Search This Blog

Friday, May 1, 2009

Krisis Identiti di RTM

Salam,

Statik tidak berubah tidak baik juga, tiada perkembangan. Terlalu banyak perubahan pun susah juga, buat pening kepala. Kalau perubahan itu membawa impak yang baik, bolehlah diterima. Bagaimana kalau perubahan itu tidak menambah kebaikan, malah membawa penurunan jumlah penonton?

Situasi inilah yang berlaku kepada TV RTM, saluran nasional, warta kerajaan. Dahulu dikenali RTM 1 dan RTM 2, kemudian diubah TV 1 dan TV 2. Belum pun fasih lidah menyebut, sudah pun berubah kembali kepada sebutan lama, RTM 1 dan RTM 2. Ini zaman DS Zainuddin Maidin.

Begitu juga, waktu siaran berita RTM. Selepas sekian lama berita perdana berbahasa kebangsaan diingati pada jam 8 malam, tiba-tiba diubah ke jam 9. Jam 8 berita tamil dan 8.30 malam pula berita mandarin. Ini zaman DS Ahmad Shabery Cheek.

Datang DS Rais Yatim, baru beberapa hari dilantik Menteri Penerangan, perubahan pertama dilakukan waktu siaran berita. Baguslah, berita perdana kembali ke jam 8 malam di RTM 1. Berita Tamil dan Mandarin pula di RTM 2.

Ingatkan inilah kemuncak segala perubahan, rupanya tidak!

Diumumkan waktu siaran berita Tamil dan Mandarin berubah lagi di RTM 2. Berita Inggeris jam 7, Tamil 7.30 dan Mandarin 8 malam. Ertinya, semasa berita perdana disiarkan jam 8 malam di RTM 1, ada berita Mandarin di RTM 2. Penonton RTM masih dipisahkan mengikut kaum.

Padanlah kalau ada segelintir rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan!

Peliknya, siaran Buletin Utama sejak dulu jam 8 dan Nightline jam 12.00, tetap mendapat rating tertinggi, walaupun hari ini sudah ada pelbagai saluran lain yang bersaing. RTM ?...masih lagi mencari identiti!

4 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Tuan,
Saya mendambakan perubahan yang lebih besar bukan sekadar perubahan waktu siaran. Kalau sekadar perubahan itu, tidak perlu menteri ambil tahu pun.

Saya mendambakan perubahan identiti dan idealisme. Maksud saya RTM perlu keluar dari kepompong suara Umno tetapi menjadi suara rakyat Malaysia.

Say menanti sentuhan Najib di RTM walau pun di situ ada Rais.

Mohd Sufian said...

Salam, Pada hemat saya:

1 - Isu masa penyiaran tidak penting dan tiada kaitannya dengan kefasihan seseorang itu terhadap Bahasa Kebangsaan.

2 - Semua sedia maklum, Buletin Utama TV3 telah sekian lama berjaya mengatasi ranting Berita Perdana. Kualiti penyiaran Buletin Utama jauh lebih menarik, namun ia tetap menjadi lidah kerajaan.

3 - Apa yang penting adalah keberkesanan media elektronik2 ini menyampaikan dasar-dasar utama kerajaan kepada rakyat.

4 - Situasi ini membuktikan Malaysia sebuah negara demokrasi yang menjaga hak kaum majoriti serta tidak mengabaikan mana2 kaum minoriti.

5 - Mutu penyiaran RTM perlu dipertingkatkan dan seiring dengan selera rakyat agar siarannya terus releven.

Datu sulaiman said...

setahu saya RTM sedikit masa dulu telah menjalani penjenamaan, juta-juta duit rakyat mengalir...apa hasilnya ? saya sudah hilang kepercayaan kepada RTM.. Orang kampung bilang 'buat perhabis beras saja'.

di takuk lama said...

Satu Malaysia. Biarlah bahasanya pun disatukan yakni bahasa kebangsaan negara. Bukannya dipisahkan dengan bahasa-bahasa suku kaum.

Patutlah masih ramai rakyat yang tidak fasih bahkan tidak tahu pun untuk berbahasa kebangsaan.Rupanya antara sebabnya berita di tv sendiri bersifat kaum dan bukannya kenegaraan (bahasa negara).

Nampaknya hanya 'kulit' bertukar, isinya tetap sama...lagu lama.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin