Search This Blog

Tuesday, May 19, 2009

Menunggu Pemuda Mendekati Generasi Muda

Salam,

Ketua Pemuda Umno, Sdr. Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata Pemuda akan memperkenalkan program dan aktiviti baru yang lebih relevan kepada generasi baru untuk mendekati mereka. Sdr KJ juga berkata pendekatan lama dan konvensional sudah tidak relevan lagi.

Kita di peringkat bawah tentulah mengalu-alukan pendekatan baru yang dicadangkan ini dan berharap pendekatan baru ini bukanlah pendekatan syok sendiri. Pendekatan yang hanya berlegar-legar di kalangan pemuda Umno, sedang generasi muda yang belum berparti tidak terlibat sama. Cuma menjadi penonton sahaja!

Tentulah pendekatan itu nanti bukan sesi penerangan yang panjang berjela atau penerbitan bulletin yang mengandungi puji-pujian. Hanya menyampaikan maklumat yang muluk-muluk sahaja, tetapi langsung tidak relevan dengan dunia generasi muda. Pastilah zaman pemuda terjun di kutub utara tidak termasuk di dalam pendekatan baru ini!

Generasi baru lebih dekat dengan dunia ICT, maka sebab itu pendekatan pemuda juga harus lebih fokus menggunakan medium web, blog, FB, YM dan sebagainya. Soalnya, berapa ramai pula pimpinan pemuda yang ‘mampu’ menggunakan media baru ini? Apa yang nyata, banyak blog pemuda yang tidak diselenggera dengan baik, tidak dikemaskini dan hanya menjadi burung kakatua!

Tugas berat menanti pimpinan pemuda sama ada di peringkat Pusat, Negeri, Bahagian hatta Cawangan, untuk merealisasikan hasrat menarik minat generasi muda, yang berjumlah hampir separuh daripada penduduk negara. Hasrat ini pula pasti tidak akan kesampaian jika tiada komimen jitu dilaksanakan oleh pemuda, apalagi jika ia dibuat asal ada program sahaja.

Pemuda harus keluar daripada kepompong berbaju putih berseluar hitam mereka. Asyik berlegar-legar sesama sendiri, sedang ramai lagi generasi baru yang yang terbiar merempit, berpeleseran, melepak dan terlibat dengan kegiatan anti-sosial yang lain. Malanglah jika pimpinan pemuda gagal melihat reality yang berlaku di kalangan generasi baru.

Apapun, kita tunggu sama-sama bagaimana pendekatan baru ala-KJ ini, sebab pendekatan lama ala-Hisham seperti sudah anti-klimaks!

6 comments:

Z-MAY said...

salam ustaz,

buat aktiviti yg sesuai dg generasi baru memang baik. buat apa yg mereka suka dan kita boleh dekati mereka.

tp kalau kita nak suruh org lain suka apa yg kita buat, biarlah kita terlebih duhulu disukai org lain.

jadi cara penonjolan diri kita biar berpada2, bersesuaian, tidak timbul fitnah, tidak wujud adu domba.

jgn nak dekati 'org kecil' kita dekati dgn gaya 'hebat dan besar'.

moga pemuda berjaya. minda generasi baru perlu diubah dgn pemikiran yg logik, adil dan saksama.

orgkuale said...

Terima kasih di atas tajuk forum yg menarik dari Ustaz Said.Sebenarnya zaman sekarang telah banyak berubah. Kalau kita lihat pemimpin pemuda UMNO skrg masih lagi tidak faham dan peka dgn keinginan anak muda skrg. setakat mengadakan perjumpaan di antara pemimpin baju putih dan seluar hitam saja tidak cukup. Bagi pandangan saya, mereka patut turun dari akar umbi untuk menarik mereka menyertai Pemuda UMNO.Kepesatan ICT memang banyak membantu kita menghadapi dunia tanpa sempadan dan kita jgn ketinggalan,sebagai contoh isu politik Perak,penggunaan ICT oleh pihak membangkang dalam laman Youtube banyak membantu mereka.Begitu juga blog dan pelbagai laman forum yang dibina. Sampai hari ini pihak Pemuda UMNO terlambat utk membidas tuduhan-tuduhan yg dilakukan oleh pihak pembangkang. Di mana dia, para pemuda UMNO yang mahir dlm ICT. Di pihak pembangkang,terdapat ramai pakar ICT yang secara sukarela tanpa bayaran membina blog-blog dan forum utk parti mereka. Hal ini berlaku sebaliknya dikalangan pihak UMNO, memikir upah saja baru hendak melakukan sesuatu. Selain itu, berapa keratkah pemimpin Pemuda UMNO yang sanggup turun ke kampung-kampung dan surau. Pemuda UMNO kena bertindak lebih agresif dan lebih cepat kerana dari segi teknolgi ICT pemuda masih jauh ketinggalan.Di harapkan semua kepimpinan Pemuda dan Ketua Pemuda UMNO KJ dapat bertindak cepat dan memberikan peluang kepada orang-orang baru yang lebih efisien menyertai Pemuda,jangan sekadar melepaskan batuk ditangga.

pakcik said...

sejak ambil alih kerusi ketua pemuda..aku x tau apa yg en khairy telah buat, sedang buat dan apa yg akan dibuat utk generasi pemuda..

hanya cakap kosong sahaja.

sila siarkan apa rancangan beliau yang sebenarnya...ramai orang muda tengah tunggu..

orang muda zaman ini tidak sama dengan pemuda zaman dahulu..

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya setuju sangat lah kalau KJ buat pendekatan baru bagi menarik penyertaan dan penglibatan para golongan muda, semoga segala perancangan beliau mendapat hidayah dari allah...amin,....untuk pakcik....ah nanti aku sound si KJ suruh hantar laporan bulanan aktiviti dia kat pakcik......allah hu alam

jebbat said...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu

Anonymous said...

saya anak orang umno,tapi bila dengan nama kj terus rasa nak muntah

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin