Search This Blog

Thursday, May 21, 2009

DEPA KATA : CHIN PENG DAN BALIK KAMPUNG

Salam,

Berkaitan dengan tulisan sebelum ini, berkaitan hasrat Gerakan membawa balik Chin Peng balik ke Malaysia, berikut dinukilkan tulisan dari blog DEPA KATA. Rasanya tulisan ini sangat baik untuk dikongsi bersama terutama pimpinan Gerakan dan golongan yang simpati dengan Komunis. Selamat membaca...

Dalam posting sebelum ini, saya sekadar menyentuh mengenai saranan Gerakan dan S.M. Mohamed Idris supaya Chin Peng diberi peluang kembali ke tanah air serta reaksi yang diterima daripada pihak-pihak tertentu.

Saya mengelak daripada memberikan pendapat kerana mahu mengelak pandangan saya mempengaruhi komen sahabat-sahabat yang melayari blog ini.

Dan sekarang saya nak bagi pendapat sikit...

Daripada segi kemanusiaan, memang saya rasa dia patut dibagi peluang balik. Setidak-tidaknya sekejap. Sekadar untuk melepaskan rindu pada kampung halaman.

Tetapi ini bukan soal kemanusiaan individu. Ini soal prinsip dan soal politik yang menjangkaui banyak perkara.

Tiap perbuatan ada harganya dan tidak mendapat hak untuk balik mungkin merupakan harga yang paling sesuai untuk dibayar oleh lelaki yang seorang ini atas apa yang telah dilakukannya.

Silaplah kalau ada orang menganggap Chin Peng pejuang kemerdekaan. Orang itu barangkali harus lebih rajin menggali sejarah.

Kalau dia pejuang kemerdekaan, dia tidak akan terus berada di hutan bersama gerila-gerilanya selepas Tanah Melayu merdeka.

Banyak lagi pejuang-pejuang kiri yang tidak sealiran dengan pemerintah, tetapi mereka tetap menerima kemerdekaan dan tidak pula lari masuk ke hutan untuk mengangkat senjata. Susah senang, mereka berjuang di atas landas dan nilai yang bersesuaian dengan kehendak sejagat.

Chin Peng, setakat yang saya tahu sebenarnya lebih condong pada perjuangan untuk Tanah Besar China - untuk apa yang ada di sana.

Dia, yang diberi nama Ong Boon Hwa dan yang lahir di 36, Jalan Kampung Koh, Setiawan mula terdedah pada bahan-bahan bacaan berkaitan negara China sejak zaman remaja. Mulanya dia sangat tertarik pada Chiang Kai-Shek, tetapi selepas membaca On Protected War, taksubnya beralih pada Moa Zedong.

Memang benar, Chin Peng pernah menentang penjajah. Dia pernah menjadi orang penting MPAJA yang bekerjasama dengan British menentang Jepun. Dia pernah dianugerahkan Order of British Empire (OBE) kerana 'jasanya' itu - tetapi pingat tersebut kemudiannya ditarik balik.
Chin Peng juga pernah menentang British - tetapi untuk apa? Bukan untuk kepentingan rakyat di Tanah Melayu, seperti Boestamam, Burhanuddin Helmy, Pak Sako, Onn Jaafar dan ramai yang lain, tetapi untuk menegakkan panji-panji komunis yang berkiblat ke China.

Bayangkan kalau dia berjaya. Akan jadi apakah kita semua?

Chin Peng, yang menjulang namanya selepas diangkat menjadi Setiausaha Agung PKM bagi menggantikan Lai Teck yang melarikan dana parti, mempunyai banyak peluang untuk berjuang bersama pejuang-pejuang lain dengan jalan yang betul dan dengan matlamat yang betul. Tetapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian. Degilnya terbukti dalam rundingan di Baling yang berakhir dengan kegagalan. Dia menolak peluang itu, kembali ke hutan, dan sejak tempoh itu sehingga tarikh PKM meletakkan senjata, berapa banyakkah nyawa - anggota keselamatan dan orang awam - yang terkorban dan dikorbankan oleh perjuangannya? Berapa banyak harta benda musnah dan berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemerintah?

Bagaimana dengan tahun-tahun sebelum itu?
Berapa banyak nesan yang terpaksa dicacakkan?
Berapa banyak keranda yang terpaksa diusung?
Berapa banyak isteri yang menjadi balu?
Berapa banyak anak yang menjadi yatim?
Berapa banyak ibu bapa yang kehilangan anak?
Berapa banyak pula yang cedera dan cacat?

Dan bayangkanlah kalau komunisme tidak menemui hari-hari gelapnya pada separuh kedua 1980an. Bayangkan regim masih tegak dan garang. Mungkinkah orang-orang ini, atau kalangan yang bersimpati dengan mereka akan bercakap tentang kesilapan dan keinsafan?

Kepada mana-mana juga parti politik, kita berharap tengok-tengoklah ke kiri dan ke kanan sebelum menyarankan sesuatu dalam hal-hal begini. Jangan hanya kerana mahu mengambil hati sekumpulan kecil, anda menyinggung kumpulan-kumpulan lain yang lebih besar. Kalau pengaruh anda selama ini hilang, ia bukanlah kerana anda tidak memperjuangkan nasib orang ini tetapi kerana anda gagal memperjuangkan hak dan kepentingan ramai orang lain.

Kepada yang beria-ia hendak mengherokan lelaki seperti ini, sekali lagi, jenguk-jenguklah sejarah. Jika orang ini diangkat sebagai pejuang, agaknya gelaran apakah pula yang hendak diberi kepada perajurit-perajurit yang bergalang nyawa menentang perjuangannya dahulu?

Pengkhianatkah mereka?

8 comments:

Jeepers Creepers said...

saya setuju chin peng adalah komunis sejati tetapi harus diingat, bukan semua orang melayu komunis benar benar komunis. ada diantara mereka menjadi mangsa permainan british.

ikhwan said...

Biarkan Chin Peng balik..lepas tu kita ramai2 buat report polis atas segala kekejaman yang dia dgn PKM dah buat pada rakyat Malaya/Malaysia..biar dia abiskan nyawa dlm penjara..arwah ayah aku sampai mati ada parut tembakan PKM masa tugas sebagai polis era Darurat..benci dia pada PKM smpai
akhir hayat..

Ajin b. Gagah said...

UstazSAID,
Saperti biasa, saya beri salam dehulu kepada ustaz dan sahabat-sahabat pelawat blog ustaz.
Untuk informasi selanjutnya, saya pun pernah menyiarkan berita cadangan Gerakan agar Chin Peng di benarkan pulang kekampung halaman beliau.
Dalam blog saya itu, saya cuma lanjutkan beritakan yang lapurkan oleh pehak media.

Dalam pada itu, blog saya juga telah dilawati dan menerima satu komen dari Saudara Musli Oli (Blogger Sensasi).
Untuk itu, saya memohon izin untuk berkongsi pandangan dengan ustaz. Pandangan ini ada lah 'photo copy' maklum balas saya kepada komen blogger saudara Musli.

Pandangan tersebut ada lah saperti berikut;
“Saya setuju bahawa dalam usia yang begitu lanjut, Chin Peng bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.
Selalu nya manusia yang berusia begitu lanjut, lebih banyak menghabiskan sisa-sisa hidup nya bersama saki-baki sanak-saudara nya yang maseh ada di Perak. Khas nya di kampong Sitiawan.

Secara logik nya, dalam usia yang begitu lanjut dan mungkin juga sudah ujur, beliau tiada masa untuk meluangkan masa berpolitik dan berceramah kesana kesini. Semata-mata untuk menaikkan semangat kaum cina untuk bangkit menentang kerajaan yang dipolopori oleh pemimpin Melayu.

Soal dosa-dosa lama beliau terhadap Malaya, itu terpulang lah kepada beliau untuk menanggung nya sendiri seumor hidup beliau.
Sudah pasti ada masyarakat yang terlibat secara lansung, tidak akan memaafkan beliau kerana perbuatan jahat beliau sabelum ini,

Persoalan timbul, sama ada beliau akan menjadi pemangkin untuk membangkit semula semangat perkauman, terutama nya kaum cina?
Rasa nya dalam keadaan masa kini, orang-orang cina di Malaysia ini sudah terlalu matang dan bijak untuk memulakan sekali lagi kekalutan saperti yang pernah terjadi pada 13 mei 1969.
Mereka tahu, Chin Peng ada lah pelopor komunis, sedang kan kaum cina dalam dunia alaf baru ini, lebih condong kepada konsep ‘ True Malaysian’. Pejuangan bangsa melalui politik demokrasi. Bukan dengan menggunakan senjata saperti yang pernah dikendali oleh Chin Peng di suatu ketika.

Masa itu sudah berlalu…lagi pun Agensi Intelligence (cawangan khas) kita terlalu 'smart’ dan kuat dalam menangani hal-hal saperti itu dari berulang sekali lagi. Itu saya pasti.
Dari sudut positif, mungkin ada juga hikmah nya kalau lawatan Chin Peng ini di ambil sebagai satu 'element' pencabar realiti kepada 'One Malaysia'.

Anonymous said...

BUNGARAYA DONG!!!
Kita tolak dulu, Chin Peng sebagai seorang yang mengamalkan fahaman Komunis. Kita timbulkan persoalan bahawa beliau menggunakan masa mudanya yang berkualiti itu untuk menjahanamkan bangsa dan negaranya Malaysia. Kemudian setelah maksudnya tidak tercapai, beliau melarikan diri dan lari kenegara China. Apabila tak berguna lagi dan usiapun telah tua, beliau memohon untuk kembali kenegara ini semula. Elokkah namanya tu? Masa muda membinasakan negara kemudian lari keluar negaram kemudian setelah tua, apabila dah tak berguna, memohon semula balik kemari. Sama seperti kebanyakan warganegara kini, apabila muda mendapat pendidikan diMalaysia, apabila remaja lari keluar negara menabur bakti dinegara lain ( kerana kononya gaji besar ), dan tukar kewarganegaraan. Apabila dah tak guna, minta balik semula ke Malaysia. Lebih kurang lah tu. Tabiat manusia yang tidak memiliki semangat patriotik dan kebangsaan.

org kuale said...

Kenapa perlu membawa balik seorang petualang balik negara Malaysia. Tidak cukupkah apa yang telah dia lakukan terhadap orang melayu dulu. Memanglah Cina sekarang sudah matang tetapi, Chin Peng mereka anggap sebagai Wira mereka jika balik ke Malaysia, kerana orang Cina walaupun sudah lama tinggal Di Malaysia daripada kesetiaan mereka terhadap bangsa mereka akan bersatu. Bukan seperti orang Melayu, kalau boleh hendaklah jatuhkan bagsa sendiri.Fikirlah Chin Peng adalah penjenayah perang yg perlu dibicarakan di mahkamah Perang

matlan said...

asalamualaikum ustaz, bagi aku chin peng adalah penganas dan merupakan seorang pemimpin komunis, so siapa yang simpati dengan beliau adalah terdiri dari orang yang berjiwa pemaaf....ini aku tabik, tapi aku tidak layak untuk menilai itu, apa lagi untuk memaafkan nya, kerana tiada keturunan ku yang mati di bunuh oleh kekejaman komunis ini, tapi sebagai rakyat malaysia aku layak untuk menyanjung para prajurit yang terkorban ketika menentang komunis.....dan mengutuk para pembunuh mereka,.....kalau pun ISA...dikatakan lebih kejam dari komunis kerana menangkap orang jahat tampa di bicarakan, memisahkan isteri dari suami, anak dari ayahnya....tapi ISA hanya pisahkan mereka hanya sementara....tapi apa yang ching peng lakukan ialah membunuh orang baik tampa di bicarakan, memisahkan isteri dan suami, anak dan ayah untuk selamanya....adakah ini lebih mulia dari ISA, kebanyakan prajurit yang terkorban menentang komunis adalah askar melayu.......bagi saya siapa yang boleh mengampunkan kekejaman komunis, dia adalah tergolong di dalam golongan yang berhati pengampun, atau mereka juga adalah dari golongan kumpulan komunis, atau berfahaman komunis....di golongan manakah anda berada, sendiri mau pikir...........tapi bagi aku, dengan membiarkan ching peng hidup di dalam buangan sudah cukup baik, dan merupakan pengampunan yang kerajaan malaysia berikan kepada panganas yang layak mati di tali gantung .....allah hu alam.

USD said...

Salam utk semua pengunjung yg sudi meningggalkan komentar.
Spt sdr2 semua, saya jg setuju tiada keperluan utk usaha mbawa balik CP ni...apa motif Gerakan x dapt dipastikan...kalau pun utk kptgn parti, menang PRaya tp biarlah dgn cara x mguris org lain.
Matlan...cayalah ko punya idea memang brilliant! haha

me said...

Walaupun saya bersetuju tentang pendapat saudara terhadap Chin Peng, saya rasa peranan kerajaan bukan untuk menyimpan dendam.

cheers

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin