Search This Blog

Tuesday, May 12, 2009

Rupanya Mahkamah Kita...

Salam,


Selama ini kita dimomokkan dengan tohmahan yang dilemparkan oleh segelintir rakyat bahawa mahkamah kita tidak boleh dipercayai. Malah, wujud persepsi mahkamah kita adalah perkakas BN.


Komen seorang pengunjung ini mungkin di antara segelintir rakyat itu:

Anonymous said: Salam,

Kalau dah mencuri tetap salah. Usah digusar keputusan pada hari Isnin, ia tetap berpihak pada BN, mahkamah dan seluruh jentera kerajaan milik BN!

tAHNIAH BUAT PENCURI

May 10, 2009 6:49 PM

Secara peribadi, saya sendiri pernah berbual dan mendengar kenyataan seorang daripada rakyat Malaysia, yang jelas tidak percaya dengan mahkamah. Apalagi dalam soal politik, hakim ditohmah 'takut' membuat keputusan yang tidak memihak kepada BN.


Khusus untuk kes Perak, seorang rakyat hairan bagaimana mahkamah lebih cepat membuat keputusan apabila ia menyebelahi BN. Lantaran itu, kesimpulan dibuat mahkamah memang tidak menyebelahi pembangkang.


Hari ini, mahkamah membuktikan dengan jelas, terang dan berani - mahkamah memang satu badan bebas. Tidak takut membuat keputusan, tanpa mengira ia memihak sesiapa. Ya, mahkamah sudah 'berdiri' menunjukkan kebebasannya, mengiktiraf Nizar MB Perak yang sah!


Mahkamah sudah memberikan jawapan terhadap persoalan siapa MB yang sah, persoalan yang menjadi polemik berpanjangan selama ini. Cuma mungkin satu sahaja soalan yang belum terjawab oleh keputusan mahkamah hari ini.


Adakah mulut segelintir rakyat Malaysia yang memandang serong keputusan mahkamah selama ini mampu ditutup esok?


14 comments:

Anonymous said...

Every and any form of authority will be attacked incessantly until they are brought down or discredited.

That is part of PR's strategy.

That is why Nizar winning might not be good for them.
How to condemn the courts now!!!

Abu said...

TIADA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA..MUNGKIN MAHKAMAH SENGAJA MEMENANGI NIZAR UTK MENUTUP MULUT RAKYAT YANG TIDAK PERCAYA PADA SISTEM KEHAKIMAN.. BNDA2 MCM NIE SLALU BERLAKU DLM FILEM...

Tok Pawi said...

Abu....

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA

Kamal said...

BUBARKAN SAJA....ATAU BUBURKAN SAJA...!!

Anonymous said...

NEGERI PERAK PUNYA UNDANG-UNDANG. PATUHLAH PADA UNDANG-UNDANG TERSEBUT. 31 ATAU 28 TERTAKLUK PADA UNDANG-UNDANG TERSEBUT. TERIMALAH HAKIKAT DAN KEBENARAN.

Datu Sulaiman said...

anonymous 6:30 ,anda sebenarnya tidak faham isu. masalah bukan kerana siapa majoriti dan siapa minoriti. isu utama ialah cara untuk menurunkan Nizar, mahkamah telah memutuskan bahawa cara yng betul untuk memberhentikan Nizar ialah melalui undi tidak percaya di DUN..Oleh itu jika anonymous tidak faham atau pura-pura lupa, lebih baik anda tidak payah bubuh komen..

Anonymous said...

Salam ustaz said...

Ustaz jangan risau najib sedang cari hakim rayuan dan hakim persekutuan yang memihak kepada kita...ini hanya sementara saja...releks

Ajin b. Gagah said...

UstazSAID,
Salam,
Dalam kontek ini, izinkan saya untuk kongsi bersama beberapa sudutan yang saya kaji dan ada hubungankait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yangmana telah membolehkan beliau di lantik semula sebagai Menteri Besar.

PASAL 16(6):
i) Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN; MB hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco.

ii) Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan Sultan.

iii) Atau Ahli-Ahli Dewan Undangan membuat undian tidak percaya kepada MB yang telah kehilangan kepercayaan majoriti .

Impak satelah Mahkamah memutuskan untuk melantik semula Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri besar;

i)Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Diganti oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.

ii)Datuk Seri Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Berita terkini;
9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula berada di Istana Iskandariah Kuala Kangsar untuk mengadap DYMM Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Dr. Nazrin Syah, memohon sembah untuk membubarkan DUN Perak.

So, kita kena tunggu lah keputusan nya ustaz

Anonymous said...

Anon 9:39 AM

Aik...mahkamah sudah bagi jawatan MB pun masih belum puas hati...mau jawatan PM...ha tunggulah PRU 13...

Badigol punya penyokong...tu la dulu cakap mahkamah berat sebelah...ha sekarang kahak tu terkena muka sendiri...haha

Datu S said...

anony 9.39...bengong sendiri nampaknya.orang sedang fikir penyelesaian dia masih dengan begongnya..

PAKCIK said...

manusia ni susah bila rasa dia tu bijak pada orang lain. padahal ada lagi orang lebih bijak dari dia.

bila dah rasa bijak, semua yang orang lain buat semuanya tidak kena. salah saja.

padahal dia tu, bila sembunyi..kepala saja tak nampak, tetapi punggung terdedah untuk tatapan umum.

bagi kes di perak, senang sahaja. rakyat perak bangkit dan hentak kepala kedua-dua pihak. mereka ni macam dua orang budak yang belum bersunat dan berebut untuk solat dibelakang tok iman di depan saf hadapan.

walhal solat kedua-dua mereka tu tak sah kerana masing-masing membawa najis.

Anonymous said...

Tahniah UBN, tahniah Najib, tahniah zamri kerana berjaya melanjutkan lagi masalah politik di perak. Anda semua hebat dalam permainan kuasa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ternyata slogan Rakyat didahulukan adalah retorik semata-mata. Akur keputusan Mahkamah hanya kosmetik untuk rancangan seterusnya. Rakyat Malaysia yang bodoh akan terus bodoh, manakala yang ingin berubah akan terus lakukan perubahan. Buka mata seluas2nya, siapa yang gila kuasa dan siapa yang dahulukan rakyat. Mana najib yang mahu berkrompomi dangan pakatan rakyat menangani isu di perak. Cabaran anda telah bersahut, tapi apakah tindakan anda. Salahkah Nizar dan Zamri berbincang dan sama-sama berjumpa Sultan untuk bubarkan DUN. Masing2 berikrar depan Sultan bahawa apa jua kptsn rakyat mereka terima. Barulah orang boleh respek. Nampaknya TIADA KEIKHLASAN dalam diri UBN untuk menangani ISU di Perak, sebaliknya cuba dengan apa jua cara untuk terus BERKUASA. UMNO tetap UMNO, DULU, KINI dan SELAMANYA RAKUS.

orangkuale said...

To Pakcik jgn emosi sangat ingat mike tu baik sangat ke, tu kira ngate org deme x bersunat la bawa najis la tu kira dosa, minta2 Pakcik kt padang Arafah nanti kena sunat dan makan najis sendiri,sebab fitnah org. Saya mewakil rakyat Perak berdoa Sultan Perak dpt membubarkan DUN Perak kerana cara ini saja dpt menyelesaikan kemelut politik Perak. Orang bukan Perak sesedap hati nk kutuk negeri teman,jaga negeri masing2,orang luar jgn kacau keme

Unknown said...

huhuhu...
buat yang tergigit lidah,
terasa pedas,
terasa hati...


"mujur kene hati,
kene mate bute,
lantokle...."

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin