Search This Blog

Thursday, May 7, 2009

Drama Bakal Bermula...


Salam,


Hari ni 7hb Mei, apakah yang menarik hari ini? Tiada yang istimewa dengan tarikh ini. Cuma hari-hari biasa, seperti hari lain juga.


Cuma mungkin yang akan bakal menjadi tumpuan ramai hari ni tentulah persidangan DUN Perak. Apa yang menarik? Persidangan ini adalah yang pertama selepas kerajaan Perak bertukar tangan Februari lalu.


Semenjak Februari lalu, pelbagai aksi drama sudah dilakonkan oleh para 'pelakon' di negeri Perak. Ketika mahkamah masih belum membuat keputusan siapakah yang menjadi MB yang sah - fakta menunjukkan MB ialah DS Zambry, fakta yang cuba dinafikan sebilangan orang.


DUN pula kena bersidang sebelum 13 Mei kerana tarikh tersebut adalah hari terakhir yang jika sidang tidak diadakan akan menyebabkan DUN terbubar. Situasi yang mungkin tidak perlu ketika kerajaan sah sudah pun terbentuk.


Beberapa hari ini, pelbagai gossip sudah pun tersebar. Nampak gayanya, kita akan sekali lagi dipaksa 'menonton' aksi drama di Perak. Petanda awal aksi ini sudah pun kelihatan bila sudah ada seruan memakai baju hitam dan berhimpun, malah munajat perdana sudah pun dirancang rapi.


Apa yang pasti, drama yang bakal dipentaskan ini tentulah akan mengembalikan zaman kegemilangan studio Jalan Ampas. Menampilkan barisan Melayu sebagai taruhan menarik penonton, sedang krew bukan Melayu lebih selesa di balik tabir. Maka bertarunglah hero dan samseng Melayu dan Islam, sedang krew bertepuk tangan!


Agak-agak, siapa pengarahnya? Pasti bukan Director Ahmad Nisfu...


8 comments:

Anonymous said...

Director nya ialah .... bukan yang lubang hidung besar seperti ahmad nisfu tetapi yang lubang dubur besar kerana suka meliwat dan diliwat= BABI

Datu Sulaiman said...

yang pastinya anonymous 1:05 ini adalah seorang yang rendah moralnya, kurang ajar dan tergolong sebagai penyokong tegar partinya yang tidak akan memberi kebaikan kepada partinya. inilah jenis orang yang bermentaliti tong sampah..

Anonymous said...

Sekejap lagi DUN Perak akan dirasmikan Tuanku Sultan Perak. Berikut adalah ramalan yang dijangkakan berlaku di sidang Dun pagi ini:
1. Tuanku Sultan Perak akan membacakan titah ucapan perasmian yang disediakan oleh barisan penasihat baginda yang bijaksana seperti biasa. Adun pembangkang perlulah bersedia menerima titah ucapan yang akan menempelak 'penderhaka yang suka membuat kekacauan' di negeri ini.

2. MB Dr. Zambry akan membentangkan usul memecat Sivakumar dan digantikan Speaker yang baru.

3. Speaker Sivakumar akan menolak usul tersebut. Apa yang jelas, kuasa Speaker melebihi kuasa MB dan sesiapa sahaja yang berada di Dun. Sivakumar akan terus kekal menjadi Speaker sehinggalah pilihanraya yang akan datang. Sidang tamat.


4. Dun bersurai.

5. Demonstrasi tidak akan berlaku di Perak kerana kecekapan polis mengawal keadaan seperti mana kecekapan pihak polis membenteras Mat Rempit dan kejadian ragut yang semakin berkurangan akhir-akhir ini.

F.Aswan said...

speaker yang bertanggugjawab meluluskan usul. Takkan dia nak luluskan usul jatuhkan diri dia sendiri.peliklah kalau mcam tu.tapi takpa.kita tengok sajalah.

F.Aswan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Datu sulaiman saya sokong anda....
osman KL

matlan said...

asalamualaikum ustaz, aku sokong datu sulaiman, walaupun kita fanatik kepada parti kita, jangan lah kita hanya menjadi penyokong yang buta dan hanya nampak yang baik baik sahaja,......kita tak suka pemimpin kita di gelar atau di beri gelaran yang tidak baik , tapi kita sendiri mengelar pemimpin / ketua orang lain dengan gelaran yang tak baik..........kita tak suka orang buat tak baik dengan kita, tapi kita sendiri juga buat benda yang tak baik kepada orang..........kita hormat orang, orang hormat kita insya allah.....kita doakan keadaan di perak akan pulih seperti dulu.....allah hu alam.

Anonymous said...

ustazsaid.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading ustazsaid.blogspot.com every day.
bad credit cash loans
online payday loans canada

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin