Search This Blog

Monday, May 18, 2009

Umno Terlepas Peluang Di Penanti!

Salam,


Seperti yang diumumkan, BN tidak akan meletakkan calon bertanding di PRK DUN Penanti. Mungkin ini satu lakaran sejarah baru kerana BN tidak pernah ketinggalan menyertai mana-mana pilihanraya. Kecuali atas sebab teknikal, BN dan Umno sentiasa bersedia berdepan risiko menang atau kalah dalam pilihanraya.


Dengan tidak bertanding di Penanti, BN khususnya Umno melepaskan peluang menguji sejauh mana sokongan orang Melayu kepada Umno selepas perubahan pucuk pimpinan negara dan parti. Dikhabarkan, gelombang sokongan orang Melayu sudah mulai kembali di Parlimen Bukit Gantang.


Umno juga terlepas melihat bagaimana sentimen orang Melayu terhadap 'pergolakan' yang berlaku di dalam PKR, sehingga bekas ADUN Fairus Khairuddin terpaksa menyerahkan 'kuasa' yang dipegang selama ini. Masihkah pengundi di Penanti menyokong calon daripada parti yang mahu kelihatan bersih sedang hakikatnya tidak begitu?


Sentimen pengundi Melayu di Penanti terhadap 'ribut' politik di Perak juga mungkin boleh diuji melalui PRK ini. Mungkinkah pengundi Melayu setuju dengan tindak-tanduk ahli politik Melayu di Perak dengan terus mengundi PKR atau pun sudah ada perubahan dan kesedaran di kalangan orang Melayu?


Apapun, keputusan sudah dibuat selepas perbincangan Dewan Tertinggi BN. Keputusan ini wajar dihormati dan biarlah PKR bertanding dengan bayang-bayangnya, sementara BN dalam tempoh ini wajar melakukan usaha mengukuhkan parti.


Agak-agaknya, bagaimanalah senario kempen di Penanti apabila PKR tiada lawan setanding?

23 comments:

NYONYA MANSOR said...

BN sudah membuka ruang yang lebih lebar untuk terus kena hantam.

Nyonya sudah hantam BN. Nyonya tak mau pangkah olang Anwar, tapi apa macam mau buat BN sudah tak mau jaga hati pengundi.

BN pentingkan diri sendiri saja. Ada 5 ribu lebih pengundi di Penanti, apa nasib mereka?

Nyonya tunggu orag BN buat penjelasan kat blog Nyonya http://nyonyamansor09.blogspot.com

Anonymous said...

Nyonya jangan risau nyonya... calon Bebas pasti ada.... kita tengok nyonya... berapa ramai nak keluar undi.. berapa ramai nak rosak undi... macam ni pon boleh test jugak nyonya...

nyonya.... ayaq sirap sekupang!

adha said...

aku rasa tukang2 ceramah jadi macam kera kena belacan nak hantam BN, kesian depa modai x ada habis keluaq kat mulut depa kata BN penakut saja lain jaja kata PKR baguih. Piirahhh buat semak saja PKR ni.

Cheguman said...

Salam,
Dalam permainan politik, strategi perlu berlapis-lapis. Ramai orang melihat Najib dan Anwar itu seangkatan, namun ramai lupa bahawa Najib lebih awal dari itu merasai sepak terajang dunia politik. Beliau anak Tun Razak tetapi ayahnya meninggal ketika beliau masih terlalu muda.

Jika kita perhati baik-baik, bola sebenarnya masih di kaki Najib.

Bagi saya, permainan semakin menarik. Tunggu dan lihatlah.

Anonymous said...

saya orang umno, rasa kecewa umno tak tanding dalam pilihanraya penanti.ternyata 1. umno tiada teloq 2. umno kemut duit 3. takut bayang2 sendiri 4. bagaimana dgn pengundi setia umno mcm saya ni, masa ni kita pakat pulun peruntukan duit yang mencucah curah. bersedialah kita lepas ni dgn ceramah pr. nak lawan balik, kita tak tanding. tak apa nak buat lagu mana mai kita ramai ramai pangkah pkr.jgn marah, pm kita kata, kita ada pendapat masing2

Anonymous said...

jgn kecewa org pakatan pembangkang, tak payah menyamar sbg org umno pulak, pasal tak dok teloq ni...nyonya mansur lagi tak dok teloq. Ustaz pun tak perlu bimbang buat apa nak uji uji sokongan kan rakyat malaysia ni bijak, dia akan menyokong siapa yang baik budi bahasa dan bekerja kpd rakyat. malas dah aku menulis ngantuk mata...selamat malam semua blogger pemutar alam, pemening kepala org yg membacanya...tapi ada juga yg benar di tulis itu...maaf semua kawan kawan.

saji said...

Orang PR saya ingatkan jangan telalu gembira sangat apabila BN umum tak bertanding di Penanti. Ia satu mainan politik DSN yang halus tapi tidak sukar dibaca kalau kita tahu strategi terkini politiknya!

Hari ini beliau mengembirakan orang PR, tetapi esok hari beliau akan mengecewakan pulak.

Kerana, pada ramalan saya, beliau akan lepaskan peluang di Penanti, tetapi tidak akan mudah lepaskan peluang di Perak!

Senjaliza said...

Resmi Ular bila menangkap masanya dia kena lilit dulu-advantage dia- kemudian dia telan samada masih hidup atau sudah mati. Resmi Pembangkang dia tahu ada advantages untuk menang di kubu dia dan heret PRK sampai ke ambang PRU13. Najib sudah baca itu dan beberapa penganalisa telah membuat kenyataan mengenai strategi mengadakan PRK itu oleh Pembangkang. Siapa nak masuk perangkap dan nak kena lilit?

Anonymous said...

Baru setahun lebih pengundi Penanti telah memilih idaman hati mereka yang dipilih sebagai DCM, satu jawatan yang amat tinggi, malangnya,

Dia duk main pasiak paihtu dia tiba2 rasa nak pi balik sekolah, maka tinggallah mereka ternganga nganga terkapai kapai..hehe

Dalam sejarah BN 50tahun, tak pernah terjadi begini kat situ..

padan muka, pilih orang yang tak ada semangat nak bantu Kampung Halaman sendiri, sekadar berapa bulan dah cabut lari!.

Sama macam Bukit Selambau, cabut lari sembunyi diri lagi! hehehe macam duk syok main aci sembunyi pulak semua depa ni..

Macam RPK pun sama.. main aci sembunyi. Gok siAnwar pun sama, cuba main aci sembunyi kat Kedutaan Turkey, kononnya nyawa terancam, SIHAT saja tengok sampai hari ni..

Takkan nak ajak BN turut main aci sembunyi jugak kut?

CKA

tabuan said...

Salam anwar sekarang tengah bersedih sebab gedang yang dipalu tiada yang menari.
Elok rasa nya PKR dan PAS sahaja yang bertanding.
Untuk membuktikan Islam yang di perjuangkan oleh Pas itu adil atau Parti Keadilan itu lebih adil.

Gedung Akal said...

Tuan,
Ceritanya mudah. Kalau SPRM tidak kacau Fairus itu hari tentu tak susah macam ni. Nampak SPRM bukan nak buat selesai tetapi macam nak perkena PKR saja.
Lepas tu SPR pula minta Fairus letak jawatan ..apahal pulak ngan SPR ni? Orang dah letak jawatan suruh tarik balik pulak?
Keputusan tidak bertanding memang nampak 'bijak' tetapi sukar diterima oleh akal yang bijak.
Kenapa kita 'high-light' benda yng tidak jelas, Fairus cuba lari ke luar negara, kena siaat SPRM dan last-last bila kawan tu letak jawatan kita rasa rugi pula?
Apa pasai dah tak bising kat Eli Wong yang tak mau letak jawatan?
Ermmm...kita sudah belajar dari tidak cekapnya kita mempergunakan SPRM.
Kita perlu pergunakan SPRM, SPR, Hakim, POLIS, media, guru-guru secara halus -jangan biarkan mereka lebih kuah dari sudu. Action lebih cepat dari skrip kita. Ermmm..ini masalahnyabila kita ada pegawai kerajaan yang advance politik berbanding kita ahli politik ini.

Tok Pambu said...

Ini lah masa nya yang tepat bagi BN/UMNO membuat ujian nya sama ada sudah mula pulih atau pun tidak.

Ini lah masa nya BN/UMNO tunjukan bahawa rakyat sudah kebali menerima BN/UMNO.Jika tidak, macam mana kita boleh tahu bahawa sudah ada tanda2 BN/UMNO sudah mula pulih?

Sebenar nya BN/UMNO tidak ada tanda2 akan pulih, bah kan semakin bertambah parah. Itu sebab tidak sanggup menerima kemaluan besar di N12 Penanti.

Tetapi permainan sandiwara UMNO sudah dapat di kesan. 'Bermain di sebalik calun bebas'. Inilah cara orang penakut menguji kekuatan nya.

Mereka akan sokong calun bebas dalam semua sudut. Jika calun bebas menang mereka akan melompat bersorak dengan riang gembira.

Ini akan gambarkan bahawa PR sudah lemah dan tidak di terima rakyat lagi.

Jika calun bebas itu kalah, mereka akan berdiam sahaja. Jadi kedudukan BN/UMNO tidak terjejas apa2 kunun nya.

Jika BN/UMNO letak kan calun sendiri menentang PR dan kalah pula, ini sangat memalukan bagi BN/UMNO.

amri said...

Memang sudah dijangka, politik Najib memang hebat, maklumlah otak fresh, freshie baru masuk kelas, tapi dah semester kedua. Dia tak tahu siapa yang ada dalam kelas tuu. Kasi hantam saja, apa peduli, tapi tengoklah lepas semester kedua.......

Sebenarnya keputusan Najib bijak, KERANA
1. Jika UMNO Lawan pasti kalah.
2. Kalau kalah, najib juga susah.
3. Duit nak blenja pilihanraya terlalu banyak: Polis berpuluh juta, Projek mee maggi berjuta-juta, duit makan minum ayam tambatan berjuta-juta, Mana nak cari?
4. Negara dah tak ada duit, Nak pinjam Petronas dah lama Mahathir Kebas, belum bayar lagi, Nak Ambik dari KWSP, rakyat dah tahu untung makin rugi, Tabung Haji dah tak berapa cukup nak sewa hotel, TNB? eeh dah acap kali dah, Telekom...susah sikit nak bagi.
5. UMNO tahu rakyat dah hilang hak mempercayai. Biarlah rakyat dipujuk kembali dengan kenaikan gaji dan pangkat kumpulan C.
6. UMNO sendiripun masih berkelahi, dari hari ke hari, dari perlis sampai terengganu, tang tu jugak. Buat apa mencabar musuh kalau laki bini masih berbalah.
7. MCA dan MIC dua kompenan besar, macam tak sebulu dengan UMNO, apatah lagi GERAKAN. Ini tak akan memberi advantage kepada UMNO.
8. Najib PM bimbang dengan reputasi dirinya sebagai PM (Kalau Kalah) Takkan baru masuk kelas nak tunjuk hero, atur strategi dulu.
9. Teladan untuk kalah sudah berlaku dibanyak tempat, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, inikan pula Penanti dengan Majoriti lebih 5k.

kifli said...

Penanti & Perak : Najib bukan takut kalah, hanya takut hantu Altantuya


Akhirnya UMNO mengalah dengan tidak mempertaruhkan 'kemaluannya' di Penanti. Pelbagai sebab dan musabab digunakan untuk menunjukkan bahawa UMNO lebih sayangkan rakyat. UMNO tidak mahu mempermainkan nasib rakyat. UMNO tidak mahu masuk dalam perangkap PR.

Tetapi benarkah UMNO sedang berubah? UMNO sebenarnya sayangkan rakyat setakat bibir sahaja. Jauh di sudut hati UMNO, rakyat hanyalah batu loncatan untuk mencapai cicita kemewahan hasil penyelewengan pemimpin UMNO terhadap khazanah negara.

Sejak bila UMNO mahu berjimat cermat? Sejak bila UMNO takut kalah? Sejak bila UMNO lebih mementingkan agenda pemulihan ekonomi negara? Sejak bila UMNO mengutamakan rakyat? Bukankah pimpinan UMNO tempatan akan menikmati durian runtuh setiap kali ada PRU atau PRK?

Hebat dan syabas kepada Satu Malaysia kerana sanggup berubah. Berubah untuk menyelamatkan diri. Berubah untuk mengelak diri daripada mendapat malu yang lebih besar lagi. Pedulikan kepada nasib pemimpin UMNO tempatan yang hilang rezeki terpijak. Janji Satu Malaysia dapat diselamatkan.

Sekiranya UMNO bertanding dalam PRK Penanti, bukan calon UMNO itu yang akan dimalukan oleh PR. Sebaliknya peribadi diri Satu Malaysia yang akan ditelanjangkan. Isu Altantuya dan yang berkaitan dengannya akan terus hangat di pasaran. Sharibu bapa Altantuya dikatakan akan berkampung di Penanti. Kehadiran Sharibu walaupun sekadar mundar mandir di Penanti akan tetap berjaya menggamit perhatian media dunia.

Abd Rahman Md Desa said...

Kebarangkalian atau probability yang perlu difikirkan adalah dari segi kos dan kemungkinan nak menang telah di ambil kira. Lain-lain faktor seperti yang telah dimaklumkan..

Datu Sulaiman said...

Saya teringat masa kanak-kanak dulu, bila kita main bola, ada ketika bila kita rasa team kita tak boleh menang ,untuk supaya tidak kalah kita tidak lawan team lawan. dengan ini kita tidak dianggap kalah kerana kita tidak main. cuma biasalah,tema sebelah hanya mampu mengolok saja dengan ejekkan 'takut kalah'...lain kali kalau kita rasa kita boleh menang, baru kita lawan..jadi,pandangan peribadi saya, langkah BN UMNO ni tidak cerdik... Pilihanraya adalah tempat kita untuk menganalisa sejauh mana rakyat menyokong kita, sejuah mana rakyat bersetuju dengan dasar-dasar kita.. Di Penanti UMNO sepatutnya menjadikan PRK itu untuk terus mengukur sejauh mana orang-Melayu benar-benar mau kembali kepangkuan UMNO..

orgkuale said...

Bn tidak bertanding di Penanti kerana tidak mahu mengikut rentak poitik pembangkang kerana kekosongan DUN Penanti akibat masalah dalaman Parti Pembangkang.Bukannya BN menyerah kalah sebelum bertanding tetapi ini bukanlah keputusan pertama tidak bertanding yang terdahulu. Bukanlah lebih baik menenamgkan keadaan politik setempat kerana BN lebih percaya pengorbanan tida bertanding ini byk ertinya.Memanglah belanja yan dikeluarkan dalam pilihanraya bukan kecil,itulah sebabnya BN mahu menumpukan kpd kepentingan rakyat. Cuba kita lihat, apa yang dibawa oleh pembangkang jika mereka menang. Setakat hendak mengapi-apikan rakyat ada le.Ada tak pembangunan yg dibawa oleh mereka. Kita lihat dan tengok nanti

USD said...

Salam, bertanding di Penanti ada pro & kon...cuma yg x dapat dibayangkan bagaimanalah kempen PKR nanti tanpa bahan cacian & kutukan mereka?
Aku risau penceramah PKR bisa jadi gila...

matlan said...

asalamualaikum ustaz, bn tidak bertanding di penanti satu persoalan yang memaksa aku untuk memerah otak memikirkan apa sebenarnya strategi Najib.....atau apa kah di sebalik keputusan ini, tapi aku percaya , untuk menang tidak semestinya kita kena menyerang sahaja, ada kalanya kita perlu berundur untuk melancarkan serangan yang lebih berkesan, ...tetapi percayalah najib ada strategi, dan lebih pentingkan kehendak dan keperluan rakyat......bagi aku , penanti hanya kepentingan dan nafsu haloba pembangkang.....allah hu alam

Generasi Pejuang Bangsa said...

ustaz said

gelombang sokongan orang Melayu sukar diramal akan mai ke Penanti .Penanti ini kubu Anwar dan sentimen penduduk di sini tidak spt di Bukit Gantang. Mereka cukup hardcore kepada anwar . Ribuan akan hadiri setiap kali anwar balik ceramah di Prmtg Pauh

malah kita takut sokongan cina juga meningkat di Penanti kerana sentimen perak jg merebak ke Penanti. Lebih baik tak payah bertanding ..itu tindakan bijak Najib .

Norhaira Nordin said...

Saya nak undi PAS....tolong lah letak calon PAS..PLEASeeeeee

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz,
Rasanya saya sudah dapat meneka rasional BN tidak bertanding ni.Saya percaya walaupn BN tak bertanding tapi nescaya orang-orang dia akan menyokong dan mengundi calon Bebas..Biarpun mereka kata tidak sokong Bebas, mana boleh pegang kata-kata mereka tu..Matlamat mereka cuma satu iaitu hendaklah menjatuhkan moral (semangat)pendokong PR..Walaupn mereka percaya Bebas payah mau menang tapi target mereka hanya nak bagi bebas undi banyak. Lepas tu mereka akan kata bahawa 'nah tengok Bebas pun dapat undi banyak, itu tandanya rakyat dah mula tolak BN..Kalau Bn bertanding nescaya boleh menang tapi BN tak mahu bertanding sebab PRK tu membazir dan tiada wajaran'.. Sebaliknya kalau calon bebas tu kalah teruk, mereka boleh senyap dan cuci tangan membiarkan calon bebas tu melopong sendirian...Inilah saya fikir strategik BN,daripada masuk bertanding belum tentu menang, kalah hampir pasti, lebih baik mereka main belakang tabir saja..PLAY SAFE BAH KAN MAIN BEGINI..TAPI BIJAKKAH STRATEGIK DAN 'GAME'BEGINI?

Datu Sulaiman said...

salam ustaz..

pembetulan untuk ayat dalam ulasan saya 5:59.. ayat yang menyabut..nah tengok Bebas bertanding pun dapat undi banyak, itu tandanya rakyat dah mula tolak 'BN' .. Perkataan 'BN' itu sepatutnya 'PR' bukannya 'BN'. Harap makluman.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin