Search This Blog

Wednesday, May 6, 2009

Lembutnya Lidah Berkata-kata...


Salam,

Bertahun, mungkin berpuluh tahun, Umno menjadi mangsa menanggung beban tohmahan.

Kerajaan BN pimpinan Umno digelar kerajaan thagut kerana membiarkan 'kemungkaran' berlaku dalam negara. Umno ditohmah tidak bertindak dan menutup mata ke atas pelbagai perkara yang bertentangan dengan Islam.

Antara 'kesalahan' besar Umno ialah membiarkan kilang arak beroperasi di negara ini. Sekalipun sudah dijelaskan bahawa keperluan penduduk bukan Islam harus diambil kira, tetapi kerana penerangan itu datang dari Umno ia tidak pernah diendahkan.

Hakikat bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama dengan pelbagai keperluan dan kehendak tidak pernah dipedulikan. Apalagi kerana perkara tersebut dibiarkan, maka sewenang-wenang Umno ditohmah memimpin kerajaan taghut!

Bagaimana pula dengan pengakuan ini? Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli.

Nampaknya mungkin yang sesuai dengan pengakuan ini ialah peribahasa : Kokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi! Cakap memang mudah...Lidah memang tidak bertulang!

Dengan pengakuan ini, bolehkah kita katakan bahawa PAS juga bersekongkol dengan kerajaan thagut? Atau ada alasan lain untuk mewajarkan 'kemungkaran' ini!

Biasalah... atas nama PR, semuanya suci bersih.

13 comments:

dino_yp@yahoo.com said...

PAS parti penipu.

bungaraya said...

PAS sebenarnya hanya menggunakan islam sebagai senjata mereka dalam perjuangan politik, bukan sebaliknya menggunakan politik sebagai senjata dalam menegakkan perjuangan islam mereka. YANG DEMIKIAN BERSAMALAH KITA MENYINGKIRKAN PARTI PAS YANG LEBIH KUAH DARI SUDUNYA ITU.
Kita penuh sedar bahawa sejak sekian lama mereka memperjuangkan islam dan sukar hendak kita buktikan keikhlasannya kerana PAS selama itu adalah hanya parti pembangkang. Kalaupun memerintah, hanya di Kelantan sahaja. Namun setelah kini mereka ikut serta menjadi kerajaan di Lima negeri, semua tembelang dan kepalsuan jelaS KELIHATAN.
PAS PIS PUS adalah parti penipu dan benar kata sdr diatas ini. Janganlah hendaknya orang islam/melayu tertipu lagi. Kemajuan islam dan bangsa melayju di Malaysia ini adalah hasil kerja payah UMNO dan pemimpin melayu yang sedarhana yang berada didalam UMNO.

kifli said...

Pemimpin UMNO Zalim. Sial. Menentang Islam.

Doa saya sekeluarga:

Dengan nama ALLAH swt, di atas segala kebesaran, kemuliaan dan kekuasaan MU, hamba MU memohon kepada MU Ya ALLAH:

Ya ALLAH Ya Rabb, sembah mohon munajat kami, laknatilah para pemimpin dan pemerintah Malaysia hari ini yang telah kami sandarkan kuasa agar memelihara dan mentadbir negara kami mengikut ilmu dan ajaran MU, tetapi mereka ingkar dan mendurhakai perintah MU, Ya Rabb.

Ya ALLAH Ya Rabb, sembah mohon munajat kami, laknatilah para pemimpin umno yang dengan sombong, bongkak dan egonya memperdagangkan kesucian agama MU, tetapi tidak melaksanakannya malahan mereka mengkhianati dan menzalimi hamba-hamba MU yang berusaha dan beriktiar untuk menegakkan syiar kemuliaan agama MU yang maha suci lagi maha agong.

Ya ALLAH Ya Rabb, sembah mohon munajat kami, turunkanlah bala bencana kepada mereka yang diamanahkan mentadbir negara kami, Malaysia tetapi mereka menzalimi amanah tersebut. Mohon kami Ya Rabb, agar balasan MU itu nantinya akan menjadi pengajaran dan sebesar-besar ilmu keinsafan kepada generasi kami yang akan datang demi keagongan agama MU, Ya ALLAH. Ameen Ya Rabbala’lamin.

Justeru berita seperti di bawah membuatkan saya rasa hampa dan memunajatkan seperti di atas.

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada “pemerintahan adil, telus dan cara yang betul” pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Anonymous said...

ustaz said...

Tak sangka ye...ulama PAS semuanya sesat dari islam yang sebenar...siapa akan yang bawa dan bimbaing mereka kembali akidah Ustaz harun Din,ustaz hassan din,ustaz ismail kamus,ustaz ahmad awang dan lain yang dalam PAS semua dah jadi "taghut"...

jadi saya serah ustaz saidlah tolong tarbiah ustaz-ustaz pas yang dah sesat lagi menyesatkan ini...boleh ye..ustaz?

Anonymous said...

Najib adalah wali ALLAH tiada dosa......? suci sesucinya... sebab tak pernah di dakwa....

Atuk Banjar Masin said...

Jangan perkecilkan musuh anda, yang penting ketahui kekuatan musuh anda.

BN/UMNO sedang berada dalam keadaan parah. Kita terpaksa akui dan berusaha memulihkan BN/UMNO.

Ini bukan lagi masa untuk ber kata2 perkara yang tidak mendatangkan faedah terhadap pemulihan BN/UMNO.

PAS dan PKR akan tetap berada dalam posisi yang baik kerana mendapat sokongan DAP.

Kaum cina dan india pula sudah bersatu dalam DAP.

Apa yang patut kita lakukan sekarang ialah menyatu padu kan kaum melayu.

Mengutuk PAS/PKR sama mengutuk melayu. Jika kita terus kutuk mengutuk sesama bangsa sendiri akhirnya kita juga yang rugi.

amri makruf said...

semuga ustaz sentiasa dihidayah oleh Allah.

bagi saya PAS dan UMNO 2 X 5 saja. cuma yang beza sedikit, sejahat-jahat PAS adalah sebaik-baik UMNO. sama seperti sebaik-baik golongan jin adalah sejahat-jahat manusia.

PAS berjuang kerana ISLAM dan MELAYU.
UMNO berjuang kerana MELAYU dan ISLAM.

Ustaz taukan...sebab ustaz pun belajar agama. Lulusan Universiti.

Jiran tepi rumah saya, ustaz NZ dan ustaz D (mengumpat ka?) dua-dua UMNO. Ustaz NZ Pembantu Ustaz D sebagai Tim. Ketua Bhg, merankap JASA. di ajaknya seorang ustazah yang menyediakan persiapan dalam satu majlis mesyuarat menari dalam bilik karaoke disebuah restoran kelab UMNO (Lepas prog). Yang diajak menari tu Ustazah, bini cikgu. Kesian...baik ke ustaz?, kesian suami dia yang cerita pada saya..bini dia yang mengadu. Ini sama-sama UMNO ustaz.
Baikkah?
Dapat pahalakah?,
Halalkah?
Ada Rukhsahkah?

Sekadar nak tanya ustaz.

Anak Lenggong said...

Biasa laa tu...kalau tak tak keluar laa sokong PAS masuk shurga..mana punya fatwa tak tau laa..dulu boleh laa bercakap sebab cuma guma air liur jee..tapi bila dah berkuasa ..tertelan ludah sendiri....pada PAS Islam yang dijaja mereka hanya dikawasan melayu sahaja..tetapi bila masuk kawasan orang asing ..Islam tak timbul lagik..Islam pada PAS hanya untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja...

Jumayatara said...

Bila syaitan-syaitan bisu menulis...
bencana satu alam.


Minda Berkarat. Biarkan ia berkarat.

Norhasdi Hassan said...

Ya Allah, satukanlah umat Islam. Kekuatan kita pada agama kita. Negara perlu dipertahankan agar agama terus dapat dilaksanakan di negara ini dengan baiknya....

Ya Allah, inilah akhir zaman yang pernah diungkapkan dulu, penuh dengan fitnah sesama kita...

UMNO dan PAS, berfikirlah untuk orang-orang yang menyokong anda.... Perbetulkan mana yang salah.. jangan asyik cakap salah saja.. Dan yang ditegur, terima teguran dan perbetulkan kalau betul teguran itu.. kalau tak betul... teruskan kebaikan kita. Insya Allah aman dunia.....

Norhasdi Hassan said...

Jangan kerana parti politik satu yang cakap,maka anda tidak terima dan asyik salah sahaja. Dan, apabila parti pilihan anda yang bercakap, baru betul semuanya...

Manusia tidak akan puas kalau tidak berjumpa musuh...

Ustaz Said, atu tah yang panas hati kitani... bila kitani yang kurapak.. asyik nda ngam saja.... sama2 kita usai kulutan ani....

Datu Sulaiman said...

sebaik-baik muslem ialah yang mengerjakan seruan agama dan cuba meninggalkan apa yang ditegah (dosa).Asas kehidupan Islam sembahyang dan menutup aurat..yang wanita perlu menutup aurat kepada yang bukan muhrimnya..memakai tudung kepada bagi wanita dan tudung itu hendaklah menutupi dadanya, bukan tudung di kepada tapi dada telanjang, bukan juga selendang saja...apabila sudah menjaga sembahyang dan menutup aurat maka serahkanlah segalanya kepada Allah... menutup aurat mestilah kerana syariat bukan kerana fesyen..tiada alasan untuk tidak melakukan syariat Islam..Jadi, cerminlah diri kita masing-masing sebelum kita mengata sianu bin sianu itu kurang Islam, toghut dll.... Apa guna memakai songkok 10 inci, kalau perangai dan tingkahlaku tidak dapat membezakan sama ada kita Islam atau tidak..cermin-cermin. Tiada guna melaung-laung konon memperjuang agama Islam tapi tindakan dan sikap seolah-olah menentang seruan Islam..cermin-cerminlah diri kita....

matlan said...

asalamualaikum ustaz, beza antara orang islam dengan orang kafir ialah , orang islam mengerjakan solat dan orang kafir tidak.....kalau kita berjuang atas dasar suku dan kaum, nescaya kita akan lemah, sebab itu umno masuk ke sabah, kerana untuk menyatukan semua kaum yg beragama islam di bawah satu payung.........semoga suatu hari nanti tiada yang bangga kerana bangsanya, tapi bangga kerana ianya adalah seorang muslim......allah hu alam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin