Search This Blog

Friday, May 22, 2009

Siapa MB Sah ? Petang Ini!

Salam,

Tinggal beberapa jam lagi, yakni pada jam 3.30 petang, mahkamah akan memutuskan MB Perak yang sebenar di antara DS Zambry atau DS Nizar. Kedua-duanya sudah pun diperkenan oleh YTM Sultan Perak dan sudah pun mengangkat sumpah jawatan.


Seperti yang diketahui umum, di peringkat awal, selepas 'kes' ini dibawa ke mahkamah, keputusannya menyebelahi Nizar. Hanya beberapa jam selepas itu, mahkamah rayuan memutuskan untuk menangguhkan keputusan mahkamah terdahulu, maka kekallah Zambry hingga saat ini sebagai MB.


Zambry digelar MB haram, mahkamah yang awalnya bersifat mulia tiba-tiba menjadi bahan kutukan. Petang ini mahkamah akan sekali lagi berdepan dengan cabaran yang bukan kepalang. Mahkamah bakal berdepan pujian tinggi melangit atau cacian kata nista yang penuh prasangka, selepas petang ini. Agaknya, hakim berkenaan tidak tidur semalaman!


Wujud tanggapan bahawa kes ini tidak wajar diselesaikan oleh mahkamah. Kata mereka,biarlah rakyat menentukan pilihan mereka melalui pembubaran DUN. Ironinya, golongan yang percaya rakyat wajar menjadi hakim inilah yang membawa kes ini ke mahkamah.


Soal pembubaran DUN, seperti yang termaktub adalah kuasa YTM Sultan Perak. Baginda boleh dan tidak boleh bersetuju untuk pilihanraya semula. Cuma ini sahajakah pilihan yang ada? Bukankah wujud pilihan usul undi percaya di DUN sebagai penyelesaian?


Malangnya, perkembangan dan situasi semasa menunjukkan rakyat yang menjadi mangsa, tersepit angkara perebutan kuasa oleh para ahli politik. Dek kerana kuasa, rakyat dijadikan alasan untuk menjadi hakim menentukan sedangkan sebenarnya yang hendak berpilihanraya bukan rakyat, tetapi wakil rakyat.


Apa pun keputusan yang bakal diumumkan petang ini wajar diterima dan dihormati oleh semua pihak. Terlanjur kes ini diserahkan di tangan Yang Arif, hendaknya kita redha dengan keputusannya. Janganlah hendaknya kita menyukai mahkamah bila keputusannya menyukakan kita, sedangkan kita pun tahu bukan semua keputusan dalam kehidupan ini menggembirakan.


Penting sekali...jangan ada pula yang menggelupur di jalanraya bagai dirasuk histeria, bila keputusan tidak memihak kepada kita ! Bolehkan....


12 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz Said...

InsyALLAH kita berserah pada ALLAH.

Namun saya yakin MB Perak yang sah adalah YB Dato Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin...

Amin....sama-samalah kita berdoa kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Ustaz Hashim..

USD said...

Salam Ustaz Hashim ( Nama sebenar ke ni ? )
Ya kita serahkan kpd Allah dan kebijaksanaan hakim. Cuma jgn selepas mahkamah putuskan sebalik bukan spt yg kita mahukan nanti, lain pulak bunyinya...lupa penyerahan awal ni!

orgkuale said...

Sebenarnya siapa MB Perak tidak menjadi persoalan kerana,siapa yg diputuskan jadi MB oleh mahkamah tidak akan selesai sampai bila,macam drama kejap rayu sini,kejap rayu sana. Jadi, Sultan yang punya kuasa membubarkan DUN Perak. Selagi x bubar selagi tu Pembangkang asyik bising macam orang meroyan dan tergedik-gedik.Tapi gerak hati teman mungkin MB Perak adalah.....Kita tgk siapa yg kena. Teman dh rungsing bebeno dah x terlior beno nengok deme buat tenging je.Apapun tunggu jam 3 ptg nii atau hakim buat-buat sakit pula tangguh keputusan maka idak selesai juga

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Tahniahlah kerana Zamry kekal MB setelah mahkamah rayuan memberi kemenangan kepadanya. Kepada Nizar,akur sajalah. Tidak apa, kita sajalah BN dan Zamry untuk mememrintah 3.5 tahun lagi sebelum PRU 13 nanti.

Pada PRU 13 nanti barulah PR tamatkan kerajaan BN, kalau boleh biarlah 59-0. Bukan itu saja mudah-mudahan, kerajaan pusat BN pun kita pencenkan dalam PRU 13 nanti. Biar PR mengorak langkah untuk memenangi hati rakyat agar pada PRU 13 nanti PR akan memerintah Malaysia dan Nizar boleh jadi PM. Tak apalah biarkan mereka gembira dulu...

orgkualetulin said...

Minta-mintalah Datu Sulaiman pada masa tu dah nyayuk dan dihantar ke hospital bahagia tanjung Rambutan atau Hospital Bukit Padang.X Sempat nak tgk kemenangan BN sbb Datu Sulaiman dh pencen jaga cucu je la. BN akan kembali gemilang dibawah pemerintahan PM Najib n Muhyiddin.Hidup BN hidup Zambry,Hidup Yob,Yob Dpt Kejo,Ipoh mali tarak sombong.Kalau Datu Sulaiman berani moh datang ke Kuale,boleh teman nyambal mulut mike ngan cabai. Yg penting Nizar tu dh loyo nk sgt kuasa,hanya org Perak je kenal siape Nizar nii,dia dah termakan budi ngan org Cina,tgk muka dia pun macam Cina ada keturunan Cina,tapi sblm jadi menteri Besar siapa dia hanya keme je tau,smua anak-anak nye dpt biasiswa kerajaan negeri Perak.kalau tidak kerana dia teman baik Raja NAzrin dh lama dia kena sental. Tapi melayu selalu lupa,tapi klau org Cina minta tlg duit jgn lupa.

Datu Sulaiman said...

orgkuale,
tenang kau..kita tengok nanti siapa yang nyanyuk dulu. bukankah kamu sendiri telah nampak BN tak berani pun bertanding di Penanti,bagilah apa saja alasan, semua orang tahu..

BN kembali gemilang dibawah PM Najib ? Apa beza Najib dengan Pak Lah ? Sama saja. Tengok trend sekarang besar kemungkinan inilah panggal terakhir keranjaan BN, lepas PRU 13 nanti insyaallah PR akan berkuasa dan jangan surprise kalau Nizar adalah PM.. Hidup Nizar !!!

Dimana kuale ni? Bagi tahu tempat dia, nanti saya datang, boleh kita berbahas, insyaallah PRU 13 saya akan datang membantu kempen PR di Perak.Kalau orgkuale nak. cabai,fikir dulu kerana org Sabah ni tak gentar dengan cabai, makanan biasa bah itu..

Selamat berjuang untuk Nizar, bakal pemimpin unggul Malaysia...orgkuale,kita tunggu PRU 13, MB Zamry kamu akan pencen muda...

orgkuale said...

Datu Sulaiman yg mengaku datuk,jaga negeri mike dulu,rampas kerajaan BN dulu kt Sabah,Jgn jadi macam peristiwa Kerajaan Berjaya jatuh ditangan PBS,bila dah kalah baru nak panggil org malaya tubuh UMNO,panggil x ingat ke dulu org Kristian memerintah negeri Sabah,Datuk Pairin dah banyak memalukan org Islam di Sabah,Tgk cermin dulu la Latuk Lulaiman,fikir matang skit, nanti baru spai KL sesat larat x sampai Kuale, Satakat Penanti tu perkara kecil,skrg lawanlah dgn bebas,Sbb UMN sudah ada strategi biarlah Luncai terojon gn labunya,biarlah Pakatan Rakyat terjun masuk laut ikut jambatan Penang.Latuk Lulaiman moh kita berbahas stkt Latok takde gigi nyanyuk,no pblm punya, yg penting negeri Teman Datuk Zambry akhirnya berkuasa mutlak.X payah bawa kes ke mahkamah tinggi sbb deme pasti tewas.Hidup UMNO..Hidup Zambry

Datu Sulaiman said...

Tiada akal punya orgkuale..dulu ya org Sabah panggil UMNO tapi Sabah sudah membalas jasa itu, kalau tidak Sabah, kerajaan BN di Malaysia sudah bungkus dan tinggal sejarah..awak faham, dah bungkus..tak apalah, bagilah Dr.Zamry kamu itu jadi MB utuk 3.5 tahun saja lagi, lepas PRU 13 nanti pencenlah, insyaallah.

memalukan orgkuale ni kerana bersikap perkauman..macam pintar tapi akai tak ada..50 tahun merdeka tapi masih perkuaman.ha ha ha..

sokongorgkuale said...

Datu Sulaiaman x der pelior, org nyayuk mcm Datu Sulaiman patut kena unat mcm DAP baru tau,ooo Latu Lulaiman takut kena sunat laaa. Latuk Lulaiman sdh lalok,sape yg mulakan perkauman latuk Lulaiman,Baru tahu UMNO yg menyelamatkan Sabah DRp pemerintahan PBS sedor diri pun Latok Lulaiman.Kalau x derTun Ghafar Baba membawa UMNO ke Sabah mungkin Sabah masih mundur dan berlakunya kristinisasi di Sabah.Tahulah membalas budi,klau Latuk Lulaiman berani mai dtg Kuale,pantang anak melayu derhaka kpd Sultan,Sabah mana ada Sultan yg ada Sultan Sulu, Sultan Brunei, satu lagi Sultan Latuk Lulaiman.Saya sokong kata org Kuale

Datu Sulaiman said...

ustaz said,
dahsyat juga kawan kita yang seorang ni sampai tergamak memaki lagi tu...bolehkah komen macam ni masuk gelanggang..nama konon 'sokongorgkuale' tapi aku rasa dialah juga ni 'orgkuale',menyamar dan berpura-pura.. Kalau beginilah sikap 'orgkuale' alamat kalau tumbanglah UMNO/BN pada PRU 13 nanti maka akan masuk bukit padang lah jawabnya. Tak apa nanti saya 'booking'kan satu tempat untuk orgkuale di bukit padang.. Tenang kau orgkuale, kalau dah tiada hujah,diam sajalah...'

Sabahanboy said...

Datu Sulaiman sudah tiada idea,nampaknya Datu Sulaiaman sudah terikut-ikut dgn emosi.Selama ini Datu Sulaiman mempunyai idea yg bernas,tapi nampaknya Datu Sulaiman sama mcm pihak pmbangkang yg lain.Mana pegi kekuatan Datu Sulaiman,Nampaknya Datu Sulaiman sudah terkena tempias orgkuale,Harap Datu Sulaiman hentikan provokasi,Biar mereka ngutuk tapi kita dapat pahala.

Datu Sulaiman said...

terima kasih sabahanboy..sebenarnya saya sengaja nak bermain-main dengan orgkuale ni..dia buat-buat melalut,jadi saya hanya mau mengacah-acah dia, mau test inteletual dia sampai mana..orgkuale,jangan marah, tenang !!!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin