Search This Blog

Monday, May 25, 2009

Musuh Dalam Selimut PAS


Salam,


Datuk Dr. Harun Din di Seminar Kepimpinan Ulama, mengingatkan PAS supaya berwaspada dengan ‘musuh dalam selimut’. Katanya, "(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam”.


Sebagai pemimpin politik dalam parti PAS, ingatan Harun Din ini wajar dan kena pada tempatnya. PAS sebagai sebuah parti politik wajar berjaga-jaga dengan kehadiran ‘musang berbulu ayam’ yang boleh menggugat survival PAS di persada politik negara.


Cuma sayugia diingatkan bahawa anasir perosak yang wujud, jika ada dalam PAS bukan ditaja Umno atau negara asing. Malahan, ibarat pokok yang berbuah ranum, PAS sebenarnya berdepan dengan pelbagai jenis parasit dan dedalu yang lain.


Tanpa dapat dinafikan, gunting dalam lipatan PAS yang sebenarnya tentulah ahli PAS yang melakukan kerja-kerja bodoh. Golongan ini memberikan gambaran yang salah dan silap dalam melihat musuh sebenar. Bagaimana agaknya pemikiran ‘bodoh’ mereka melihat saudara seagama berlainan wadah, tetapi dilihat musuh?


Ditambah lagi dengan kehadiran ahli PAS yang berbaju PAS tetapi berfikiran PKR atau DAP. Satu perjuangan, satu pakatan tetapi biarlah berpada-pada. Takkan semua pandangan PKR atau DAP benar belaka? Kumpulan ini secara terang mengakui kepimpinan PAS tetapi secara diam berkiblatkan pemimpin lain.


Sebenarnya mereka inilah yang perlu diawasi oleh Harun Din, mereka ini duduk di dalam PAS dan akan cuba menguasai PAS. Ketika ini pun kelihatan kumpulan ini sedang mendahului dalam gerak langkah mencatur PAS, hingga DS Hj Hadi yang menyambut pelawaan berbincang untuk Kerajaan Perpaduan pun terpaksa beralah!


Kalau bukan Umno dan negara asing, agak-agak siapalah menaja kumpulan ini? Rasanya, ramai yang tahu…


5 comments:

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Saya melihat apa yang berlaku dalam PAS seperti mana yang diperkatakan oleh Harun Din ini sebenarnya adalah perkara lumrah.Apabila kita membuka pintu kepada mana-mana orang untuk masuk parti kita,dari sudut sudut ianya akan meramaikan ahli kita tetapi dalam satu aspek yang lain kita juga turut membuka peluang kepada musuh-musuh untuk merosakkan parti dari dalam.. Oleh itu kepimpinan PAS dan pendokong asal parti ini perlulah ada kebijaksanaan untuk melihat segala perkembangan dalam parti..Saya barangkali ada idea tentang orang yang ustaz maksudkan tetapi pada masa yang sama saya tidak fikir para pemimpin dan ahli tulen PAS mudah diperkudakan...Strategi menawan dari dalam memang satu cara untuk melumpuhkan 'musuh' tetapi saya tidak nampak cara begini boleh berjaya..Ada satu dua contoh yang kita perhatikan berlaku amalan seumpama ini tetapi kesemuanya tewas...mudah-mudahan PAS selamat dan terus diterajui oleh golongan yang benar-benar mahu menyelamatkan daulah dan martabat Islam.. Ketika ini hambatan sekularisme melanda dengan begitu deras dan saya percaya hanya PAS yang mampu menewaskan gelombang itu.. Hanya PAS yang benar-benar mampu mengekalkan Islam pada bentuk dan amalannya, oleh itu rugilah umat Islam di Malaysia jika perjuangan PAS runtuh dan dinodai oleh ejen-ejen 'kejahilan'.

orgkuale said...

Sememangnya kepimpinan PAS mengalami tranformasi kepimpinan. PAS sekarang boleh dikategorikan dua golongan iaitu satu golongan Ulama dan satu lagi golongan profesional.Nampaknya sejak akhir-akhir ini telah berlaku sedikit persaingan merebut jawatan tertinggi kepimpinan PAS.Dan nampaknya bekas ahli UMNO cuba masuk ke dalam kepimpinan PAS.Mungkin ini adalah strategi atau pun satu permulaan tranformasi dikalangan ahli UMNO.Tetapi kepimpinan PAS perlu berjaga-jaga mungkin golongan ini yang dimaksudkan oleh Harun Din. Kesetiaan dan hubungan dengan PKR sedikit meragukan kerana seperti ada agenda tersendiri yang kita tidak nampak di mata kasar.Sepatutnya UMNO perlu mengambil contoh kepimpinan PAS yang menggunakan peluang menggunakan pemimpin yang lebih bersih,efisien dan mesra rakyat, di mana rakyat diutamakan. Tetapi dalam UMNO sendiri banyak musang berbulu ayam. Hal ini perlu disedari oleh kepimpinan UMNO.Kenapa golongan Ulama dan golongan intelek dan profesional tidak ditonjolkan dalam pemilihan UMNO.Golongan muda tidak ada peluang untuk menonjolkan diri kerana UMNO mementingkan senioriti .Jika UMNO ingin kembali seperti dulu buang golongan musang yang berbulu ayam ini, mementingkan diri sendiri aripada kepentingan rakyat

ONE said...

salam,

biasa la ustaz bila banyak buat dosa mestilah takut dengan bayang2 sendiri..

Anonymous said...

KEMPEN SELAMATKAN PAS!!!

di:

www.bentengnegara.blogspot.com

nooryus said...

Apa kata ahli2 PAS masuk UMNO beramai2? Lepas tu, lantiklah orang2 tertentu untuk memimpin.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin