan dijulang serta tidak menjadi kekeliruan pada pelajar.

Professor dari universiti kerajaan sendiri telah menyatakan bahawa rampasan kuasa tidak sah (tak ikut prosedur, bukan dari segi jumlah sokongan).

BELL said...

Datuk Seri Nizar sudah diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah di mahkamah..So, BN apa tunggu lagi, sebelum kecelaruan bertambah berpintal2, baguslah bubarkan DUN dan kita tengok siapa yang menjadi pilihan rakyat perak. Dah terlalu banyak rentetan peristiwa yang memualkan berlaku dalam politik perak..Apa dah jadi...kembalikan pada rakyat untuk memilih mana yang hak...


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.
Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin