Search This Blog

Wednesday, May 27, 2009

Mahkamah 'Dibeli'?


Salam,


Ramai orang kata mahkamah kita mudah diatur. Ramai percaya keputusan yang dibuat oleh mahkamah sudah ada skrip, terutama apabila keputusan tidak menyebelahi diri sendiri. Sebab itu, ramai juga yang yang hilang kepercayaan terhadap mahkamah.


Persepsi ini semakin ketara selepas Mahkamah Rayuan memutuskan DS Zambry MB Perak yang sah. Pelbagai tanggapan dilontarkan kepada mahkamah, bukan sahaja oleh rakyat biasa malahan oleh para pemimpin peringkat atas. Seolah-olahnya mahkamah kita langsung tidak boleh dipercayai!


Kata mereka sistem kehakiman sudah dinodai. Mahkamah sudah dibeli oleh pihak pemerintah. Keputusan sudah diatur untuk memenangkan Barisan Nasional. Di Penanti keputusan Mahkamah Rayuan dijadikan modal kempen. Malah di Perak, ada yang sanggup bermogok lapar dek kerana tidak puas hati.


Namun rupanya, dalam ramai percaya wajah buruk mahkamah, wujud juga seramai 80 orang yang percaya kepada mahkamah. Kumpulan ini menyerahkan kepada mahkamah menentukan status mereka, walaupun kerajaan sudah melepaskan jawatan mereka sebagai ketua kampung.


Kita percaya, jika benar mahkamah sudah diatur dan tidak boleh dipercayai, tidak mungkin kumpulan ini pergi mahkamah lagi. Ertinya, masih wujud di kalangan mereka yang percaya kepada kebebasan mahkamah.


Cuma nasihat kita kepada kumpulan ini, jika sudah menyerahkan kes kepada hakim, bersedialah menerima keputusannya. Jangan pula nanti, bersorak-sorai gembira jika menang tetapi mengutuk pula hakim jika kalah. Perbuatan begini amat buruk dan tidak boleh diterima di kalangan manusia bertamadun.


Serahkanlah kepada kebijaksanaan Yang Arif membuat keputusan. Jangan nanti ada pula ‘Ketua Kampung Mahkamah’!


16 comments:

Anonymous said...

Mahkamah Tinggi kata Nizar
Mahkamah Rayuan kata Zambry
Mahkamay Persekutuan ?

Jika keputusan Mahkamah tu consistent, mahkamah tak boleh dipersoal lagi.

Bila keputusan Mahkamah berlainan, timbullah persoalan.

Agaknya kesemua Hakim di Malaysia ni kena pergi kursus khas utk mentafsir Perlembagaan Negeri & Persekutuan.

Nani Cheras.

Anonymous said...

Antara sebab2 mahkamah di pertikaikan ialah, ketika Zambry membuat rayuan, masa meluluskannya hanya mengambil masa tak sampai 24 jam.
Tetapi apabila Nizar membuat rayuan, masa diambil 8 hari, saya sangat percaya, jika perkara ini terkena kepada UMNO pun, UMNO pasti tidak puas hati.
Yang puas hati hanyalah orang yang jenis tidak mempedulikan kebenaran.
Bagi puak ini, yang penting puak dia menang, keadilan campak tepi.

kifli said...

Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya ada beberapa kemuskilan berkaitan politik.Saya harap penjelasan dari ustaz.

1. Apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah?
2. Apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”?
3. Kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah?
4. Benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik?

Sekian,terima kasih.

kifli said...

Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya ada beberapa kemuskilan berkaitan politik.Saya harap penjelasan dari ustaz.

1. Apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah?
2. Apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”?
3. Kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah?
4. Benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik?

Sekian,terima kasih.

noi/moi said...

SIAPA JAHAT, KERAJAAN PR ATAU KERAJAAN MAHKAMAH BN?

Semasa Kerajaan PR mengambilalih Perak dari BN seorang Ketua Kampung pun tidak dipecatkan melainkan ada yang tamat perkhidmantan disebabkan kontrak mereka telah berakhir.



Namun selepas kerajaan BN merampas pemerintahan kerajaan negeri dari PR mereka bertindak memecat semua Ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat semasa pemerintahan PR.

SIAPA JAHAT KERAJAAN PR ATAU KERAJAAN BN??????


Blogger Misabah melaporkan bahawa Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan PR seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh.


Saman tersebut telah dikemukakan oleh En. Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.Semua Ketua Kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan PR pada 7.8.2008 sehingga 31.7.2010. Tetapi perkhidmatan mereka semua telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.



Dalam saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung, mereka menuntut :-
•perintah Certiorari bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka,
•menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung,
•menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah,
•menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung,
•menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata,
•menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.
Dato' Seri Hj Nizar, YB Ngeh Ko Ham, YB Zainuddin dan ADUN-ADUN PR serta pimpinan PR yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada Ketua-ketua Kampung.

Anonymous said...

Saya pun ada kemusykilan;

1. Apa hukumnya boleh bersubahat dengan syaitan untuk mendapatkan kuasa politik (Nik Ajis yang cakap)?
2. Apa hukumnya menyokong orang Islam menyokong orang kafir yang menayangkan anunya kepada suami orang?
3. Apa hukumnya berpuasa sunat (mogok lapar) untuk mendapat kuasa politik?

orgpadangrgs said...

Buat sdar Noi/moi
En Mohd Ridzuan tu satu kampung dengan saya di daerak Padang Rengas (kg x payah sebut). Selama dia dilantik menjadi ketua kg semasa pemerintahan PR, batang hidung dia pun tak nampak. Sama ada ada kematian ke,atau ada aktiviti korban ke, atau menjenguk orang sakit ke atau pergi ke surau untuk sembahnyang berjemaah batang hidung dia pun tak ade.Jadi x heran le sdra Ridzuan takut kehilangan kuasa.Kalau saman pun danh tentu kalah. Kpd semua ketua kg yg dilantik oleh PR, cubalah muhasabah diri, adakah deme penah menjalankan tugas mereka dn betul, asyik2 nak berebut dewan orang ramai,tadika Kemas pun deme nak rampas. Jadi baguslah sdra Ridzuan cuba mmbuka pekung didada,pegi la ikut perangai sdra Nizar. Bila tgk di kahbar atau telvisyen,cuma nampak org yg bukan beragama islam dibelakang beliau,iaitu sdar Ngeh,Ngoh dan Siva,mana gi org islam yg lain. Cuba suruh deme posa macam org islam,tak terbeliok biji mata mereka,deme posa x leh makan je, minum boleh. Jgn jadi bekas ketua kg naik turun mahkamah je

Datu Sulaiman said...

Apa pun ulasan anda pada topik ini maka saya ingin berpesan bahawa pada masa ini hanya PAS tempat orang Islam dan Melayu untuk bersandar. UMNO tidak lagi menjadi pilihan majoriti Melayu maka marilah beramai-ramai berhijrah kedalam PAS supaya suara Islam dan Melayu dalam pembangkang menjadi kuat, supaya nanti jika dizinkan Allah PR membentuk kerajaan pada PRU 13 nanti maka kedudukan politik Islam dan Melayu akan bertambah kukuh... Tidak ada gunalah lagi kita bersusah-susah untuk menguatkan UMNO kerana parti ini sudah ditolak oleh semakin ramai orang Melayu, maka sokonglah PAS sebagai wadah baru politik Islam dan Melayu di Malaysia. Allahuakhbar !!!

Unknown said...

tolong tgk link ini...
terima kasih...
selamat...

http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/Business/Business_Services/?PostID=243328

musuhtipu said...

Mamat mana pula bagi link jual anak ikan keli nii

orgkuale said...

To Datu Sulaiman mana dapat kata org melayu tolak UMNO.Kata PAS nak memerintah rasa susah kot sbb mana nak letak PKR dan DAP. Rasa-rasanye hanya tinggal mimpi je,tengok kat Perak nak mogok lapar pun kena ajak PKR dan DAP,tak nampak pun muka org melayu lain kecuali YB mahkamah je,nampaknya PAS pun kena main,muka Ngeh,Ngoh dan Siva je nampak. Macam nii la Datu Sulaiman apa kata Parti PAS dan UMNO bubar lepas tu buat parti baru untk org melayu dan islam. Pasti parti Pembangkang lain kecut perut.Masing-masing kata dia yang betul kalu berani mari kita bubar bina parti baru. Asyik nak begaduh je,tapi cakap x serupa bikin.Apa pendapat ustaz, sudah masanya orang melayu dan islam bergabung tubuh parti baru

Anonymous said...

yg jadi huru hara dgn keputusan mahkamah, sebab ada hakim pro pembangkang. hakim anti kerajaan. fakta dah cukup. kenapa buat keputusan tak betul?

fakta cukup. lmu hakim tak cukup. boleh rosak negara. bila kerajaan menang, tuduh hakim boleh beli.
bila hakim pro mereka, terguling sampai nak gila.

kena banyak bermuhasabah diri. tanya diri kenapa jadi macam tu. ingat asal-usul. ingat tuhan.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, aku rasa dato sulaiman bagi fakta yang aku tak boleh nak terima la, tak tau la rakan2 yang lain, setakat pengetahuan aku yang cetek ilmu ni, sokongan orang melayu terhadap umno tidak berkurang, kekalahan bn di beberapa tempat adalah kerana kurang sokongan orang india, cina dan orang kapir, tapi tidak kurang sokongan dari orang melayu umno, di perak 28 kerusi bn adalah dari kalangan kerusi2 umno, ni yang di menangkan oleh orng2 melayu..dato sulaiman kena buat analisis balik la fakta2 kekalahan tu....kerusi umno tak banyak yang kalah, dan kekalahan calon2 bn di mana2 bukan di sebabkan orang melayu , tapi di sebabkan rakan kita yang kita rasa rakan sejati tu tak mengundi calon bn.....allah hu alam.

kembara putih said...

Setuju dengan saudara Anonymous (May 27, 2009 11:52 AM).

Bukan itu saja, sampai ke hari ini 3 hakim mahkamah rayuan tu belum mengeluarkan analisa penghujahan mereka. Kenapa lambat sangat? Nampak sangat tak dapat bagi jawapan. Hakim Mahkamah tinggi Ipoh yg putuskan Nizar Mb yang sah hanya ambil masa 1 hari untuk keluarkan analisa penghujahan yang begitu tebal, diceritakan secara detail dan disebarkan kepada rakyat jelata.

Anonymous said...

ust said ni ust UMNO kan?

Gedung Akal said...

Tuan,
Mahkamah MEMANG diatur jika ada keputusan yang jika ikut law sebenar kan menrugikan BN khususanya di peringkat pemimpin.
Kalau keputusannya boleh menjatuhkan pemimpin pembangkang maksudnya pihak UMNO untung.
Kalau UMNO kalah tetapi tetapi UNTUNG maka ia tidak perlu diATUR.

Rumusannya mahkamah memang diatur agar untung UMNO.
Cuba kaji kes liwat Anwar..3 kali tukar tarikh ooo..apa cerita ni?

Kes VK Linggam tak daka apa berita pun?

Kenapa tak panggil Mahathir pi mahkamah dalam kes Anwar sedangkan Mahathir patut jadi saksi?

Kenapa tidak panggil pegawai Najib ke Mahkamah dalam kes Altantuya?

Kenapa begiru cepat mahkmah rayuan buat keputusan keada Zamri? sorang hakim pulak tu?

Cekapnya mahkamah mengatur?
drmmm..cakap banyak pun tk boleh nanti boleh didakwa hina mahkamha pula walaupun yang dihina adalah UMNO. Itulah dikatakan mahkamah diatur.
Apa cara pun sama

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin